"Kau yang suruh aku buat macam tu."

"Bila masa?"

"Saya takde pun suruh awak angkat saya."

Ilya Nasuha menjegilkan mata saat melihatkan lelaki itu yang sedang tersenyum menyeringai memandangnya.

"Lain kali jangan buat perangai."

"Aku ingat kau nak bermanja tadi."

"Jadi aku angkatlah."

"Sekarang siapa yang salah?"

"Aku ke kau?"

Ujar Isyraf Nazran satu per satu dengan nada yang penuh dengan sindiran. Dengan wajahnya yang bersahaja, gadis itu jelas sekali makin bertambah bengang akan sikapnya. Masakan tidak, dia sudah kembali pada dirinya yang asal, bukan lagi Tuan Naz. Tuan Naz telah tamat dilakonkan olehnya kerana dia telah kembali memegang jiwanya yang satu itu.

Ilya Nasuha terus memalingkan wajahnya dari terus menatap Isyraf Nazran. Hatinya sekarang ini sedikit membengkak dengan sindiran lelaki itu ke atas dirinya. Dia terus berkira-kira untuk berlalu pergi ke biliknya semula. Lebih baik dia sambung tidurnya semula daripada terus melayani kerenah lelaki ini yang hanya hendak menyakitkan hatinya sahaja.

Gadis itu yang kelihatan seperti hendak berlalu pergi, pantas sahaja diraih pergelangan tangannya. Dia segera mematikan hasrat gadis itu yang hendak berlalu pergi meninggalkan dirinya. Amboi, pantang dicuit ya sekarang? Sikit-sikit hendak merajuk dan mudah terasa.

"Maaf."

"Aku akan jadi Isy yang dulu."

"Aku bukan Tuan Naz lagi."

"Aku Isy, Isyraf Nazran."

Langkah kaki milik Ilya Nasuha yang sedari tadi menapak akhirnya berhenti tatkala dirinya berdiri betul-betul di hadapan pintu dewan. Dewan yang tadinya gilang-gemilang ketika acara perkahwinan rakannya Aina Manirah dan Zariff Isaac berlangsung kini sudah bertukar 360° sunyi nan sepi. Saat mereka berdua berdiri di hadapan muka pintu dewan itu, telefon bimbit Isyraf Nazran tiba-tiba sahaja berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Masuk dulu." Ujarnya. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Ilya Nasuha bersama telefon bimbit yang terlekap elok di telinga kanannya.

Ilya Nasuha buat tidak endah pada Isyraf Nazran yang sudah berlalu pergi meninggalkan dirinya. Mungkin ada panggilan penting seperti hal kerja yang lelaki itu perlu sambut dengan segera, andainya. Daun pintu dewan itu ditolaknya perlahan seraya dirinya melangkah masuk.

'Sunyi sepi.'

'Gelap gelita.'

'Sejuk beku.'

Itu sahaja yang dapat ditafsirkan oleh otaknya sekarang ini dengan suasana dewan seperti ini. Apa yang ada di dalam dewan ini sekarang ini? Mengapa Isyraf Nazran membawa dirinya ke dewan ini pagi-pagi buta begini? Pasti lelaki itu ingin menunjukkan sesuatu pada dirinya hingga tidak menyempat untuk tunggu keesokan harinya. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, dia mula menapak masuk dan berjalan menuju ke tengah dewan itu.

"Chingg!"

Limpahan lampu putih tepat terarah pada dirinya. Sepasang mata bundarnya itu terus sahaja terkesima akan satu kerusi putih yang dipenuhi dengan manik-manik kristal tertulis akan namanya. Tertulis juga arahan agar dirinya duduk di atas kerusi yang sungguh cantik itu. Ilya Nasuha hanya menurut. Dia terus melabuhkan duduk lalu pandangannya terarah pada skrin layar besar yang terbentang luas di hadapannya.

"Ini semua idea Isy ke?"

"Idea untuk merebut hati ni semula?"

Kenapa mesti Isyraf Nazran melayan dirinya seperti tuan puteri? Adakah sebenarnya lelaki itu cuba mengaburi rasa bersalahnya akan kisah lalu mereka? Kisah lalu yang meruntun dua jiwa yang mulai dihinggap rasa bahagia. Andaiannya segera ditepis. Dia kembali memerhatikan segenap ruangan inci dewan itu. Meskipun dewan ini masih gelap gelita, dia dapat mengenalpasti yang dewan itu telah diubahsuai kepada suasana salji.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now