Bab 11

178 5 0
                                    

Haziq bersiul perlahan sambil menyedut rakus latte panas didepannya. Senyumannya masih belum putus. Terpancar wajah gembira bahagia di muka nya. Tak perlu dia terangkan pun orang lain dah boleh nampak.

"Jiq, kau kenapa erk? Sejak dua menjak ni asyik senyum sorang-sorang je aku tengok.?" Tegur Ezzeat pelik melihat kawannya yang seorang ini tersengih sendiri.

"Ehh bila masa pulak aku senyum? Kau ni memandai je nak troll aku". Balas Haziq menyembunyikan senyumannya.

"Alah kau, kalau dah kau tengok cawan Starbucks tu pun boleh buat kau senyum sorang-sorang lagi nak sembang dengan aku. Kau nampak muka sapa dalam air tu weyh? Kau ni macam sorok sesuatu lah dari aku." Ezziat masih tak berpuas hati dengan jawapan Haziq.

"Haha. Itu lah kau, kalau kau tu minat instagram, minat twitter, mesti kau akan tahu muka sapa yang aku nampak dalam air ni sekarang. Ini tak. Kau asyik....."

"Weyh. Serious dowh. Kau dah ada buah hati ke? Kurang ajar kau makan sorang tak cerita dengan aku. Amacam beb? Body shape? Bagus?" Ezziat semangat.

Mereka memang jenis teruna idaman Malaya yang sering bertukar-tukar gadis. Lelaki kaya dan berupa, gadis mana yang mampu menolak cinta mereka apatah lagi tanpa dipujuk rayu ada yang sanggup menyerahkan segala yang mereka ada untuk mengikat jejaka-jejaka ini. Kononnya mengikat lah.

"Kau betul nak tahu siapa? Tapi untuk nak share tak boleh lah bro. Ni stock buat bini kot."

"Hey. Gadis mana yang dah tambat hati putera idaman malaya sampai dah isytihar nak buat bini ni weyh. Ni mesti yang baekkk punya sampai kau dah terfikir untuk nak steady ni kan. Fuhhhh. Bro dah matang. Kawan aku ni...."

Haziq cepat-cepat menutup mulut Ezziat yang bising membebel.

"Keep you mouth shut and just watch". Dia menyuakan iphone nya kepada Ezziat.

"What the fish man! Qistina Humaira beb! Gila bravo man! Ini memang betul stock buat bini! Kalau aku pun nak dowh buat dia jadi bini." Ezziat deras berteriak sehingga menarik pandangan orang lain yang berada di dalam Starbucks untuk memandangnya.

"Bodoh lah kau ni. Diam lah sikit. Hahaha tahu lah semangat! Kot ye pun jangan lah nak bising satu kafe ni." Haziq gelak besar. Dia pasti yang ceritanya berkawan dengan Qistina pasti akan tersebar meluas. Qistina adalah nama teratas sekali dalam senarai gadis-gadis idaman geng mereka.

"Sial lah kau. Aku nak jugak dowh!" Ezziat menyiku kepala Haziq. Gembira bagi pihak temannya. Seorang demi seorang kawan mereka datang ke kafe itu untuk meraikan Haziq. Petang mereka hanya dihabiskan dengan gelak ketawa dan cerita tentang Qistina.

* * *

"Assalamualaikum. Mama, Qistina ada?" Amirul menjenguk dipintu rumah Qistina.

"Aikk. Sejak bila kamu pandai main jenguk-jenguk ni? Setahu mama, mama dah anggap kamu macam mama, ni bagi salam mcm tu, dah macam jiran lah pulak. Dah tak nak jadi anak mama dah ke? Ke kamu dah ada mama lain ni? Hahaha." Usik Datin Rafidah.

"Ish, tak ada lah mama. Cuma I have surprise for her." Kata Amirul sambil mengangkat paper bag pink besar ditangannya.

"Owh. How sweet you are. Untuk mama tak ada? Hahaha just kidding. She upstairs." Datin rafidah menunjuk ke atas.

"Untuk my lady datin yang sorang ni nanti mirul belanja dinner okay? Sekarang mirul nak bagi hadiah untuk anak dara datin rafidah yang cantik ni dulu." Senyum Amirul sambil menaiki tangga. Sempat dia mengeyit mata ke arah Datin Rafidah.

