TUBUH 3

4.2K 133 0
                                    

"shhhh!.... shhhh!.... shhhh!.... adik aaron, jangan jerit macam itulah... malu kalau di lihat orang....", jason cuba menenangkan adik lelakinya itu. "macamana saya nak diam? sekarang saya dah jadi lelaki pula....", marah aireen. "hish!...diamlah....", marah jason. dia terus menampar kepala aireen dengan tangannya. "adoiii....", jerit aireen kesakitan. "padan muka adik...", jason bersuara lalu duduk di atas kerusinya. aireen terdiam selepas itu. dia cuba berfikir bagaimana pula dia boleh jadi macam tu selepas di bedah? setahunya dia di bedah kerana di tikam orang semasa dia balik dari membeli belah di pasaraya pagi tadi. Seorang perompak telah merompaknya lalu menikam pinggang kanannya dengan pisau. Kemudian dia tak ingat apa apa lagi setelah dia jatuh pengsan ketika itu.

dari saat itulah dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada dirinya. dia cuba berfikir tapi fikirannya buntu. "abang.... betul ke saya ni di lahirkan sebagai seorang lelaki?", soal aireen setelah lama berdiam diri. "yelah.... kalau awak tak percaya biar abang pergi ambik cermin dulu untuk awak...", cepat cepat jason berdiri lalu beredar dari situ. Tidak lama kemudian dia muncul dengan membawa cermin di tangan. cermin tersebut di pinjamkannya dari seorang jururawat yang bertugas di situ. dia segera menyerahkan cermin itu pada aireen. Dengan sepantas kilat aireen mengambil cermin tersebut lalu memerhatikan bayang wajahnya dalam cermin itu. terkejut betul dia apabila dia melihat wajah seorang lelaki yang kacak terpampang jelas di atas cermin tersebut. tergamam dia di saat dia melihat bayang wajah itu. "macamana sekarang? Adik masih tak percaya lagi ke yang adik ni seorang lelaki?....", soal jason sambil memandang wajah adiknya. aireen hanya diam membisu di atas katilnya...

*** *** ***

"eh... eh... kenapa dengan adik aireen ni? jangan menjerit macam tulah... semua orang tengok kita ni... malulah......", marah gadis yang bernama valerie itu. dia mencubit lengan adiknya. "ouwh.... sakitnya...", aaron mengaduh kesakitan. "padan muka adik...", valerie bersuara dengan wajah yang masam mencuka. aaron terdiam selepas itu. dia berfikir bagaimana pula dia boleh jadi macam tu selepas pembedahan di lakukan ke atasnya. fikirannya begitu blur sekali. setahunya dia di bedah kerana penyakit appendix tapi kenapa sekarang dia menjadi seorang perempuan pula selepas di bedah?.... sungguh pelik sekali. "Akak... di sini ada cermin tak?", soal aaron pada gadis tersebut.

valerie merasa hairan juga bila adiknya meminta cermin saat itu tapi dia ambik juga cermin dari dalam beg tangannya. aaron segera mengambil cermin dari tangan valerie. dia merasa sungguh terkejut di saat dia memandang bayang wajahnya di dalam cermin. wajah tersebut begitu cantik dan menawan sekali. terpegun dia ketika dia memandang bayang wajah yang ada di dalam cermin itu. Sewaktu dia sedang memerhatikan wajah tersebut tiba tiba dia teringat akan sesuatu. wajah itu mengingatkannya pada gadis yang menjalani pembedahan semasa dia di bedah dalam bilik bedah beberapa jam yang lalu. Jangan jangan rohnya tersalah masuk ke dalam tubuh si gadis ketika dia sedang di bedah. akibatnya dia terperangkap dalam tubuh seorang gadis yang tidak di kenalinya. perkara yang harus di lakukannya sekarang ialah mencari tubuhnya yang hilang itu. dia mesti mencarinya sebelum terlambat. Cepat cepat aaron bangun. rasa sakit mula terasa di bahagian pinggang kanannya.

"auwww....", aaron menjerit kesakitan. valerie segera memegang tangan adiknya. "adik... kenapa adik bangun secara mendadak ni... adik nak pergi ke mana ni?...", soal valerie ingin tahu. "akak... saya nak cari seseorang....", balas aaron dengan pantas. "nak cari siapa ni?", soal valerie ingin tahu. "ada seorang lelaki yang sama sama di bedah semasa saya berada di bilik bedah petang tadi....", balas aaron. "buat apa cari lelaki tu pula?", soal valerie dengan dahi yang berkerut. "saya rasa dia telah mencuri tubuh saya...", balas aaron dengan jujur. "apa yang adik merepek ni ar?", soal valerie kebingungan. "ahhh.... susahlah nak explain pada akak ni... biar saya jalan dulu....", aaron bersuara sambil bangun dari atas katil tersebut. rasa sakit di pinggang kanannya tidak di endahkan lagi.

dia terus bangun lalu berdiri dan berjalan tapi dia di tahan oleh valerie. "adik.... jangan banyak bergerak... adik baru saja menjalani pembedahan... adik tak boleh bergerak kuat kuat... nanti jahitan di pinggang kanan adik terbuka... bahaya tu...", valerie cuba menahannya sambil memegang tangan adiknya tapi aaron tidak mengendahkan nasihat gadis tersebut. Malah dia terus berjalan. tiba tiba langkah kakinya terhenti apabila seorang jururawat datang menghampirinya. "eh... cik.... nak pergi ke mana ni?", soal jururawat itu ingin tahu. "Oh... saya nak pergi ke wad pesakit lelaki yang namanya aaron khoo, boleh tak awak tunjukkan saya di mana bilik pesakit lelaki yang bernama aaron khoo tu?", soal aaron pada jururawat tersebut.

"maaf saya tak dapat tolong awak sebab awak tidak di benarkan berjalan keluar dari wad ini... awak baru saja menjalani pembedahan sebentar tadi dan keadaan awak sekarang terlalu lemah. jadi saya syorkan awak berehat saja kat katil awak tu...", kata jururawat itu dengan tegas sekali. "tapi saya nak berjumpa dengan aaron khoo... saya nak bercakap dengannya sekejap... boleh lah... boleh lah...", rayu aaron dengan muka kasihan. "tak boleh cik... awak harus berehat sekarang... mari saya hantarkan awak ke katil awak...", kata jururawat tersebut sambil memimpin tangan aaron. "tapi...", kata kata aaron di potong pantas oleh valerie. "hish.... jangan bertapi tapi lagilah, dik oii... ikut saja apa yang dia cakapkan tu...", potong valerie. mahu tak mahu aaron terpaksa mengikut saja kehendak mereka. namun dalam pada itu dia berazam hendak mencari tubuhnya yang hilang sampai dapat...

TUBUH (U)Where stories live. Discover now