TUBUH 4

3.6K 127 2
                                    

Malam itu ketika semua orang sedang tidur, aaron cuba bangun dari atas katilnya. dia lihat valerie tertidur di sebelah katilnya. perlahan lahan dia cuba bergerak keluar dari atas katilnya itu dengan berhati hati. botol air yag masih tergantung di atas tiang penggantung tersebut di capainya. rasa sakit di pingggang kiri tidak di hiraukan lagi. Malah dia bertekad hendak pergi dari situ. pintu bilik wad itu di bukanya. Setelah dia berada di luar bilik wad tersebut pintu itu di tutupnya perlahan lahan. valerie terjaga dari tidurnya sebaik saja dia terdengar bunyi seperti pintu bilik di tutup orang. dia lihat adiknya sudah tidak ada lagi di situ. "aireen.... aireen...", panggilnya tapi tiada siapa pun yang menyahut panggilannya. mau tidak mau dia pun terpaksa mencari adiknya.

*** *** ***

Jason lihat adik lelakinya sedang tidur lena di atas katilnya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari situ. dia ingin pergi ke tandas sekejap. ketika dia berjalan menuju ke tandas tiba tiba dia bertembung dengan seorang gadis mundar mandir di luar wad pesakit lelaki. dia berjalan dalam keadaan yang lemah sekali. ketika pandangan mereka bertembung tiba tiba saja gadis tersebut berjalan menuju ke arahnya. "abang jason... ini adik aaronlah...", sapa gadis itu sambil melangkah menghampirinya. "hah?!....", jason terkejut sebaik saja gadis itu memanggilnya abang jason. yang lebih mengejutkan lagi bila dia mengatakan bahawa dia ialah adik aaron. takkanlah adiknya itu tiba tiba bertukar menjadi perempuan pula. "abang... saya adik aaronlah... roh saya terperangkap dalam tubuh gadis ini setelah saya di bedah dalam bilik bedah beberapa jam yang lalu....", aaron berterus terang pada abangnya.

"hah????....", tambah terkejut pula jason di saat dia mendengar perkataan gadis tersebut. aaron segera memegang tangan abangnya. "abang... percayalah cakap saya ni... saya ialah adik abang... saya aaron khoo... saya...", belum pun sempat aaron menghabiskan perkataannya muncul pula seorang gadis lain di situ. "eh.... aireen.... apasal awak berada kat sini pula?.....", soal gadis itu kehairanan. Dengan sepantas kilat, jason menarik tangannya dari genggaman tangan gadis itu. "saya mahu bercakap dengan abang sayalah...", balas aaron dengan wajah yang kelat. "er... excuse me... korang ni adik beradik ke?", soal jason sambil memandang wajah 2 orang gadis tersebut secara silih berganti. "ya... dia adik saya...", jawap valerie dengan wajah yang serius. "eh... bukanlah.... saya bukan adik dia... saya adik abanglah.... saya ialah aaron khoo...", potong aaron dengan pantas sekali. tercengang jason di buatnya. "hish.... apa yang adik merepek ni?.... sorrylah saudara... adik saya ni ada lain sikit selepas di bedah beberapa jam yang lalu... adik, jom kita pergi dari sini....", valerie bersuara sambil menarik tangan adik perempuannya.

"tapi saya belum habis cakap lagi dengan abang saya...", marah aaron tapi valerie tidak mengendahkan perkataannya. Malah dia terus menarik tangan aaron supaya beredar dari situ. "abang.... adik akan datang jumpa dengan abang bila adik dah betul betul sihat nanti. adik nak abang tahu yang roh adik terperangkap dalam tubuh gadis ni.... suatu hari nanti adik akan buktikannya pada abang yang adik bercakap benar....", kata aaron pada abangnya itu. "hish.... diamlah adik aireen... bising betul lah adik ni....", marah valerie di sebelahnya. aaron terpaksa diam selepas itu. Sementara itu jason masih lagi berdiri memerhatikan gelagat dua orang gadis tersebut sehingga mereka hilang dari pandangan matanya. "betul ke roh adik aaron terperangkap dalam tubuh gadis tu?.... mana mungkin perkara itu boleh terjadi... apakah ini kesan sampingan akibat terover ubat bius so otaknya pun jadi blur macam tu sekali? hmmm.... boleh jadi juga....", fikir jason sambil berfikir...

*** *** ***

"adik.... baring dan tidur ya... jangan keluar merayap pula....", kata valerie sebaik saja mereka berada di bilik pesakit wanita yang sunyi sepi itu. aaron hanya diam membisu. dia terpaksa berbaring semula di atas katilnya. valerie duduk di situ sehingga adiknya tertidur lena. Perlahan lahan dia berjalan keluar dari situ.

Dalam waktu yang sama kelihatan Aireen baru saja terjaga dari tidurnya. dia terasa hendak membuang air kecil pula. dia lihat tiada sesapa pun yang berada di dalam bilik pesakitnya tersebut. mungkin lelaki yang bernama jason itu sudah balik ke rumahnya. tanpa banyak berfikir dia pun melangkah meninggalkan bilik pesakit tersebut. Sewaktu dia berjalan di ruang koridor yang sepi itu dia bertembung dengan seorang gadis. "kakak.... kakak valerie ke itu?....", ucap aireen dengan hati yang gembira. valerie terkejut sebaik saja dia di sapa oleh seorang pesakit lelaki yang tidak di kenali. macamana pemuda tersebut mengenalinya pun dia sendiri tidak tahu. "kakak... ini adik aireenlah....", kata pemuda itu sambil berjalan menghampirinya.

"hahh???....", terkejut beruk valerie ketika dia mendengar perkataan pemuda tersebut. "kenapa dengan kakak ni?....saya adik aireen chanlah, adik kakak sendiri....", jelas aireen dengan pantas. "hah????....", tambah terkejut lagi valerie saat itu.tiba tiba, "oh... rupa rupanya adik ada kat sini...", kedengaran suatu suara memecahkan kesunyian di situ. kelihatan seorang pemuda datang menghampiri mereka berdua. "tunggu sekejap... saya nak bercakap dengan kakak saya ni....", kata aireen tapi jason segera memegang tangannya. "dia bukan kakak awaklah, dik... sorrylah saudari, adik saya ni otaknya ada blur sikit macam adik awak tadi tu. mungkin mereka terover dos ubat bius agaknya. so, otak mereka pun dah tak betul dah....", kata jason. "oh.... dia adik awak ke?"soal valerie ingin tahu. "ya... dia adik saya....", balas jason sambil tersenyum kambing.

"tak... bukan.... saya adik kakaklah.... saya aireen chan....", sekali lagi aireen bersuara dengan wajah yg serius. "Hahaha.... otak dia blur lagi.... eh.... adik, jom kita pergi dari sini....", kata jason sambil menarik tangan adiknya dengan lebih kuat lagi. mau tidak mau aireen terpaksa mengekori langkah kaki pemuda itu dari belakang. valerie hanya diam memerhatikan mereka sehingga mereka hilang dari pandangannya. valerie merasa hairan ketika menyaksikan kejadian itu. adiknya selalu merepek yang bukan bukan. Malah pemuda tadi tu pun turut merepek seperti adiknya. "mungkinkah ini kesan sampingan ubat bius yang berlebihan so otak mereka pun jadi blur macam tu?.... hmm... mungkin juga....", bisik hati kecil valerie.

TUBUH (U)Where stories live. Discover now