Bab 4

531 42 3

Segala urusan dokumen dan sekolah telah diselesaikan oleh Ryanna. Idea-idea nakal si sengal nih pun dah mampat dalam kepala. Just wait and see yaa.

×××××

"Wahhhh , besarnya sekolah ni ! " matanya terpegun melihat bangunan sekolah yang tersergam indah sambil tangannya diangkat seperti gaya Titanic . You know titanic ? Cerita famous tuh laa . Alaa , yang kapal-kapal tuh . Ahh , lantaklah .

Kakinya terus bergerak perlahan-lahan menyusuri jalan ke kawasan sekitar sekolah.

"Gedebukkk! aduhh , sakitnya kaki aku " keluh Ryanna dalam muka berkerut seribu

"Woiii , kau buta ke apa hah? Lain kali mata kau tu tengok depan! Bukan jalan pakai lutut! Paham! " marah lelaki itu sambil tangan menunding ke arah muka Ryanna.

"Amboi-amboi bahasa kau! Suka hati mak bapak ko jer ekk kata aku jalan pakai lutut! Kau pikir kau tuh dah hebat la jalan pakai kaca mata ?" bidas Ryanna dengan nada menjengkel.

"Bodoh jantan ni , time-time matahari menyorok macam nih pun dia pakai kaca mata. Patut lah aku yang besar gedabak nih dia tak nampak . Lepastu , dok salahkan orang lain" bisik hati Ryanna tak puas hati.

Harap jer sekolah besar , swasta macam ni . Tapi perangai sorang-sorang macam pelesit terlepas dari kandang . Kandang ? Whatever lah . Janji aku happy . Hahahahah.

Ryanna masih senyap tanpa sebarang kata-kata . Ya Allah , sempat lagi budak sengal ni mengelamun .

"Woiii! Aku cakap dengan kau ni. Kau dengar tak ? Yang kau dok senyum-senyum macam kerbau naik van ni pehal ? Gila ke ? " bidas lelaki itu

Ryanna terkejut dan tergamam melihat muka lelaki itu semakin hampir dengan mukanya.

Pangg!

Ryanna menampar muka lelaki itu

"Aduhhh , yang kau pergi tampar aku ni pehal giler ? Aku tanya kau jer kan! " bengang lelaki itu berkata

"Hah? Hah ? Ka ka kauu ya ya yang de de dekat kan mu mu muka ka ka kau tuh du du dulu dengan muka aku haa" adu Ryanna dengan tergagap-gagap

Ryanna gementar sambil tangannya mengigil ketakutan.

"Huk aloh mu nih , aku dekatkan muka jah pun. Yang mu takut sangat tu bakpo gak? " kata lelaki itu dalam dialek Kelantan.

Ketawa lelaki itu meletus

"Hahahahahaha".

Perasaan takutnya terus bertukar dengan perasaan pelik bercampur heran.

"Dah kenapa lelaki ni ? Sewel ke sawan? Tetiba jer dia ketawa macam nak rak. Lawak sangat ke yang dia cakap Kelantan tu . Aku takde lah pulak nak ketawa bagai . Sebab apa? Sebab memang tak lawak langsung lah! " bisik Ryanna dalam nada menjengkel.

"Kau pehal doe? Tetiba jer sakan kau dok ketawa nih? " tegur Ryanna dengan muka pelik

"Ehh? Tak lawak ke? Alaa , aku ingat ke lawak aku cakap Kelantan tu "

"Aku saja jer nak kasi kau gelak sebenarnya . Hmm , tapi hampa la pulak" kata lelaki itu dengan nada kecewa.

"Eh? Yeke? Laaa , hahahahahaha"

Ketawa Ryanna meletus sehingga ternganga lelaki tadi dibuatnya.

"Lawak ke yang aku cakap tadi? Sampai ketawa macam nak rak pulak lelaki depan aku ni? Tadi takde lah dia nak ketawa time aku cakap Kelantan " bisik hati lelaki itu.

"Hello , kau okey ke tak ni? Ke kau sakit?" Tanya lelaki itu lagi

Terus mati ketawa Ryanna . Dia memandang wajah lelaki itu.

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now