"Eii", aku menumbuk bahu Dann berkali-kali.

Dann hanya tergelak tanpa menepis tangan aku atau menggosok lengannya atau menunjukkan apa-apa ekspresi yang dia tengah kesakitan.

Tak sakit ke aku pukul?

"Bodoh", aku masih lagi tak puas hati.

Nak tahu apa dia buat tadi? Waktu dekat kaunter, nak beli token dia boleh suruh aku bayar. Lepas tu, dia boleh tinggalkan aku terpinga-pinga dekat situ. Aku ni dah lah dompet pun tak bawa. Mana nak korek duit?

Nasib baiklah waktu aku tengah tahan malu tu, aku terperasankan duit not lima puluh ringgit kat kaki aku. Entah duit siapa aku rembat je.

"Aku bukan sengaja. Aku pergi booth tu tadi", Dann menunjukkan satu booth di sebelah booth makanan yang menjual gula-gula kapas.

"Jom try".

"Kau rasa kau boleh ke?" Aku memerlinya. Aku permainan tersebut. Kami perlu menjatuhkan satu tin dengan tiga peluru saja.

"There's lovely couple. Hii", sapa penjaga booth tersebut sebaik kami berada di sith. Aku faham apa dia cakap.

Aku hanya tersenyum palsu. Couple sangat.

"Kau nak apa? Aku boleh dapatkan", dia menjungkit keningnya yang sedia lawa. Mula lah buat muka berlagak.

Aku mula menjadi barangan yang terpamer di rak. Ada teddybear, beg tangan, cap dan... sesuatu yang menarik minat aku.

"Tu", aku menunjukkan sesuatu yang terpamer disitu.

Dann membuat muka, "Kau reti main?"

Aku tersengih, "Kau lah ajar nanti."

"Tak sudi aku ada murid macam kau. Mesti lembab", selamba dia melaser aku.

"Kalau awak nak yang tu. Game dia mencabar sikit. Itu grand prize", terang pekerja booth tersebut tanpa ditanya.

Dia mengeluarkan beberapa helai kertas daripada bawah kaunter. Aku memerhati pekerja tersebut. Nak buat apa?

"Awak kena jatuhkan hanya satu tin. Dan kertas ni peluru awak. Tak kisah lah awak nak buat macam mana pun".

Jadah. Macam mana nak main sia?

Aku memandang Dann dan membuat muka kau-yakin-kau-boleh-buat?

Aku tak pernah jumpa mainan yang macam ni. Mustahil tin tu boleh jatuh dengan sehelai kertas.

"Jadi, awak nak cuba? Satu game, dua token", pekerja tadi masih ceria. Agaknya mesti dia suka tengok muka kitaorang yang dah terpinga-pinga kat sini.

Dann menghulurkan dua keping token yang aku tukar tadi. Aku rasa macam membazir je. Dah lah harga untuk satu token tu dua ringgit. Orang Fun Fair ni pandai make fun. Tak, tak, pandai buat duit. Mesti kaya.

Dann meronyokkan sehelai kertas menjadi seperti bola dan membaling ke arah tin tersebut. Aku tersenyum. Balingan tepat tetapi tin tersebut langsung tidak bergerak.

Aku dapat lihat wajahnya yang mulai bengang. Hahaha tadi yakin sangat.

Dia mencuba lagi. Dari gaya balingannya aku dapat agak dia menggunakan tenaga yang lebih kuat.

Tin bergerak. Tetapi masih lagi tak terjatuh. Kesiannya.

Aku mengambil baki sehelai kertas tadi. Entah macam mana boleh terjatuh dan terlepas jatuh ke bawah.

Aku membongkokkan badan untuk mengambil sehelai kertas tadi. Idea nakal muncul di minda aku apabila terpandangkan sebiji batu di hujung kaki Dann.

Aku meronyokkan kertas dan didalamnya aku letakkan sebiji batu tadi. Aku tutup elok-elok supaya pekerja tadi tak nampak.

Aku memberikan 'bola' tadi kepada Dann. Dia membulatkan matanya memandang aku. Aku tersengih. Dia tahu trick aku.

Dan... akhirnya.

Tin jatuh. Yay.

"Maaf cik. Boleh cik tukar hadiah dengan benda lain? Sebenarnya benda tu orang lain punya", ucap pekerja tanpa rasa serbasalah.

Eh? Banyak cun muka dia? Dah tu kenapa offer tadi? Ingat kitaorang tak boleh dapat?

"Mana boleh macam tu", Dann mengawal suaranya.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal tadi?" Soalku tak puas hati.

"Tapi encik letak batu dalam kertas tadi."

Ups, kantoi.

Takpe Lyaa, lawan, "Prosedur tak ada kata tak boleh. Kau kata kena guna kertas tak kira apa-apa pun".

"Saya tak kata boleh guna batu", ringan je tapak kaki aku ni nak pergi dekat muka dia. Kimak menipu.

"Kami masih gunakan kertas sebagai peluru kan? Jadi tak ada silap. Yang salahnya kau, terang tak betul. Kitaorang dah buat, kau suruh tukar pula", Dann mengetuk meja kaunter. Pekerja tadi terdiam. Mukanya berubah cuak tapi aku tahu dia tengah mengawal riak wajahnya.

Kami tersenyum kemenangan apabila pekerja tadi mengambil papan selaju di atas rak. Dann menyambut pemberian tidak ikhalas pekerja tadi. Teruk betul servis booth dia.

Papan selaju tersebut bertulis 'Flip' dibawahnya. Dann membelek bahagian roda, "Deck dah okey. Tapi truck tak."

Alahai Dann jangan serius sangat.

"Nah", dia memberi papan selalu tadi, "Nanti aku bagi truck lama aku. Boleh pakai lagi."

Aku hanya mengiyakan. Sebenarnya aku tak tahu pun truck dengan deck tu apa dan mana satu. Acah-acah tahu je.

"Lyaa?" Dann memuncungkan mulutnya kearah rumah hantu. Sebenarnya, roller coaster tetapi kami harus melalui lorong yang gelap dan dipenuhi hantu.

"Apa kata kita naik tu?" Aku menunjukkan ferris wheel yang tingginya lebih kurang tiga ke empat tingkat rumah flat.

Kami saling berpandangan dan berharap. Masing tak mahu mengalah.

"Kau takut eh?"

"Kau gayat eh?"

Serentak kami mengusik. Hahaha. Aku menjelingnya, "Tak ada maknanya."

Dan malam itu, masing-masing tahu kelemahan masing-masing. Cubalah berlagak berani mana pun, bila kau jumpa ketakutan kau, kau memang takkan boleh lawan.

Aku masih mengingati wajah berpeluh dan sewaktu menaiki ferris wheel tadi. Tak macho langsung.

Dan aku masih lagi merasai hangat tangan Dann yang aku genggam erat sewaktu memasuki lorong rumah hantu tadi. Aku segan, tapi ada aku kisah? Aku benci hantu dan... tak lupa juga, badut.

Aku dapat merasai perasaan lain dalam diri aku. Satu rasa asing yang datang bila aku pandang anak mata Dann dan bila Dann pandang anak mata aku. Atau dalam kata lainnya, bila kami saling berpandangan.

Satu cerita baru yang aku boleh ceritakan pada bintang dan Mimj nanti. Mungkin Dann boleh jadi kawan aku juga? Akhirnya, aku ada kawan.

Tanpa aku sedari, aku tertidur sambil memeluk deck yang kami dapat di fun fair tadi.

------

Gadis Skate Where stories live. Discover now