Bab 2

297 5 0
                                    

Ketukan bertalu-talu bagai hendak roboh pintu bilik yang berdiri teguh itu cukup membuatkan Amirul Adam yang mamai itu terjaga sepenuhnya.

"woi minah, kau ni memang tak reti bagi salam ke? Lepas tu, kau fikir pintu bilik aku ni takde perasaan macam kau ke nak diketuk sekuat hati? Then, kau rasa telinga aku ni dah pekak ke sampai tak dengar kau ketuk pintu?" Bebel Amirul yang dalam mamai menyarung baju.

"M-E-M-B-E-B-E-L! Weyh mamat, kau ni lelaki ke pondan hah? Membebel mengalahkan mak nenek. Eh eh, sedap dia bebel kat kita, aku yang sepatutnya membebel dekat kau, asal kau tak turun taman? Kau buat taik mata kan dari tadi? Tak guna betul buat aku menunggu!" Hanya sekali nafas, laju bak kereta api kat Jepun Qistina bebel kan.

Walau nampak hebat bebelan Amirul , hebat lagi bebelan Qistina yang tiada tolok bandingannya. Kalau dibiarkan lebih dari satu nafas dia membebel, kemungkinan besar, pendengar ketika itu boleh masuk wad kecemasan dek kerana berdesing dan pekak telinga.

"Weyh mamat, kau..." tak sempat habis nafas yang kedua Qistina , Amirul sempat memotong.

"Weyh, cuba kau tengok air-cond bilik aku, kau perhati baik, ada bunyi tak?" Kebiasaannya, Amirul mudah memberhentikan bebelan Qistina. Taktiknya mudah sahaja, kerana Qistina jenis yang lurus dan cepat terpengaruh.

"Asal dgn air-cond kau? Aku dengar bunyi dia elok je" Qistina menjawap tulus.

"Aah kan, bunyi dia elok je" Taktik  Amirul berjaya! Qistina sudah beralih fokus. Amirul saje menyuruh Qistina melihat air-cond biliknya yang tiada kena mengena dengan mereka. Semata untuk membuatkan Qistina terdiam seketika.

"Ehh, tak faham lah aku dengan kau ni, tiba-tiba je bercakap pasal air-cond. Kan aku dah lupa aku nak bebel apa tadi, sebab kau lah ni!" Bantal disisi kerusi Qistina laju dan tepat mengena muka Amirul .

Tak dinafikan, perempuan ni cekap juga dalam balingan kan?

"Kau dah kenapa perempuan? baling2 bantal pulak dekat aku. Kot ya pun nak marah, apa main kasar ni. Mengalahkan lelaki tau kau ni!" Amirul yang jenis pengemas itu segera merapikan kembali kedudukan bantal tersebut. Dia duduk disisi Qistina dengan selera yang tiba-tiba datang melihat goreng pisang suam yang dihidangkan orang gajinya, Kak Iti.

"Sorry sikit, aku ni perempuan sejati ya! Aku ni boleh dikategorikan perempuan melayu terakhir tau" tegas Qistina dengan mulut yang oenuh dengan kunyahan goreng pisang.

"Sedar pun kau tu perempuan, habis tu yang kau main terjah je masuk bilik aku ni? Aku ni lelaki tau. Kau tak takut ke kalau aku buat pape dekat kau? Kau kena ingat Qist, fikiran lelaki dan perempuan tu tak sama."

"Maksud kau apa? Kau nak buat apa kat aku? Lelaki fikir apa ni? Tak faham lah aku." Sambung Qistina dengan mulut yang masih penuh.

Soalannya itu terlalu naif dan makin membuatkan Amirul risau.

Qistina masih belum kenal lelaki!
Bahaya.

bukan kisah Adam dan HawaWhere stories live. Discover now