Ilya Nasuha terus sahaja berlalu ke pintu rumah. Kasut wedges merah yang berada di rak kasut dicapainya lalu disarungkan ke kaki. Kereta Axia pink belacan itu segera dia hidupkan enjennya. Tidak selang beberapa minit, kereta pacuan empat roda itu sudah laju membelah sunyi pagi.

Isyraf Nazran mengeluh. Kertas kerja yang menimbun di atas meja kerja itu ditenungnya lama. Cawangan syarikat itu mahu bekerjasama dengannya, cawangan syarikat yang ini pula mahu mengadakan perjumpaan di tempat lain manakala cawangan syarikat yang lain pula mahu menolak cadangannya. Wajahnya terus diraup buat seketika sebelum interkom yang berada di atas meja kerjanya itu ditekan.

"Masuk jap." Isyraf Nazran pantas memberi arahan kepada setiausahanya itu. Tidak selang beberapa minit, pintu biliknya itu telah diketuk dari luar.

"Ada apa yang saya boleh bantu?" Dilla tersenyum manis memandang tuannya. Dengan perut yang makin memboyot ini, memang dia harus bermanis muka dengan tuannya itu. Nanti anak terkenan dengan muka masam mencuka tuannya bagaimana?

"Apa jadual aku harini?"

Dilla pantas memeriksa buku nota kecilnya. Segala macam jadual milik tuannya itu sudah siap dicatitkannya di dalam buku nota itu.

"Hari ini Tuan Naz free cuma esok jadual Tuan Naz agak padat." Terang Dilla. Anak matanya yang sedari tadi tertancap akan buku nota kecil itu sudah berkalih memandang tuannya semula.

"Okay."

"Jangan lupa letak sticky note tentang jadual esok kat papan tu."

Papan kenyataan yang terletak di dinding bilik itu ditundingnya pada Dilla. Bukan apa, sejak setiausahanya itu mengandung, macam macam benda yang semakin dia terlupa. Sudah jadi tugasnya pula untuk mengingatkan akan kerjanya.

"Aku nak keluar. Kalau ada apa-apa hal, call aku terus." Bingkas dia bangun dari duduknya sebelum berlalu pergi meninggalkan setiausahanya itu. Dilla pula hanya mengangguk mengerti akan arahan tuannya itu.

Jam di pergelangan tangannya itu ditilik oleh Ilya Nasuha buat sekelian kali. Makin lama kakinya ini berdiri, makin ramai pula figura manusia yang berpusu-pusu masuk dan memenuhi bank ini. Tangannya sudah diangkat tinggi sambil mengibaskan wajahnya yang terasa sedikit membahang.

"Lambatnya."

Ilya Nasuha merungut sendirian. Lagi lima orang lagi baru gilirannya itu tiba. Nak keluarkan duit pun kena tunggu lama macam ini ke? Harini semua dapat gaji ke apa sampai pakat ramai-ramai serbu mesin ATM tiba-tiba? Sedang dia menunggu, terasa dirinya ini seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Dia segera berpaling lalu pandangannya bersatu dengan seorang lelaki.

'Nak ambil duit pun berkot bagai.' Kutuknya di dalam hati.

Segera dia mengalihkan pandangnya ke hadapan semula saat sepasang mata lelaki itu asyik sunguh terarah padanya. Kini gilirannya sudah tiba. Segera, Ilya Nasuha menekankan segala punat yang ada pada mesin ATM itu lalu beberapa not RM 50 dikeluarkannya.

Setelah selesai, Ilya Nasuha dengan segera ingin berlalu keluar. Namun dirinya telah dilanggar oleh seseorang sehingga dompet yang berada di pegangannya itu terus sahaja tercampak jauh darinya. Segala isi yang berada di dalam dompetnya itu sudah terhambur keluar. Dia gelabah. Dia terus sahaja menunduk lalu mengutip duitnya yang sudah bertaburan di atas lantai.

"Cik, ni dompet."

Seorang lelaki kelihatan sedang menghulurkan dompet kepunyaannya itu kepadanya.

Ilya Nasuha pantas sahaja mengambil dompetnya itu. Wajah lelaki itu dikerlingnya sekilas lalu ucapan terima kasih diutarakannya.

"Terima kasih."

Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Ilya Nasuha turut sama membalas senyuman itu. Dia terus bangun dan berjalan keluar dari bank itu dengan lagak tergesa-gesa. Kenapa mesti yang menolong dirinya adalah mamat berpakaian kot sebentar tadi? Sudahlah muka mamat itu seakan familiar di ruang matanya sahaja.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now