3

239 22 2
                                    

Baekhyun terus bangun dan bergegas ke bilik air. Dia mencapai berus gigi dan melihat pada cermin.

' perempuan tomboi tu ada dalam mimpi aku semalam '

Baekhyun mula memberus giginya sebelum berkumur dan membersihkan mukanya. Dia melihat semula pada cermin. Mukanya yang basah dan rambut yang kusut, dia kelihatan jelas seperti baru bangun tidur. Dia tersenyum lemah seperti sedang membuat pose ' devil smirk '

" mana kau menghilang sebenarnya.. " baekhyun berkata perlahan sambil mengusutkan rambutnya, sekusut fikiran dia yang bercelaru dengan mimpi malam tadi.

-------------------------------

" wah, seriously, psycho betul orang yang letak gula gula dalam loker kau ni. Masuk harini dah 3 tahun sejak kau masuk skolah ni dapat gula gula. ", chen menegur. Baekhyun meletakkan gula gula tadi dalam poket seluar sukannya.
" biarlah. Biar dia buat apa yang dia nak. Kalau dia suka aku, aku patut bersyukur ada orang suka bastard macam aku ni. Kan? " , baekhyun memandang pada gambar ibubapanya yang ditampal pada loker. Gambar hyojin semasa mereka baru tinggal bersama pun ada.

" bastard. Kau merendahkan diri sendiri baek. Kenapa? Kenapa macamtu? Kau taklah teruk mana banding dengan ketua samseng sekolah aka chenlah wei. " , chen ketawa sendiri.
" entahlah. Aku tak rasa aku layak untuk sesiapa. " baekhyun melihat pada patung kucing yang kotor tergantung pada loker dia.
" aku dah suka orang lain "

Chen dan baekhyun dah lama berkawan sejak baekhyun mula masuk sekolah. Kalau ada masalah timbul dalam sekolah, mesti chen dalangnya dan baekhyun yang jadi konco dia. Diorang pernah curi jawapan kertas periksa bersama sama.

Walaupun chen kelihatan baik, dia sebenarnya tak ada belas kasihan. Dia kejam dan tak boleh bertolak ansur. Panas baran jugak. Budak budak lain jarang bertegur dengan chen disebabkan rupa dia menakutkan dengan tatu di lengan dan tindik di keningnya.

Tetapi dengan baekhyun, chen bertukar menjadi fairy-godfather yang selalu menjaga baekhyun dan penuhi permintaan dia. Diorang sebenarnya pernah jadi musuh ketat, tapi entah macam mana chen datang tiba tiba datang pada baekhyun meminta maaf untuk hal yang tak munasabah dan jadi baik dengan baekhyun.

Baekhyun tak pernah bertanya kenapa. Dia tak suka ambil tahu. Dia tahu yang kebenaran selalunya pahit.

-------------------------

Baekhyun memandang buku sejarahnya dengan rasa bosan. Dia memusingkan pensel antara jarinya dan skali skala memandang ke luar. Dia meletakkan kepalanya atas meja dan melihat gelagat orang lain.

Gary sedang membuat kapal terbang kertas dan baling pada gelfrennya.

Yoona sedang belajar dengan tekun-- beza dengan baekhyun 360%.

Hyoyeon sedang menghias kukunya sambil cuba duduk tegak 90 darjah.

" kecuali yoona, aku rasa semua budak kelas ni gagal preksa " , baekhyun berkata sekilas lalu sambil memusingkan penselnya. Mrs go memandang pada belakang diikuti dengan rakan kelasnya yang lain. Mereka semua memandang baekhyun membuatkan baekhyun rasa janggal.
" uh.. ", baekhyun memandang mereka kembali.

