"Berapa kali daddy cakap pada Syamil?! Jangan buat masalah! Kamu masih degil ye Syamil.!" marah Tan Sri.

"Masalahnya sekarang... Syamil tak buat apa-apa masalah dalam sekolah ini kan? So , apa yang daddy kisah sangat? Daddy lupa ye yang daddy pernah cakap dulu, jangan buat masalah DIDALAM sekolah! Didalam sekolah kan daddy? Jadi Syamil tak buat pun masalah dalam sekolah. Syamil buat DILUAR kawasan sekolah." jawab Syamil sambil suaranya ditekankan.

"Ya Allah budak degil ni! Sama lah dimana-mana sekalipun. Jangan pernah buat masalah. Faham?!." menggeleng kepala Tan Sri.

"Bukan Syamil yang start. Budak-budak tu yang start dulu!" Syamil mempertahankan dirinya.

Memang benar pun  apa yang dikatakan oleh Syamil itu.



×××××



Flashback!

Hey budak!? Tegur sekumpulan budak lelaki itu.

Syamil buat-buat tidak dengar. Terus dia menghayun langkah kakinya lagi.

"Hoii! Aku bercakap dengan kamu ni budak! " marah salah satu lelaki dari kumpulan itu. Maybe , ketuanya kot.

Mereka terus menyekat langkah kaki Syamil. Syamil berhenti dan memandang wajah mereka satu-persatu.

"Jangan ganggu aku lah.!" Syamil bersuara.

"Ape kau kata? Jangan ganggu kau? Hahahaha. Kau ingat kau siapa budak mentah? Anak raja? Anak Menteri?. Bak sini duit kau" perli ketua yang bergelar Roy itu sambil meminta sejumlah wang dari Syamil.

"Aku kata jangan ganggu aku! Jangan ganggu lah. Kau nak duit sangat. Pergi kerja sendiri! Jangan buat muka tak tahu malu macam ini. Lantak lah aku anak siapa pun. Kau peduli apa? Aku just nak ketenangan! Kau faham? TENANG!." bidas Syamil pula.

Bengang sungguh kumpulan gangster jalanan itu mendengar makian dari Syamil. Terus muka Syamil ditumbuknya sehingga muka Syamil tercium permukaan jalan.

Huhhhh! Syamil merengus dengan kasar. Terus tubuhnya dibangunkan.

"Aku kata jangan ganggu aku! Jangan ganggu lah! Yang itupun korang tidak faham bahasa ke?!." tengking Syamil sambil menumbuk muka-muka ahli kumpulan jahanam itu.

Saat itu hatinya panas dan otaknya sudah tidak waras. Yang dia tahu hanya satu iaitu menewaskan geng jahanam itu.

Syamil memukul mereka tanpa perasaan sedikit kasihan sekalipun. Tubuh si jahanam itu terpelanting satu-persatu di atas jalan.

"Rasakan.! Aku dah bagitahu awal-awal korang tanak dengar.!" tengking Syamil sambil kakinya menendang perut si bedebah-bedebah itu.

Disebabkan tidak dapat menanggung kesakitan yang diberi oleh Syamil itu. Terus lintang-pukang kumpulan jalanan itu berlari meninggalkan Syamil.

"Tahupun korang takut yee. Bukan kemain tadi korang cakap besar! Siap minta duit aku lagi kan! Kenapa sekarang lari woii?!." jerit Syamil pada kumpulan jalanan itu.

Kelibat mereka semakin menjauh. Entah dengar entah tidak apa yang diperkatakan oleh Syamil tadi.

Syamil meneruskan perjalannya pulang ke kondominium miliknya sendiri.

Flashback end!



×××××



"Siapapun yang salah , daddy tanak dengar!." rengus daddynya lagi.

"Beginilah orang tua ni sorang. Bila aku cakap aku tak salah dia tanak dengar. Lagi lah kalau aku cakap nak explain bagai. Memang tak lah dia nak dengar. Asyik dok cari kesalahan aku. Haishhh!" rengus hati Syamil lagi.

"Sekarang kamu dah malukan sekolah ini! Tahu tak! Apa pengetua kamu nak jawab dengan pengetua-pengetua lain disana?." marah Tan Sri sambil jarinya ditunjukkan kearah pengetua.

"Alah , tak payah lah dok jawab . Senyapkan senang." jawab Syamil kurang ajar.

"Kamu cakap senanglah Syamil , yang tanggung malunya . Pengetua kamu ini haa! Kamu tahukan dia salah seorang pengetua cemerlang di Malaysia ini!." tekan suara Tan Sri lagi.

Pengetua hanya mendiamkan diri sambil memandang mereka berdua. Bila dah si pemilik sekolah bersuara . Memang tak lah dia nak menyampuk.

"Dah pergi balik kelas! Selepas ini ,,daddy tanak dengar apa-apa masalah dari kamu lagi . Ini amaran terakhir buat kamu ! Faham?!" tanya Tan Sri.

"Yee faham Tan Sri." perli Syamil.

Syamil meninggalkan bilik pejabat Pengetua itu.

"Budak ini memanglah , semakin diajar semakin menjadi kurang ajar." omel Tan Sri sambil menggelengkan kepalanya.



×××××



Fuhhh! Lega sikit . Nasib baik sekejap jer orang tua tu membebel. Kalau tidak , lenguhlah kaki aku ni. Omel si Syamil.

Tadi dah kena dengan Cikgu Rahim. Lepas itu , daddy pula. Kejap lagi kena dengan siapa pula hah? Otaknya memproses memikirkan sesuatu.

Kring kring... kring kring...

Telefon Syamil berbunyi.

Mummy? Apa pula mummy nak ni? Ini mesti kes yang sama lagi . Huhh! Keluh Syamil lagi.

Berani pula si Syamil ini membawa telefon sekolah ye. Ishk ishk ishk! Ape nak jadi dengan budak degil ni. Mentang-mentanglah anak pemilik sekolah.

Telefon segera diangkat.

"Helo...Syamil? Ape yang Syamil buat kali ni sayang? Daddy cakap sayang pukul orang. Betul ke Syamil?." tanya mummynya sebelom sempat dia bersuara lagi.

"Alaa , mummy jangan risau lah. Takda pape yang serius pun. Daddy jer yang melebih." balas Syamil mempersalahkan daddy nya.

"Eh eh budak ni! Daddy pula yang kena. Dah takpe lah kalau macam tu. Mummy ada meeting ini. See you sayang. Love you." balas mummy nya sambil menamatkan perbualan.

"Love you too mom." balas Syamil dengan tersenyum.

Hubungan Syamil dengan mummy nya memang akrab dari dulu lagi. Sebab itulah apa yang dikata oleh mummy nya ,segera dituruti Syamil. Tetapi , hubungan Syamil dengan daddynya memang tidak pernah rapat. Sebab apa? Sebab daddynya tidak pernah peduli akan hal yang dia lakukan dulu. Sekarang pula nak melebih. Dulu masanya hanya dihabiskan dengan kerja. Tidak sama macam mummy , ada sahaja masa yang dicuri untuk meluangkan masa bersama anak tunggal kesayangannya itu.

×××××

P/s: keep vote and comment yee. Thanks for reads . ♥♥





Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now