Bilik Qistina diketuk perlahan. Ketukan pertama tidak terbalas. Masih senyap dari pihak dalam. Amirul mengetuk sekali lagi. Masih juga senyap.

'Aik.. Minah ni tidur ke? Biasanya pukul 8 malam macam ni dia tengah melepak layan movie.'

Bilik gadis itu diketuk lagi dengan lebih kuat. Dia bukan macam Qistina yang main redah sahaja bilik dia tidak kira dia berbaju atau tidak. Kalau dia main redah sahaja bilik Qistina takut-takut dia pula yang dapat tengok wayang free.

"Yep. I'm coming" bilik gadis itu terbuka luas.

"Larhhh. Kau rupanya. Ingat kan siapa tadi." Kata Qistina sambil mempelawa Amirul masuk.

"Aku lah, siapa lagi kalau bukan aku je yang boleh terpacak depan bilik kau ni. Weyh aku nak tanya kau sikit" Amirul mengambil tempat di sofa merah jambu yang berada di sudut bilik gadis itu.

Qistina mengangkat kening. "Apa?"

"Kau ada nak gi mana-mana ke? Lawa semacam je malam ni." Tanya Amirul.

Dia pelik akan penampilan Qistina malam ini. loose top dan legging Qistina bukan lah pakaian malam yang biasa Qistina sarungkan. Rambut Qistina juga disanggul bun. Setahu dia, Qistina tidak suka mengikat rambut kerana Amirul suka melihat rambutnya yang lepas. Dan satu lagi, bibir Qistina berwarna pink! Aik, tak kan lah nak tidur pun pakai lipstik kot.

"Tak ada lah, kenapa kau tanya macam tu? Bukan ke kalau aku nak keluar aku akan ajak kau. Kau ni, macam lah baru kenal aku sehari dua. Haha merepek je. Asal weyh? Aku nampak lawa ke malam ni?" Balas Qistina.

"Haha lawa tu tak ada lah lawa mana. Kau bukan lawa sangat pun." Amirul berseloroh.

"Haha siot lah kau. Tak nak mengaku lah tu aku lawa. Tak apa, aku faham. Aku memang lawa pun."

"Erghhh. Perasan."

"Well well. Ehh kejap. Asal kau datang rumah aku ni? Biasanya kau akan whatsapp aku dulu kalau nak datang. Ini tetibe je." Qistina berdiri cekak pinggang didepan Amirul.

"Actually aku datang nak bagi something kat kau. Kau tak nampak ke aku bawak paper bag warna pink sebesar alam ni?" Dia mengangkat paper bag itu.

"Okay, sebelum kau tunjuk kat aku, aku ada benda nak tunjuk kat kau jugak. Tadaaaaaaa. See what i've got" Qistina semangat mengangkat bantal tembikai menunjukkan kepada Amirul.

"Ahhh. Wait. How you get it? Bila kau keluar? Bukan ke baru semalam kau tunjuk kat Typo kat aku?" Amirul pelik. Setahu dia, qistina tidak keluar hari ini. Dan hanya dia sahaja yang ada ketika Qistina menyatakan kehendaknya itu.

"Secret admire aku belikan untuk aku. Tak kisah lah pasal siapa yang bagi. Nanti aku bagitau kau okay? But first, let me see what you have for me?" Qistina duduk di sisi Amirul sambil membuka paper bag pink itu. Isi didalam beg itu cukup membuatkan Qistina terdiam.

"Hurm, mirul, kau belikan aku bantal ni jugak. Hurm.... Errr.... Mirul.... Hmmmm" Qistina menggarukan kepalanya serba salah.

"Aku tak tahu pulak yang sekarang kau dah ada secret admire yang belikan kau barang yang kau nak. Sebab biasanya aku yang belikan untuk kau" balas Amirul tak bernada.

"Tak apa. Bantal kau pun aku peluk jugak. Kau yang bagi. Mesti lah aku peluk. Okay darling?"

"If you say so. Aku okay je la. Weyh, tak apa lah. Dah lewat. Tak manis pulak aku duduk lama-lama kat sini. Aku blah dulu. Good night" tanpa menunggu balasan dari Qistina, dia terus bangun dan pulang.

Qistina tahu Amirul merajuk tetapi ada benda lagi penting yang dia sedang buat sejak dari awal tadi.

Facetime di Iphonenya di on kan kembali. Haziq sudah lama menanti!

bukan kisah Adam dan HawaWhere stories live. Discover now