Krik krik

"Hi? Hihi jangan peduli aku kat sini teruskan kerja korang ha ha ha ha ha "

Mrs go memandangnya dengan sinis.
" ha ha ha ha ha byun baekhyun. Ha ha "
--------------------

" aku macam tak percaya mrs go cakap yang kalau aku tak lulus semua pelajaran, dia akan batalkan graduasi aku! " byun baekhyun berkata dengan nada tak percaya pada chen yang sedang mengeluarkan rokok daripada poket bajunya.
" Tulah dia. Mrs go tu benda paling berbahaya lepas anaconda. Dia boleh dengar kau cakap perlahan. Kau better hati hati ", chen cuba memetik api daripada pemetik api tapi tak berjaya. Dia memandang pada baekhyun.
" byun- "
" apa "
" dalam hidup ni kita mesti tolong menolong untuk dicintai dan ketika dalam mencintai. Dan dalam kes kita, aku perlukan pemetik api kau. "

Baekhyun memandang pada chen dengan mengangkat sebelah keningnya.
" please? Sayang.....? "

--------------------------

Chen menghembuskan asap rokoknya sambil merenung pada batu batu di tanah. Dia dapat rasa kesan terbakar pada anak tekaknya dan asap terbakar tadi keluar melalui hidungnya. Sama seperti rumah yang terbakar, hatinya hitam dan hangus seperti dijilat api.

" chen... Chen " , perempuan berambut pendek yang memakai topi itu menyebut nama dia dalam keadaan lemah. Mulutnya dipenuhi darah dan matanya dikelilingi kesan lebam. Dia terbaring di atas tar selepas dipukul sekumpulan lelaki. Chen melihatnya tanpa berbuat apa sebab yang memukulnya tu kawan dia. Dia sendiri pun tak berani berkata apa apa kerana takut.
" kau kenal dia chen? ", lelaki tu bertanya. Chen terdiam melihat perempuan tu yang nyawa nyawa ikan.
" kenapa dengan dia? " , chen bertanya lagi.
" kim taeyeon. Dia pemilik kucing yang selalu curi ikan daripada rumah aku. "
" sebab tu pun kau pukul perempuan? "
" dia tak ajar kucing dia elok elok, dia patut diberi pengajaran supaya ajar kucing dia tak menyusahkan orang lain! " , kata lelaki tu sambil menyepak tubuh taeyeon. Taeyeon menutup mukanya walaupun habis tangannya bercalar.

" kalau jual dia, aku rasa berbaloi jugak " , kata lelaki tu sambil tertawa dengan rakannya. Taeyeon menangis merayu supaya dilepaskan tetapi lelaki tadi semuanya ketawa dengan penuh rakus.

Chen menyuruh mereka diam dan bertanya,
" berapa harga dia? Aku nak beli " , kata chen sambil mengeluarkan dompet dia dari poket.
Lelaki lelaki tadi semuanya memandang sesama sendiri.

----------------------------

Baekhyun membuka lokernya dan melihat sekotak coklat jenama kegemaran dia ada di atas buku teks dia. Baekhyun mengambil kotak tu dan membukanya. Ada surat di dalam.

     Dear baekhyun,

Selamat hari jadi budak lelaki yang semakin membesar dari hari ke hari. Pada usia ni, kau sepatutnya dah tahu apa yang kau patut buat dan rancang masa depan dengan betul. Kau patut hati hati masa perjalanan balik, ada banyak kereta sekarang disebabkan cuti peristiwa menjelang tak lama lagi. Jaga diri baik baik, aku sentiasa ada dengan kau.

                                    Love, candy.

Baekhyun tersenyum sendiri. Entah macammana orang ni boleh tahu coklat yang dia suka dan harijadi dia. Dia betul betul tak tahu.

Tapi yang pasti dia mula ubah sangka buruk dia pada si gadis candy ni. Dia psycho yang pengambil berat. Dan baekhyun terharu, sebab tak pernah ada orang suruh dia berhati hati atau cakap yang dia ada bersama dia.

Kecuali sorang,

" jangan nangis, tak tak jangan nangis. Aku ada disini byun baekhyun " ,

Dan ianya si gadis tomboi tu.

Candy Crush Where stories live. Discover now