"Menangis." Ilya Nasuha mencebik.

"Taklah mata masuk habuk."

"Banyak sangat lah habuk kat sini, pedih mata aku ni Ilya."

Segera dia menafikan kata-kata gadis itu dengan jawapan bebal setinggi mangkuk tingkat di dapur mama. Sempat lagi matanya ditenyeh menggunakan jari jemarinya menandakan memang ada habuk yang sedang memasuki matanya itu.

"Stay strong Isy. I love you."

Ucapannya penuh syahdu di telinga lelaki itu. Dia ingin menyalurkan sedikit kekuatan buat lelaki itu agar dirinya tidak terus mengalah. Dia juga ingin lelaki itu tahu bahawa dia akan sentiasa bersama dengan lelaki itu walau dalam keadaan jatuh dan bangun.

"Tak jengket tak boleh eh?"

Isyraf Nazran segera memulangkan paku buah keras. Tadi perli aku menangis kan, ini aku perli pula dia pendek. Barulah adil dan saksama, barulah boleh kosong-kosong di hari raya.

Bibirnya terus dijuihkan. Lengan lelaki itu segera dicubitnya kuat bagi melampiaskan rasa marah sehingga lelaki itu mengaduh sakit di atas perbuatannya itu. Dengan segera dia terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu yang masih mengaduh sakit.

"Sakit lah Ilya."

"Padan muka awak!"

"Dah lah, malas saya layan awak ni Isy."

Entah mengapa, cubitan itu sungguh berbisa sekali sehingga terasa tisu otot pada lengan kirinya itu terkoyak. Pantas kakinya diorak laju mengejar Ilya Nasuha yang makin melangkah jauh meninggalkan dirinya.

"I love you too three four and milionare sayang." Ucapnya lembut sebelum dia terus berlari di lorong hospital itu dengan mata yang dikenyitkan nakal.

Iman Naim tersenyum senang. Perut isterinya yang makin membuncit itu membuatkan dia gembira. Mana tak buncit perut itu kalau dah melahap tiga pinggan chicken chop dengan alasan baby di dalam kandungan teringin dan mengidam makanan western itu.

"Tapi untuk anak, apa salahnya."

Kini, genap 3 minggu dia sudah menjadi suami dan bakal menjadi seorang ayah pula. Bak kata mamanya Puan Amelia, benih subur itu sebab terlekat awal. Kembang kempis hidungnya tika itu tatkala mamanya berkata begitu.

Perkhawinannya tempoh hari berlangsung secara kecil sahaja. Cukup bajet, jimat duit dan yang paling penting tidak membazir. Membazir itu amalan syaitan, takkan mahu jadi cucu cicit piut syaitan pula. Lebihan duit itu sudah pasti dia gunakan untuk berhoneymoon dengan isteri tercinta. Biarlah perkhawinan adiknya itu nanti yang gilang-gemilang dan besar-besaran.

"Abang..."

Raisya Rauhah berpaling memandang suaminya. Tangannya mengusap lembut perutnya yang makin memboyot kerana terlebih makan. Sejak dirinya mengetahui yang dia sedang mengandung, kuantiti makannya menjadi luar biasa. Masakan tidak, dia terlalu awal menjadi ibu buyung in the house walaupun usia kandungannya baru sahaja mencecah setahun jagung!

"Abang senyum, kenapa?" Tanya Raisya Rauhah lembut sambil hidung mancung suaminya itu dicuit penuh kasih.

Iman Naim pantas membuat muka geram lalu tangan isterinya itu dicapai dan dikucupnya mesra. Sebaik dia kucup buatnya dia gigit memang naya kena hempuk kepala itu.

"Tak sabar nak tengok baby." Ucapnya lembut sambil jarinya bermain-main sebelum tercantum pada jari isterinya.

Raisya Rauhah mengusap lembut rambut lebat milik suaminya itu. Sungguh, rasa sayang pada insan ini semakin bertambah dari hari ke hari. Biarpun pada mulanya ia sebagai satu mimpi dan fantasi bagi dirinya untuk berjodoh dengan lelaki itu, tapi sekarang ini ianya sudah menjadi sebuah realiti di dalam kehidupannya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz