4

193 21 0
                                    

" kau. Apa yang kau pandai buat? " , chen bertanya sambil mengangkat dagu perempuan tomboi tu yang tak larat nak mengangkat mukanya sendiri. Perempuan tu hanya diam bila chen memalingkan ke kanan dan kiri mukanya.
" apa nama kau? ""
" kim taeyeon "
" harini kau ikut aku balik. Aku takkan apa apakan kau. Percaya pada aku "
" chen... Tu nama kau kan? " , taeyeon berkata perlahan. Chen mengangguk.
" mana kau tahu nama aku? "
" aku kenal byun baekhyun "
Chen berdiri sambil memberi belakang dia untuk taeyeon naik. Taeyeon naik ke belakang dia sebelum chen berjalan pulang perlahan lahan. Dia dapat rasa kesan calar pada kaki taeyeon.
Taeyeon meletakkan kepalanya pada bahu chen.
" macam mana korang jumpa? "
" dia jiran aku. Jiran satu kawasan perumahan. Aku kenal dia. Tapi dia dah lupa aku "
" apa maksud kau? "
" aku rapat dengan dia daripada kecil. Aku pernah jumpa keluarga kandung dia. Masa diorang kemalangan, aku ada dalam kereta dia sekali. Mak ayah dia rancang nak bawa aku jalan jalan sebab aku jarang keluar rumah. Keluarga aku susah. Aku tak sekolah. ", taeyeon berhenti sekejap. Chen dapat rasa bahu dia basah dengan air mata taeyeon.
" masa kemalangan, aku sempat tarik baekhyun keluar sebelum kereta tu jatuh jauh ke dalam gaung. Aku bersalah tinggalkan keluarga dia. Sejak daripada haritu, aku jauhkan diri daripada baekhyun. Aku tinggalkan dia sengsorang di jalan disebabkan rasa bersalah. Aku potong rambut, aku ubah gaya aku. Sampailah satu hari aku jumpa dia lagi. Gelang yang dia pakai kat tangan, aku ada sepasang yang sama. Gelang getah hitam yang dia sendiri buat. Aku suka dia, tapi aku tak nak dia bencikan aku. Chen, macam mana ni.. " taeyeon makin kuat menangis sebelum ditenangkan chen. Chen menghulurkan earphone dia dan dengarkan lagu favorite dia. Taeyeon tertidur di atas bahu dia semasa dengar. Lagu catching feelings bermain.

" tryna give it all together but enough is enough,
They say were to young for love why i catching feelings "

Chen berjalan sehingga sampai ke rumahnya. Matahari mula terbenam

" i wanna know if she feel the same "

---------------------------------

Baekhyun membuka loker dia. Ada gula gula lagi. Dia tersenyum sendirian.
" Tak penat penat betul budak ni kejar aku " , baekhyun kemudiannya membuka pembalut gula gula hacks yang dia dapat sebelum memasukkannya ke dalam mulut.

" cantik girlfriend kau. ", ada orang tiba tiba menegur. Baekhyun memandang belakangnya sambil tersenyum.
" apa girlfriend? "
" tu. Dia yang bagi kau gula gula. "
" gula gula ni? Kau tau ke mana orang yang bagi ni pergi? Aku nak jumpa dia "
Budak tu cuma tertawa sebelum menggelengkan kepalanya.
" kau mungkin boleh jumpa dia.. Atau tak. "

Baekhyun keliru. Apa yang budak lelaki tu cuba cakap sebenarnya?

-------------------

" Harini kita ada pelajar baru. Kenalkan, Yixing dari china. Ibu dia korea jadi dia fasih bahasa sini. Layan dia elok elok ya " mrs Go memandang pada baekhyun tanda awas. Baekhyun cuma buat biasa konon control macho.

Kebetulan pula tepi baekhyun kosong. Mrs Go mengarahkan yixing duduk di sebelah baekhyun.
'Budak pelik tadilah

" Hi freak " baekhyun menghulurkan tangan. Yixing menyambut sebelum tersenyum sinis.
" Kau pernah ada awek ke sebelum ni? "
" pehal tetiba tanya. Tak ada! Aku kosong. ", baekhyun menjawab. Yixing memandang pada sebelah baekhyun.
" so. Kau ni crush orang yang dah matilah? "
" apa natang kau ngarut ni? "
" perempuan tomboi dengan kucing dia. Dia berdiri di sebelah kau "
Baekhyun memandang sebelahnya yang kosong sebelum menarik kolar baju Yixing.
" mana kau tahu pasal dia?! "

" Byun baekhyun! 15 penalti! " , mrs Go melaung sebelum mengarah baekhyun keluar.

--------------------

" perempuan tomboi dengan kucing dia. Dia berdiri di sebelah kau "

Baekhyun menghembuskan nafasnya pada tapak tangan dia. Dia teringat raut wajah gadis tu dalam fikirannya.

" so. Kau ni crush orang yang dah matilah? "

Apa maksud budak baru tu tadi? Crush orang yang dah mati? Mati?

Dia menyepak dinding sekolah sehingga meninggalkan kesan tapak kasutnya sebelum melaung sehingga satu ruang legar bergema dengan laungan dia. Dia cuba berpaut pada tingkap kerana lututnya terasa lemah, tak mampu menampung berat perasaan dia. Budak perempuan tu dah mati. Mungkin sebab tu dia muncul dalam mimpi?

Dan setitis air mata jernih mengalir melalui pipi merah dia sebelum berhenti di dagu dia.

" aku tak percaya. budak baru, kalau kau buat lawak dengan byun baekhyun kau silap. Sebab byun baekhyun si bodoh yang mudah percaya "

----------------------

Chen membuka tin minuman dia sebelum meneguk. Tegukan dia kedengaran berat sebelum memandang baekhyun dengan riak terkejut.
" budak baru tu cuba cakap yang taeyeon mati? "
" aku tak tau. Aku keliru. Apa yang dia cuba cakap sendiri pun keliru. Aku-- ha? Taeyeon? Siapa taeyeon? "
" budak tomboi tulah . nama dia taeyeon "
" mana kau tau nama dia? "

Mereka berpandangan sesama sendiri. Burung berkicauan, air gas chen masih lagi di tangan.

" aku..... .. Aku rasa aku kenal dia "
Baekhyun memandang Chen dengan muka kecewa. Dia meletakkan tangannya di bahu chen.
" kau memang simpan rahsia yang banyak daripada aku, chen "

------------------

" dia tak pernah mati. Dia koma di hospital. Beberapa hari masa dia menginap rumah aku, geng geng dulu datang balik nak tuntut hutang aku yang lama. Masa tu aku keluar rumah dan diorang jumpa taeyeon di rumah aku. Aku cuma tinggal dia sekejap tapi dalam sekejap tu juga benda ni jadi. Taeyeon ketakutan jadi dia lari sekuat hati dia daripada diorang sebelum ditikam supaya taeyeon tak dapat lari. Diorang nak jadikan taeyeon tebusan tapi pendarahan taeyeon serius sampai diirang sendiri pun takut. Diorang tinggal taeyeon kat situ " , chen meneguk air tin dia yang belum lagi habis. Perasaan bersalah jelas tertulis pada muka dia.

" baekhyun kan nama kau? Maafkan aku. Maafkan aku kalau aku ada buat salah. Jadikan aku kawan baik kau, aku akan lindungi kau. Maafkan aku byun baekhyun "
" kenapa ni?? Siapa nama kau? "
" aku chen "

Baekhyun terdiam seketika. Patutlah chen tiba tiba baik dengan dia. Semua tu sebab rasa bersalah.

" mana taeyeon sekarang? "

Candy Crush Where stories live. Discover now