Bab 9

198 5 0
                                    

Udara petang itu yang berangin sejuk tidak dapat menghilangkan panas resah Qistina. Sudah seminggu berlalu. Qistina masih belum mendapat sebarang khabar dari Haziq.

"Qist, do you have a problem? Why ni? Tell me. Aku bawak kau datang sini sebab aku nak tunaikan kau cakap kau mengidam nak makan brownies kat sini. Ni asyik termenung sambil tengok brownies tu mana kenyang. Ke kau nak aku suap? Hahaha." Amirul pelik melihat Qistina yang sudah dua tiga hari resah seperti ada yang tidak kena.

"Haha kau tak payah nak gedik sangat erk. Aku nak makan lah ni. Tengah amik mood." Qistina segera mengambil sudu didepannya. Gundah dihatinya perlu disorok.

"Lepas ni kita tengok wayang nak? Ada movie baru lah. Lagipun kita dah lama tak layan movie" bilang Amirul dengan mulut yang penuh.

"Aku malas lah. Aku nak balik rest"

"Weyh, kau okay tak ni? Macam pelik je perempuan nama Qistina Humaira nak balik awal bila keluar. Biasanya selagi tak tercabut skru kaki kau, selagi tu kau nak bertapa dalam mall ni" suapan Amirul terhenti.

Qistina tampak lain hari ini. Seperti ada yang mengganggu.

"Aku okay, cuma aku rasa tak sedap badan. Aku nak balik, nak rest"

Tangan Amirul laju menekap dahi gadis itu. Risau-risau kalau gadis itu demam. Tetapi dahi itu tidak panas.

"Kau sakit ke? Aku tengok kau lain macam hari ni."

"Aku rasa aku nak period lah weyh."

"Hah, kalau itu alasan kau, aku sokong kalau kau mintak balik. Aku dah kenal sangat perangai kau. Silap-silap hari bulan, tak sempat sampai rumah kau dah berubah jadi monster" muka Amirul serius sambil menahan gelaknya.

Dia sudah masak benar dengan gadis itu. Apabila masuk musim cuti gadis itu, dialah yang akan jadi mangsa. Ada sahaja ragam gadis itu yang perlu dihadapnya. Nak menangis lah, nak marah lah, nak bersukan lah dan macam-macam lagi.

"Haha, asal weyh? Kau serik nak layan kerenah aku nak period eh? Qistina ketawa melihat reaksi Amirul itu.

"Serik tak serik jugak lah. Haha dah lama aku kenal kau, nak tak nak aku kena layan jugak. Masak lah suami kau nanti nak kena hadap kau. Aku yang depan rumah pun dah stress ini kan lagi kalau dah satu rumah." Riuh Amirul menjawab.

"Haha kau dah kenapa cakap pasal kahwin-kahwin dengan aku ni. Senget punya mamat. Kau dah gatal nak kawin erk?" Qistina turut ketawa.

Petang mereka berselang dengan gelak ketawa sebelum pulang ke rumah. Dihati Qistina masih lagi resah.

Mana Haziq ni, kata nak contact aku nanti. Monolog kecil hati Qistina.

bukan kisah Adam dan HawaWhere stories live. Discover now