Bab 11

239 13 0

Kringgggg

Loceng berbunyi dan semua pelajar bergegas ke kelas masing-masing.

Ryanna memasuki kelas dengan perasaan yang berdebar . Matanya terus terarah ke meja Syamil .

"Fuhhhh , nasib budak poyo nih takde !" Keluh Ryanna dengan perasaan lega .

"Woiii Ryan ! Kau pehal , muka macam mati anak bini jer nih ? " sergah Hadif .

"hahhhh , aku okey jer nie haaa . lain kali bagi lah salam dulu . Tak payah nak sergah macam tuh sekali , nasib aku nie takde penyakit jantung . Kalau tak dah lama dah arwah kat sini terus " Ryanna menjawab sambil memerli Hadif.

" Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh ya habibi ya maulanaaa " perli Hadif balik.

"Ishkkk kau nih , aku hempuk kang ! " gurau Ryanna sambil mengarahkan beg ke kepala Hadif.

" wowww ! Relax brader , brader relax " jawab Hadif.

Kelas yang tadi nya bising macam pasar menjual ikan terus senyap seketika .

Syamil dan kawan-kawannya terus memasuki kelas . Matanya tajam memandang Ryanna . Ryanna gugup dan peluh mula membasahi dahinya .Kepalanya terus terbayang kejadian semalam .

Hatinya berdebar kencang .

Terus Ryanna melangkah duduk ke tempat nya . Wajahnya hanya menunduk memandang meja.

Mata Syamil hanya terarah kemuka Ryanna sahaja . Dari masuk kelas sehingga dia melabuhkan pungungnya dikerusi.

"Ehem ! Syamil berdehem . Matanya dikerling kearah Ryanna.

Ryanna mengalih posisi badannya ketepi sedikit . Dan kepalanya dipusingkan ketepi. Dia memandang Syamil sekilas dan terus dipaling mukanya menghadap kedepan semula. Gerun woi

"Aku just nak pesan , lain kali kau jangan masuk campur dalam urusan aku lagi. Faham ?" Nada suara Syamil ditegaskan sedikit tetapi tidak terlalu kuat.

Dari depan Ryanna hanya mengangguk kepalanya . Tak ubah macam burung belatuk jer aksi dia itu.

"Aku tak suka bila aku bercakap dengan orang tu tapi dia tak pandang mata aku!" Bentak Syamil lagi.

Mati lah aku kali ni. Banyak songeh pula mamat nih . Hati Ryanna mendengus geram.

Mukanya dipalingkan memandang wajah Syamil . Dan kepalanya dianggukan lagi.

Puas hati kau kan. Dengus hati Ryanna.

"Bagus dengar kata." balas Syamil lagi tanda puas hati.

Kelas berlangsung seperti biasa pada hari itu .

×××

Di cafe sekolah.

Ryan ! Ryan !

Fattah memanggil Ryanna sambil melambaikan tangan.

Ryanna memandang dari jauh.

Kakinya melangkah kearah Fattah. Dia ni kenapa pula? Macam budak-budak nak melambai tangan bagai. Hati Ryanna berbisik.

"Kau kenapa ? Pelik aku tengok . Ada pape ke kau nak cakap kat aku ni ?." tanya Ryanna dengan musykil.

"Alah kau ni , aku panggil pun salah . Takde lah , aku cuma nak ajak kau makan sekali je pun . Salah ke ?." Bidas Fattah

"Oow , aku ingat kau nak cakap benda penting ke apa. Okey , aku join kau ni ehh ?." Tanya Ryanna lagi untuk kepastian.

"Yee , kau makan sini je lah." Fattah mengiakan sambil matanya melilau memandang sekelililing.

terus matanya terpaku pada satu arah. Mulutnya terus diam. Dengan muka berubah pucatnya .

Ryanna pelik.

"Kau kenapa weh? Pucatnya muka . Kau pandang apa?." Matanya terus dialih memandang kearah yang sama.

Wajah Ryanna berubah. Dia tu kan..

Terus peristiwa semalam terimbas lagi. Haa mamat tu kan kawan si longkang tu. Dia yang nak cari pasal dengan aku semalam.

Azhar bangun dari kerusi dan berjalan melangkah kearah meja Ryanna dan Fattah.

Mati lah aku kali ni. Kenapa pula mamat ni datang sini. Ya Allah tolong hambamu ini. hati Ryanna berbisik lagi.

"Ryan ryan ryan , dia datang dia datang. Kau la ni semalam. Aku dah cakap jangan pergi . Tapi kau pergi juga." menggelabah suara Fattah.

Langkah Azhar diberhentikan ditepi meja Ryanna. Terus diketuk meja itu. Tak ketuk kuat okey , ketuk biasa-biasa jer.

Tapi , hati Ryanna dan Fattah dah meletus takut dah.

Ehh dia nie laa , kata tak takut la apa . Orang dah ketuk meja sikitpun . Dia pun sama jer takut dengan kita kat mamat sorang nie . Perli Ryanna dalam hati pada Fattah.

"Kau kan mamat semalam tuh ?." Tanya Azhar.

"Haa.. hah? Haa..ahh..taa...taakkk" tergagap Ryanna menjawab. Matanya hanya ditunduk memandang meja.

"Ya ke tidak kau nih ?." Tanya Azhar lagi.

Ryanna beranikan diri memandang Azhar. Matanya tepat memandang mata Azhar.

Mulutnya terbuka sedikit ingin menjawab tetapi tidak sempat dia berkata. Terus suara lain mencelah.

"Woi , Har. Aku cari kau dari tadi lagi. Rupanya kau kat sini. Kau buat apa kat sini?." Tanya Syamil tidak puas hati.

Fuhhh , nasib baik mamat longkang ni muncul. Alhamdulillah terselamat dari soalan dia.

"Akuuuu , takda pape la. Abaikan jer la.Kau dah makan? Kalau belum . Jom makan." Jawab Azhar lalu mengajak Syamil makan sekali dengannya.

Syamil menggeleng laju. Matanya hanya dikerling memandang Ryanna.

Ryanna diam sambil memandang dengan lega.

"Kau kenapa Har." Tanya Syamil.

"Kenapa apa? Aku okey jer ni. Kau tuh kenapa tanya soalan macam tu kat aku ?." Balas Azhar balik.

"Maksud aku kau kenapa pergi dekat meja sana tu?." Mulutnya menunding kearah Ryanna dan Fattah.

"Oow, aku pun nak tanya kau juga nie. Budak tuh kan yang semalam yang mulut celopar tuh kan?." Tanya Fattah.

"Memang dia pun. Tapi kau tak payah la nak cari gaduh dengan dia. Aku dah kasi warning dah kat dia." Syamil menjawab.

"Aku bukan apa, cuma geram gak la semalam. Dah aku tengah panas. Dia pula yang melebih nak tanya itu ini." Azhar geram.

"Kau pun sama je laa , ikutkan sangat budak tu. Dia pun tanya jer kot. Kau pula nak melebih juga. Dah la , aku pun malas nak fikir pasal semalam dah. Yang penting aku puas hati sekarang." Jawab Syamil senang hati.

"senang hati nampak. haa aku pula kan , sesuka hati je kau cakap aku melebihkan." Tangannya dikepalkan kearah muka Syamil dan mengacah ingin menumbuk Syamil.

Akhirnya , ketawa mereka meletus. Begitulah mereka berdua. tidak pernah bergaduh sesama sendiri. Jika ada masalah pasti diselesaikan terus.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now