5

166 14 0
                                    

Baekhyun berlari sekuat hatinya.

" aku nampak ada perempuan yang selalu berikan kau gula gula. Tuhan kurniakan aku kelebihan nampak roh di dunia. Dan dia tak nampak seperti manusia "
, yixing memandang pada loker baekhyun.
" kau menipu "
" perempuan tu dah panjang rambut dia. Disebabkan roh orang mati tak boleh panjangkan rambut, aku rasa dia dalam koma. Dia roh yang sesat "
" kau .. Tahu yang sebelum ni rambut dia pendek? "
" perempuan dalam polaroid pada loker kau. Kau curi curi ambil gambar dia ya "

Baekhyun kemudian memberhentikan langkah. Seluruh dunia di mata dia seolah olah berpusing. Dia menghembuskan nafasnya yang tercungap cungap.

Perlahan lahan. Dia membongkokkan badan sambil memegang lututnya.

Peluh mulai turun ke tepi telinganya.

" dia dah mati. Aku gagal selamatkan dia. Maaf byun baekhyun " , chen memegang bahu baekhyun.

Telefon bimbit dia berbunyi dan bergetar dari dalam poket seluar jeans lusuh dia. Dia mencapai telefon dia sebelum melihat nama hyojin pada skrin telefon.

PON PON GEDEBUK

Jari baekhyun bergerak gerak memegang telefonnya. Pandangan dia kabur dalam separuh sedar. Kepala dia rasa sakit dan seluruh tubuh dia seperti ditikam bilahan pedang. Tubuh dia terbaring atas tar sebelum orang ramai mengerumuni dia. Dalam ramai ramai orang dia terlihat gadis tomboi yang kini berambut panjang memandang ke arah dia. Pandangan baekhyun makin gelap sebelum perempuan tu akhirnya hilang daripada pandangan apabila baekhyun pengsan sepenuhnya.

--------------------------------

Bunyi piano kedengaran. Baekhyun terbangun di atas katil yang dilingkari akar pokok berhiaskan bunga melur. Selimut putih dia berbau wangi seperti di dalam syurga haruman. Bunyi air terjun jelas kedengaran. Baekhyun memijak pada rumput sebelum melihat pokok pokok yang lebih tinggi dari biasanya. Dia bangun dan entah kenapa hati dia terdetik mahu cari orang yang bermain piano tersebut

Sepanjang perjalanan dia mengikuti suara piano, dia melihat kelopak bunga satu persatu di setiap jalan yang dia lalui. Cuaca gelap tetapi bukan mendung, cuaca terang tapi tiada matahari. Cuaca sebegini membuatkan baekhyun seperti di alam mustahil di mana hanya mimpi siang hari yang membenarkan kewujudan khayalan menjadi realiti.

Baekhyun berhenti. Piano yang dijumpainya menghasilkan bunyi tanpa pemain. Piano tersebut bermain dengan sendirinya. Baekhyun keliru.

Di mana dia sebenarnya.

---------------------

" dia berada dalam koma. Buat masa sekarang, kita hanya mampu berdoa. Kecederaan dia serius sehingga menyebabkan kami para doktor harus terlalu berhati hati dalam pembedahan. Kami harap cik bersabar "

Hyojin meletakkan kepalanya pada kerusi hospital. Dia putus asa. Dengan apa dia harus bayar bil hospital ? Dengan siapa dia harus tinggal buat masa sekarang? Dia takut bersendirian. Dia cuma harap yang baekhyun akan segera bangun.

Seorang lelaki datang menemui hyojin dan memperkenalkan diri dia sebagai chen.

" baekhyun koma. We'll have to wait, and pray is all we have " , hyojin berkata dengan nada lemah.

Chen menggenggam penumbuknya. Rasa bersalah makin menghantui dia. Dia bencikan rasa bersalah yang dia rasa.

" kau okay? " , hyojin bertanya. Chen mengangkat mukanya yang kelihatan speechless.
" aku.. Okay "
Hyojin tersenyum lesu. ' nilah chen yang baek cerita. '



Candy Crush Where stories live. Discover now