Bab 16

257 13 13

Sekolah baru?

Lagi sekali?

Harini hari pertama aku masuk sekolah baru .

"Perkenalkan , ini pelajar baru untuk kelas kamu" suara cikgu Haida memecah keheningan kelas itu.

Pelajar-pelajar didepan aku hanya bersorak gembira. Terdengar juga bisikan-bisikan nakal budak lelaki didalam kelas itu.

"Dah perpunya ke " tanya budak lelaki nakal itu.

"Jangan mengada-ngada kamu Aiman" marah cikgu Haida.

"Okey Ryanna , perkenalkan diri kamu ye"

" Hai saya Ryanna , selamat berkenalan semua dan harap dapat membantu saya dalam pelajaran bersama."

"Okey Ryanna " jawab mereka serentak.

"Awak boleh duduk dikerusi kosong dibelakang sana" arah cikgu Haida.

Aku melangkah kaki menuju ketempat duduk ku. Dan terus duduk . Aku memandang kearah meja sebelahku. Tanpa segan silu aku menegurnya. "Hai saya Ryanna ,awak nama apa ye." Mungkin sudah terbiasa dengan sekolah lelaki . Sebab itu aku berani berbasa basi dengan budak lelaki disebelah aku ini. Tetapi dia tidak menolehpun kearah aku . Jangan kata nak bercakap , menoleh pun tidak. Hanya ditunjukkan mukanya yang tidak berminat untuk menjawab pertanyaan aku itu.

"Ryanna " tegur kawan perempuan didepanku dengan perlahan.

Aku memandang dia dan dia terus berbisik ditelingaku dengan perlahan. "Dia memang macam tu, dia takkan bercakap dengan orang yang dia tidak kenal"

"Laa kenapa pula , yang tidak kenal tu laa saya nak berkenalan . Sombong betul dia ni" aku memjawab dengan sinis.

Lelaki sebelah memandang aku dengan tajam.

"Keep your mouth!" Ujarnya sinis.

Aku hanya membuat muka seposen kearahnya.

"Okey sorry "

Lantak dia la nak marah ke apa . Kisah pula aku.

*****

"Macam mana sekolah harini? Okey tak?" Ibu menanyaku.

"Okey buu ,biasa-biasa jer macam selalu."

"Bagus la kalau macam tu" ibu lega mendengar jawapan aku itu.

Aku berlalu kebilik.

Beg sandang aku lempar keatas katil. Dan aku menyambar tuala berlalu kebilik air untuk membersihkan badan.

Sesudah mandi , aku mamakai pakaian . Harini tak keluar ,so aku hanya memakai shortpant dan singlet sahaja.

Kalau kat sekolah lama memang tidak la aku nak pakai baju macam ni. Hahhahaha nanti kantoi la.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu berlaku. Aku menukar no telefon aku tanpa sesiapa pun dapat hubungiku lagi. Dan hanya memberikan no sekarang dekat family sahaja.

Aku mengelamun mengingat kembali peristiwa seminggu lalu.

Selepas aku pulang kerumah , malam itu aku menerima banyak missed calls dan mesej dari jantan tak guna itu. Tak lupa juga kawan-kawan aku dekat sekolah lama. Sape lagi kalau bukan Hadif dan Aeril.

From: Syamil Adrian
Kenapa awak pindah sekolah? Sebab saya ke? Saya minta maaf pasal malam itu.

From: Syamil Adrian
Awak saya minta maaf . Saya tak pikir panjang malam tu. Im so sorry.

From: Hadif bangang
Sampai hati kau pindah tak cakap dekat aku. Dah la malam semalam kau blah macam tu je dari club.

From: Aeril gedik
Pindah kenapa? Tak cakap pape pun. Tengok-tengok dah pindah.

From: Syamil Adrian
Ryanna ? Itu nama awak kan? Saya tahu dari puan pengetua. Selepas awak pindah saya tanya semua dekat dia pasal awak. Saya minta maaf. Kalau awak dah terima mesej saya. Awak reply ehh . Saya harap sangat. Im so sorry sebab menyakitkan hati awak . Sungguh saya takde niat pape pun kat awak. Saya minta maaf sekali lagi pasal semalam. Tolong maafkan saya . Saya merayu dekat awak.

You have 39 missed calls from 010-xxxxxx

You have 10 missed calls from 017-xxxxxx

You have 5 missed calls from 013-xxxxxx

Aku hanya mengeluh membaca mesej2 itu. Reply? Memang aku takkan reply pun . Biarlah hal ini berlalu dengan waktu. Aku ingin melupakan semua kenangan dekat sini.

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata. Telefon aku berbunyi.

Syamil Adrian is calling

Dia lagi. Aku memandang kosong skrin telefon didepan mata.

Tanpa menjawab aku terus menukar pada silent mode. Panggilan itu aku biarkan. Aku meletakkan telefon dimeja tepi katil . Dan tanpa berlengah lagi aku memejamkan mata untuk tidur. Tetapi ,otak aku masih lagj bekerja memikirkan panggilan itu. Hati aku resah macam bersalah pun ada membiarkan panggilan itu.

Aku mencapai telefon itu balik. Dah takde call dah. Sesaat kemudian , panggilan dari dia aku terima lagi. Aku berfikir panjang sebelum itu. Nak angkat ke tak eh? Kalau angkat , aku pasti menyampah dengan suara dia.

Tapi kalau tak angkat , otak aku ni tak tenang pikir pasal dia. Arghh serabutnya. Aku membiarkan lagi panggilan itu dan aku berlalu ke toilet.

Beberpa minit kemudian aku kembali dan duduk dibirai katil itu. Satu msej telah diterima. Aku buka mesej itu dan baca.

From: Syamil Adrian
Please angkat call saya. Please. Saya merayu dekat awak Ryanna.

Aku mengeluh lagi .

Panggilan telefon diterima lagi. Dan kali ini aku angkat. Aku mendekatkan telefon ketelinga . Diam.

Aku melepaskan geram.

"Kalau tanak cakap jangan suruh aku angkat!!"

" Ryanna , aku minta maaf."

Suara dia tersedu . Menangis? Takkan laa dia menangis kot.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now