"Aku buat apa?" Tanyanya bersahaja. Nada suaranya juga bagaikan tiada apa-apa yang pernah berlaku di antara mereka.

"Asal kau buat adik aku macam ni?!"

"Tak, aku buat apa?"

"Asal kau break dengan adik aku, hah? Asal?! Apa salah adik aku kat kau sampai kau tergamak tinggalkan dia?!" Nada suara itu semakin lama semakin meninggi. Mengapa lelaki itu boleh berpura-pura bodoh setelah meninggalkan adiknya sendirian?

"Slowtalk boleh tak? Yang kau beria-ria nak tengking aku ni asal, hah?!" Suaranya juga turut sama naik. Tidak ada angin, tidak ada juga ribut, tiba-tiba sahaja hendak menengking dirinya begitu. Sedangkan perpisahan di antara dirinya dan adik lelaki itu sudah berlalu cukup lama, mengapa baru sekarang hendak ditanya?

"Kenapa kau break dengan adik aku? Jujur lah dengan aku, aku cuma nak tahu punca sebenar." Kedengaran suara di hujung talian mulai kendur namun bergetar di hujungnya. Mungkin lelaki itu sedang menahan marah yang masih bersisa, andainya.

"Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi dah. Asal kau nak marah aku? Keputusan aku kut."

"Oh keputusan. Keputusan bapak kau lah! Dulu kau yang menagih sangat cinta adik aku, bila kau taknak, kau buang dia macam tu je. Lelaki jenis apa kau ni, hah?!"

Iman Naim bengang. Dulu, segala sumpah setia lelaki itu tabur padanya untuk dia beri kepercayaan bahawa lelaki itu yang terbaik buat adiknya. Namun kini, apa yang sudah jadi di antara mereka? Meninggalkan dan ditinggalkan pula?

"Aku silap sebab percayakan lelaki macam kau. Aku silap sebab ingat kau mampu untuk cintakan adik aku sepenuh hati kau. Kau memang sial!"

"Aku letak dulu." Terus talian itu dimatikan oleh Isyraf Nazran. Keluhan berat terlepas saat matanya merenung skrin telefon bimbitnya itu. Wajah manis Ilya Nasuha terus sahaja menjadi santapan matanya.

"Aku bukan sengaja nak tinggalkan adik kau, Iman." Tuturnya perlahan. Hatinya pula dipagut dengan rasa bersalah pada gadis itu. Pandangannya terus sahaja jatuh pada kunci kereta yang berada di dalam genggamannya. Senyuman terus terhias di bibirnya. Jika masalah tidak punya jalan keluar, maka kita yang harus keluar jalan-jalan.

Villa agam bak istana yang berada di hadapannya itu direnung oleh Risya Rinna lama. Dalam fikirannya kini hanyalah duit, duit dan duit. Kaki jinjangnya itu mula berjalan dengan lenggang kangkung bagi memasuki perkarangan villa itu. Pintu villa yang sedang terbuka luas itu seperti sedang menanti akan kehadiran dirinya sahaja.

"Riel, where's uncle? Ada kat atas? Dalam office dia ke?" Tanya Risya Rinna pada Riel.

Skirt hitam singkat bersama baju yang terdedah di bahagian perut tersarung molek di tubuh ramping itu. Rambut perangnya pula disanggul tinggi hingga terserlah leher putih gebunya. Riel yang sedang memerhati gadis itu dari atas ke bawah pantas sahaja menelan liur.

"Tan Sri ada kat atas...." Ucap Riel meleret. Pinggang gadis itu terus dirangkulnya erat lalu dihidu leher gadis itu sedalamnya. Manis.

Risya Rinna naik rimas. Mengapa uncle perlu mengambil lelaki gatal sebegini untuk bekerja dibawahnya? Tidak bolehkah unclenya itu mengambil pekerja yang lebih gagah? Ini tidak, mamat sekeping yang gatal ini jugalah yang penuh setia bekerja di sini. Segera pelukan ke atas dirinya itu dilonggarkannya.

"Jangan berani sentuh I lagi." Amaran  diberikan pada Riel namun lelaki itu hanya tertawa sinis padanya.

"Kenapa you taknak bagi I sentuh you? Sebab I ni pekerja Tan Sri ke?" Tanya Riel tidak puas hati. Adakah kerana dia pekerja Tan Sri, gadis ini hanya memandangnya dengan sebelah mata? Bukankah mereka sama sahaja? Bekerja di bawah Tan Sri Syamreez?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now