TUBUH 7

2.5K 84 0
                                    

Ketika mereka bersiap hendak balik ke rumah aaron di suruh mandi dan menukarkan bajunya. setelah mandi, valerie menyuruhnya memakai blouse berwarna pink dan skirt pendek berwarna hitam. Pada mulanya aaron tak mahu memakai pakaian seperti itu sebab dia merasa kekok bila memakai pakaian tersebut tapi valerie memaksanya memakai pakaian itu. mahu tidak mahu dia pun terpaksa memakai pakaian tersebut. pelik betul rasanya bila dia tiba tiba memakai pakaian perempuan. aaron merasa sungguh tidak selesa sekali bila berpakaian seperti itu namun di pendamkannya rasa tidak selesa itu di lubuk hatinya. yang lebih teruk lagi bila dia di suruh memakai kasut tumit tinggi perempuan. aaron berjalan bagaikan itik pula. ketawa betul valerie di saat dia melihat adiknya berjalan seperti orang utan yang tak tahu menggunakan kasut. Aaron tahu valerie mentertawakannya namun dia tidak peduli. sebenarnya dia tidak begitu pandai menggunakan kasut tumit tinggi seperti itu namun di cubanya juga memakai kasut tersebut sehingga dia berjaya berjalan dengan baik. perkara yang paling di benci oleh aaron ialah bermake up. valerie sempat juga menempelkan sedikit bedak dan sedikit gincu di bibirnya. aaron rasa macam 'pondan atau mak nyah' pula dengan make up yang menempel di wajahnya. namun dia terpaksa berdiam diri demi menjaga hati dan perasaan gadis tersebut. Dia tidak mahu valerie merasa tersinggung jika dia tidak mahu di solekkan oleh gadis itu. Jadi dia pun membiarkan saja gadis tersebut meriaskan wajahnya...

setelah bersiap secara ala kadar mereka terus melangkah keluar dari hospital itu. Di dalam perjalanan pulang ke rumah ada pula orang yang memanggil valerie dalam handphonenya. "ya... ada apa atuk?", valerie menjawap panggilan itu sambil memandu keretanya. "ya... dia ada dengan saya. kami baru saja keluar dari hospital ni. sekarang kami nak balik ke rumah... er... ada apa atuk?", soal valerie ingin tahu. dia terdiam seketika. "oklah... nanti kami pergi ke sana...", valerie bersuara perlahan lahan. handphone di tangan di matikannya, valerie memandang wajah aaron seketika. "adik... datuk panggil kita balik ke kampung sekarang juga. nenek kurang sihat... kita pergi jenguk diorang dulu...", kata valerie. "perlu sangat ke kita pergi ke kampung tu?", soal aaron dengan nada suara yang jengkel.

"yelah... adik tak mau berjumpa dengan atuk dan nenek ke?... dulu bukan main suka lagi adik bila adik balik ke kampung tapi sekarang dah lain macam aje... kenapa ni dik? adik dah buang tabiat ke apa?", soal valerie dengan dahi yang berkerut. aaron tidak menjawap soalan gadis itu. dia cuma menarik nafas berat. "Alahai... terpaksa pula pergi ke kampung halaman dia... bila masa lagi aku dapat cari tubuh aku yang hilang tu?...", keluh aaron perlahan lahan. "apa dik?... apa yang adik cakap tadi?", soal valerie ingin tahu. "nothing...", balas aaron dengan wajah yang masam mencuka. Dia duduk sambil meletakkan kakinya di atas dashboard kereta. "Ehemm... kenapa adik letak kaki adik atas dashboard kereta tu?... tak baik kalau duduk macam tu...", tegur valerie. Dia mencubit paha aaron. "Adoii... sakitlah kak...", jerit aaron kesakitan. "Lain kali jangan duduk macam tu. Tak baik kalau seorang gadis duduk sambil letak kaki di atas dashboard... itu tidak sopan tau...", marah valerie. aaron pun terpaksa menurunkan kakinya ke bawah dan duduk diam di kerusinya.

Tidak lama kemudian mereka pun sampai di kampung halaman keluarga valerie. kelihatan kereta orang tua valerie tersadai di hadapan rumah kayu yang sederhana besar itu. "hm... nampak gayanya mama dan papa pun ada di sini... pasti diorang datang nak jenguk nenek. jom dik kita masuk ke dalam rumah...", ajak valerie. dengan malas aaron terpaksa melangkah keluar dari dalam kereta myvi tersebut. Aaron memerhatikan keadaan di sekeliling kawasan rumah itu. nampak sangat indah dan nyaman sekali dengan alam semulajadi yang menghijau. kelihatan beberapa ekor ayam berlarian di halaman rumah. beberapa ekor itik sedang berjalan sambil mencari makanan. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam sedang berbaring di atas anak tangga rumah tersebut. Buat pertama kali dalam hidupnya dia menjejakkan kaki di kampung yang aman damai itu. tiba tiba, "adik... masuklah... kenapa adik masih tercegat kat situ pula?", laung valerie. aaron terkejut dari lamunannya. cepat cepat dia beredar dari situ. Sewaktu dia sedang melangkah masuk ke dalam rumah itu dia di sambut oleh seorang lelaki tua. "oh... aireen... syukurlah awak selamat... atuk begitu risaukan awak, tau...", kata lelaki tua tersebut sambil memeluk aaron.

TUBUH (U)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora