Bab 10

6.4K 153 65
                                    

AKU sedang seronok melayan movie di saluran HBO apabila Ajmal tiba-tiba datang duduk di sofa berdekatanku. Aku pandangnya dengan ekor mata. Yakin lagi pasti yang dia sedang melakukan aktiviti biasanya iaitu merenung aku. Aku tak pasti sama ada dia suka sangat merenung aku disebabkan dia tengah mengagumi kecantikan aku atau dia tengah menganalisa berapa banyak kehodohan aku.

Sungguh aku dah tak boleh fokus pada movie di televisyen itu. Kalau tadi aku tahu movie tersebut tentang apa, tapi sekarang jangankan kata nak ingat ceritanya apa, nama watak hero dan heroin filem pun aku dah lupa. Ya Allah...

Dengan rasa geram, aku menoleh kepada Ajmal. Seperti biasa, matanya sudah sedia menyambut pandanganku.

"Kenapa dengan awak ni?" ajuku dengan rasa menyampah yang teramat sangat.

Aku nampak dia membuka mulut maka cepat-cepat aku mencelah.

"No! Kalau awak nak cakap, 'saya tengok awak sebab awak duk buat tayangan free kat saya', please don't, okay. Saya dah bosan dengar awak cakap macam tu. Saya tahu saya banyak kekurangan. Terutamanya dalam bab-bab agama. Tapi saya sedang berusaha ke arah itu. So, please respect that, okay?"

Sekali nafas aku mengungkapkan ayat aku. Terasa semput pula. Cepat-cepat aku menarik nafas selepas itu. For a split second, aku dapat lihat something flickers in his eyes, tapi tak pasti apakah itu kerana ia cuma beberapa saat sahaja. Sama ada apa yang aku cakap amazed him or that he was mockering me just now.

Oleh itu berdasarkan pemerhatian dan analisa aku, aku rasa dia cuba mengawal dan menyembunyikan apa yang dia rasa terhadap aku. Dan ternyata dia berjaya. Sebab sampai sekarang aku yang begitu mahir menganalisa dan membaca perasaan dan gerak-geri orang pun tidak berjaya untuk menebak apa yang dia rasa. Ini papa, arwah mama, Arissa, mak su dan pak su yang kata sebab aku selalu dapat meneka perasaan mereka dengan tepat!

Tiada respons daripada Ajmal. Dia masih juga merenungku. Sungguh aku tidak selesa Ajmal merenung aku begitu kerana renungannya mampu menghadirkan debaran dalam hati aku. Ya Allah, kenapa aku boleh jadi begitu tergoda dengannya?

Aku kembali membalas renungannya. Aku tayang muka tak puas hati kepadanya.

"Encik Syed Muhammad Ajmal, boleh tak awak berhenti merenung saya?" soalku sinis sambil aku menghulurkan senyuman yang paling manis untuknya. Senyuman manis yang dibuat-dibuat.

Dia tersenyum mendengar soalan aku. Aduh, senyuman itu lagi. Tolonglah jangan senyum. Tolonglah...

"Boleh tak awak jangan senyum..." Cepat-cepat aku menekup mulut. Tak perasan yang aku telah terlepas cakap. Tak sengaja untuk meluahkan kata-kata tu secara lisan dan terang-terangan. Sungguh, aku ingat aku bercakap dalam hati tadi.

Ajmal kelihatan mengerutkan dahinya. Mungkin pelik dengan reaksi aku. Tapi tak lama kemudian dia kembali tersenyum. Mungkin dia dapat meneka keterlanjuran percakapan aku itu. Mukaku terasa merah padam. Betapa malunya aku.

"Kenapa? Awak tergoda dengan senyuman saya ke?"

Hah? Aku mencebikkan bibir.

"Perasan..." getusku perlahan tapi cukup kuat untuk dia dengar. Tawa kecil tercetus dari bibirnya.

"Cik Nur Adra Nayli..." Dia menyebut namaku lambat-lambat. Meleret-leret. Terasa indah di pendengaranku apabila namaku meniti di bibirnya. Suaranya yang lembut terasa menyapa hatiku. Dadaku terasa berdebar sekali.

"Saya rasalahkan, kat Melaka tu banyak kedai kain. Tapi tak tahulah kenapa perempuan zaman sekarang ni bila pakai baju aje macam tak cukup kain."

Argh! Dia mula dah! Aku mendengus kasar.

Sungguh, Saya Cintakan AwakWhere stories live. Discover now