Bab 6

197 5 0
                                    

Dari jauh ternampak jelas gelagat manja seorang gadis yang rancak bertanyakan pendapat salesgirl akan pilihan dress ditangannya.

"I shopping sorang hari ni, jadi I tak tahu nak tanya pendapat, jadi I terpaksa tanya you, tadi kawan you dah penat jawap soalan I dekat section tshirt sana, so sekarang you tolong I ya? I bagi tips nanti." Berkata Qistina dengan senyuman manis, dia tidak sedar yang gelagatnya asyik diperhatikan oleh anak muda disebalik dinding bersusun pilihan dress itu.

Gadis bertag nama 'Suraya' hanya mengangguk melayan Qistina.

"Kalau you, you pilih yang mana satu, warna sky blue atau mint green? I boleh beli satu je, sebab I dah banyak beli yang macam ni, kalau mama I tahu I beli lagi hari ni, memang panas telinga I kena bebel dengan dia nanti, pastu nanti mama cari geng, dia ajak Iqwan bebel sama, alaa normal lah kan perempuan macam kita kan? Bila stress, kita pergi window shopping kan?" Panjang bebelan Qistina bercerita. Seperti salesgirl itu mengenali dirinya.

Gadis yang manja, becok, dan suka shopping, Simpul jejaka yang memerhati itu.

"Saya rasa, warna baby blue sesuai dengan cik" bicara gadis itu, mungkin dia mahu Qistina cepat2 membuat pilihan kerana dia masih punya banyak kerja.

"Alaaa, kenapa baby blue. Mint green ni tak cantik ke kalau I pakai? I minat mint green ni." Cebik Qistina kesedihan kerana pendapat yang diterima adalah sebaliknya dari apa yang dia inginkan.

"I rasa warna mint green sesuai dengan you, just nice and beautiful." Akhirnya jejaka tampan itu menyampuk. Dia sempat mengenyit mata kepada salesgirl tanda gadis itu boleh menyambung kerja nya.

Qistina menjeling panjang tanda dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu.

"Trust me. Mint green sesuai dengan you. Pandai you pilih floral dress ni. Kalau you nak nampak casual, you boleh padankan dengan denim cardigan, kalau nak nampak feminine, just mitch and match clutch atau another accessories." Hujah lelaki itu tanpa diminta kerana dia sudah dapat jelingan maut pada awalnya.

Qistina tak membalas. Lelaki itu pandai mengambil dan mencuri perhatiannya. Jauh berbeza dengan Amirul yang hanya akan menjawab 'both' apabila disuruh memilih antara dua. Qistinaa tetap membatu sambil membelek dress tersebut sambil memeriksa zip atau sebarang kerosakan.

"I dengar tadi you shopping sorang hari ni, so then, boleh tak I nak jadi tukang teman you merangkap tukang bawak barang2 shopping you hari ni? Kejap lagi I belanja you" Haziq menawarkan diri. Dia benar-benar ingin menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mendekati gadis itu.

Qistina tidak menjawab tetapi langsung terus berjalan ke kaunter untuk membayar dress nya. Dan kemudiannya terus ke deretan kedai sebelah. Dia perlukan clutch baru untuk dipadankan dengan dress yang dibelinya.

Sedang dia ralik memilih, tiba-tiba Haziq menghulur kepadanya clutch berwana pink cair dengan sedikit perincian permata.

"Ouch, please. What do you want? Dari tadi ikut I" Qistina ternyata serius.

"Awak, orang tua2 kata, diam itu tanda setuju. Jadi I anggap you setuju tadi dan secara official nya I akan teman you shopping hari ini" haziq tersenyum manis.

"Erghh. What ever je la."

Tawaran Haziq itu sebenarnya sangat diperlukan Qistina. Dia tidak suka shopping bersendirian tambahan pula Haziq mempunyai taste yang bagus dalam fesyen. Dalam erti kata lain, dia suka Haziq menemaninya dan dia sangat memerlukan seseorang untuk melayan kerenahnya. Dia sudah letih menebalkan muka meminta pendapat jurujual disetiap kedai yang dimasukinya.

Dalam diam, Haziq sempat mengambil gambar Qistina secara curi dan segera diuploadkan di Instagramnya.

Captionnya cukup ringkas. Tetapi sangat manis. SANGAT.

" awak cakap dress yang awak pegang itu cantik, tetapi saya cakap, gadis yang memegang dress itu yang paling cantik".

Manis kan?

bukan kisah Adam dan HawaМесто, где живут истории. Откройте их для себя