ASRAMA (Part 1)

3K 92 5
                                    

Asrama adalah tajuk novel seram pertama saya. 5 tahun duduk asrama. 5 tahun tahu asam garam asrama. Tak berduit biasa dah, nasib baiklah makan minum free dekat dewan makan. Kalau cuti biasanya tak dapat nak balik. 1 sebab tiada duit langsung, 2 sebab takde duit langsung nak call minta ambil, 3 ada aktiviti sekolah. Biasanya sebab 1, 2, 3 semua. Haha!

Cerita seram di asrama? Ada banyak tapi tak tahu mana yang sahih. Pasal bilik 206 yang kosong katanya berhantu dan terbiar (Tapi saya tetiba duduk bilik tu lepas 4 tahun kosong siap jadi ketua bilik lagi, tak tidur 3 malam sebab yang lelain tidur bilik lain). Pasal rantai di salah satu loker 206 (Rantai tu still ada kut). Pasal kenapa Ustaz bagi pulut kuning dekat pokok belakang asrama (katanya bagi makan jin ke apa ntah tak tanya, lebih kurang). Histeria berjemaah dan macam-macam lagi.

So. Asal tak masuk semua cerita ni dalam novel Asrama? Sebab, apa yang kekal di asrama tu biarlah sahaja di asrama dan tak masuk buku asrama. Apa yang masuk dalam buku hanyalah bentuk lokasi asrama dan sekolah saja. Jujur, kawan2 sekolah beli buku Asrama tu sebab ingatnya tribute cerita2 hantu asrama kitaorang. Sorry gais.

Okey. Jom bercerita. Saya paling ingat pasal kawan senior yang ada pengalaman mistik yang sukar saya jelaskan. Minggu tu sebelum sebulan sukan sekolah. Sama macam atlet lain, kami berlatih untuk terpilih. Saya letak nama dia Farhan sebab tak ingat nama. Farhan ni form 5 dan saya form 3. Selalulah tengok dia berlatih beberapa acara. Disebabkan sebelum sukan sekolah ada sukantara, semua pelajar berpeluang memberi mata tambahan kepada rumah sukan masing-masing. Dipendekkan cerita, kami tak terpilih jadi atlet sukan. Jadi tukang buat persembahan pertarungan silat sahaja masa majlis penutup sukan.

Antara acara sukantara lari 100 meter, lompat tinggi dan lompat jauh. Alkisahnya sebab kami tak terpilih jadi atlet, kami berlatih untuk sukantara (atlet simpanan, begitulah). Seminggu sebelum sukantara adalah cuti balik kampung. Saya dan Farhan tak balik sebab kami nak berlatih.

Disebabkan musim kemarau yang teriknya matahari. Kami ambil keputusan berlatih lompat jauh pada waktu malam. Sekitar jam 8 malam selepas Isyak (Sabah Isyak awal). Kawan pernah pesan, kalau jalan dekat padang, jangan lalu kawasan bayang pokok yang gelap. Lalu bahagian cerah sahaja. Tapi kawasan lompat jauh tu memang bawah pokok.

"Aku mula dulu dua tiga kali, lepas tu baru kau. Okey?" Farhan buat deal.

"Okey."

Aku tengok Farhan lompat jauh dua tiga kali. Lepas tiga, dia lompat lagi kali keempat padahal turn saya dah.

"Farhan!"

Farhan terus lari ke tempat aku tapi makin perlahan.

"Kita balik, balik cepat Fatrim. Tolong aku, bawa ke surau."

Aku pun pelik, apa pasal dengan Farhan ni.

"Aku tak lompat lagilah." Saya tak puas hati.

"Bahu aku, bahu aku ada benda. Berat ni." Farhan dah makin menunduk ke bawah.

Saya pandang dia serius. Lepas tu saya cepat-cepat bawa dia ke surau. Dalam pada saya bawa Farhan tu saya pandang juga atas bahu dia. Ya, memang takde apa-apa. Tapi saya dapat rasa kehadiran seseorang. Sebab bila kami lalu pokok-pokok sekolah daunnya bergerak bila kami lalu di bawahnya dan kadang-kadang tersangkut hingga membuatkan Farhan dan saya berhenti. Saya berlari memimpin tangan Farhan yang berpeluh secepatnya, dia keletihan dan semakin menunduk.

Satu masalah akan melanda kami. Siapa yang akan tolong Farhan? Pelajar hanya ada dalam 10 orang. Ustaz tak pasti ada ke tak dekat rumahnya. Cikgu warden seorang tu memang takde di biliknya. Lepas letak Farhan dalam surau, saya berlari terus ke rumah Ustaz. Nasib baiklah pagar belakang Asrama Puteri tak kunci lagi, jadi boleh terus masuk ketuk pintu ustaz yang tinggal di situ dan keluarganya. Ikut peraturan, waktu malam sudah tak boleh masuk kawasan tu. Kawasan larangan pelajar lelaki. Tapi saya dah takde pilihan.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum. Assalamualaikum Ustaz! Ustaz!"

Saya dengar pintu dibuka. Ustaz pandang saya.

"Astagfirullahalazimmmm...."

Saya pandang Ustaz dengan dahi berkerut dan bimbangkan Farhan dalam surau. Ustaz tarik saya masuk ke dalam rumahnya.

Bersambung....

CREEPYSTORYWhere stories live. Discover now