Special Chapter ❤

3.8K 211 36
                                    

× 3 tahun kemudian.

Laura termenung di balkoni ruang tamu tingkat atas rumah Keluarga Jung. Harini, eomma dengan abeojinya mengadakan majlis makan makan sempena meraikan hari graduate Laura. So rumah keluarganya penuh dengan sanak saudaranya harini. Saudara mara Jin pun ada juga yang datang. Sesekali Laura tersenyum sendiri melihat kerenah anak saudaranya yang manja dan nakal tu.

"Uitt sayang. Termenung apa tu?" Tegur Jin sambil memeluk Laura dari arah belakang.

Senyuman Laura kian melebar bila tubuhnya berada dalam pelukan Jin. "Eobso. Sayang saje tengok luar rumah."

Jin meletakkan dagunya di atas kepala Laura. Pelukannya cuba dieratkan namun Laura cepat cepat menahan tangannya dari bergerak.

"Oppa.. hajima," pinta Laura perlahan.

"Oh? Mian sayang, oppa lupa pulak..." Jin tersengih sendiri dengan perlakuannya tadi.

"Mama..!" suara seorang budak lelaki merengek memanggil ommanya menarik perhatian Jin dan Laura. Serentak Jin dan Laura merenung ke arah Dae Im, anak sedara Jin. Kim Dae Im anak kepada abang sepupu Jin, iaitu Kim Jong In.

"Kenapa ni Dae Im? Mama penat ni. Jangan laa bising bising nanti aegi bangun." Kata Eun Byul.

"Mama..! Daeyim *pelat* nak eskrim!!" Dae Im menarik narik tangan Eun Byul, membuatkan bayi di dukungan Eun Byul merengek kerana lenanya diganggu.

"Kan aegi dah nangis. Dae Im pergi lah makan aiskrim dengan papa." Eun Byul bingkas bangun dan berlalu sambil menggendong bayinya memasuki bilik tetamu, meninggalkan Dae Im, Laura dan Jin di ruang tamu.

Dae Im memandang kosong mamanya yang sudah berlalu bersama adik barunya itu. Mukanya masam mencuka.

Laura yang perasan riak muka Dae Im segera menarik Dae Im ke pelukannya.

"Kenapa ni Dae Im?" tanya Laura walaupun sebenarnya dia dah tahu jawapan pada pertanyaannya.

"Mama dah ada aegi. Mama dah tak sayang Daeyim." balas Dae Im sedih. Matanya juga turut berkaca kaca menahan sebak.

Jin yang mendengar jawapan dari mulut comel Dae Im ketawa, membuatkan Dae Im bertambah masak mencuka.

"Untie Auya tengok Uncle Jin gelakkan Daeyim!" bentak Dae Im seraya menghentak hentakkan kakinya menunjuk perasaan.

Laura menjeling Jin disisinya yang masih lagi mengetawakan Dae Im.

"Biarlah Uncle Jin tu, Dae Im. Dia jahatkan, kita jangan kawan dengan dia. Kajja kita pergi makan aiskrim." ucap Laura sambil mengusap kepala Dae Im perlahan. Senyumannya dihadiahkan pada Dae Im yang berumur 4 tahun tu.

"Kajja!" segera tangan kecil Dae Im menarik tangan Laura ke dapur. Wajahnya yang masam mencuka tadi bercahaya bila mendengarkan perkataan aiskrim.

Laura bingkas bangun mengikuti langkah Dae Im menuju ke dapur.

"Sayang!" Jin mahu melarang Laura mengikuti Dae Im namun hampa bila susuk tubuh isterinya sudah hilang dari pandangannya. Jin tersenyum sendiri. Laura memang suka sangat dengan aiskrim..Sama lah dengan Dae Im tu.

---------

"Sedap tak aiskrim tu?" tanya Laura sambil melabuh duduk di sebelah Dae Im yang dah comot makan aiskrim dalam cawannya.

"Sedap! Untie Auya nak?" Dae Im menyudu sedikit aiskrim di cawannya lalu dia suakan pada Laura. Nak tak nak Laura buka juga mulutnya, menerima suapan aiskrim dari Dae Im.

"Dae Im sayang mama?" tanya Laura bersahaja.

"Sayang. tapi mama dah tak sayang Daeyim. mama dah ada aegi." luah Dae Im sayu. Sudu aiskrim dibiarkan didalam cawan.

Highschool Marriage + K.S.J ✔Where stories live. Discover now