TUBUH 1

10.6K 192 11
                                    

Aireen melangkah keluar dari dalam pasaraya yang sibuk itu. dia berjalan menuju ke tempat letak kereta sambil mengangkat barang barang di tangannya. dia tahu kakaknya sedang menunggunya di dalam kereta. jadi dia pun terpaksa melangkah dengan pantas sekali. ketika dia berjalan di tempat parking kereta yang sepi itu tiba tiba muncul seorang lelaki di situ. "hey... serahkan dompet kau pada aku... kalau tidak aku akan bunuh kau....", kata lelaki itu sambil menghunuskan pisau tajam di tangan. terkejut aireen bila di ugut oleh lelaki tersebut. oleh kerana dia merasa takut dia pun terus berlari dari situ tapi malang baginya kerana lelaki itu berjaya meraih tangannya. "kau nak lari ke mana, hah?!", marah lelaki tersebut. "lepaskan tangan aku bangsat!...", jerit aireen. dia berusaha melepaskan tangannya dari genggaman tangan lelaki itu.

"no way!... aku tak akan lepaskan tangan kau selagi kau tidak serahkan dompet kau tu padaku...", kata lelaki tersebut dengan kasar sekali. "jangan harap aku akan bagi dompet aku pada kau bangsat... pui!!...", aireen bersuara dengan marah sekali. di ludahinya wajah lelaki itu. "celaka punya perempuan... aku bunuh kau...", marah lelaki tersebut. belum pun sempat aireen berbuat sesuatu tiba tiba lelaki itu menikam pinggang kanan aireen dengan pisau di tangan. aireen terus terjatuh di atas lantai. lelaki tersebut merampas beg tangan aireen lalu berlari meninggalkan tempat itu. aireen terbaring di atas tanah dengan darah mengalir di pinggang kanannya. dia mengerang kesakitan. "oh... my God.... apa yang telah terjadi ni?", soal suatu suara. kelihatan kakaknya valerie sedang berlari menuju ke arahnya. selepas itu pandangannya kabur dan kabur, akhirnya gelap serta merta....

*** *** ***

Aaron melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya. langkahnya terhenti bila pinggang kanannya terasa sakit secara tiba tiba. rasa sakit dan ngilu tersebut membuatkannya tidak mampu berdiri lama lama di situ. Akhirnya dia pun pergi berbaring di atas kerusi sofa yang ada di situ. rasa sakit itu terus berlanjutan sehinggakan dia merasa sukar untuk bergerak. ketika dia sedang menahan kesakitan di pinggang kanannya kelihatan abangnya jason sedang melangkah masuk ke ruang tamu tersebut.

"Eh... kenapa ni dik?....", soal jason ingin tahu. Dia segera mendekati adik lelakinya itu. "Pinggang kanan adik terasa sakitlah...", jawap aaron dalam kepayahan. wajahnya berkerut menahan kesakitan yang di alaminya saat itu. "adik sakit apa?", soal jason ingin tahu. "Entahlah.... tiba tiba saja adik merasa sakit yang amat sangat....", balas aaron dalam kesakitan. "adik bertahan dulu, ya... biar abang bawa adik ke hospital sekarang juga...", kata abangnya jason dengan pantas. cepat cepat dia memapah adik lelakinya itu supaya beredar dari situ. mereka melangkah keluar dari rumah tersebut. selepas mengunci daun pintu rumah, mereka pun segera melangkah masuk ke dalam kereta yang terletak tidak jauh dari situ.

Di dalam perjalanan ke hospital aaron mengerang kesakitan. jason terpaksa memandu keretanya dengan laju sekali kerana dia merasa cemas apabila melihat keadaan adiknya itu. dahlah orang tua mereka pergi ke luar negara untuk uruskan bisness mereka di sana, adiknya pula jatuh sakit. ini yang membuatkan jason merasa bertambah menggelabah. dia sebenarnya merasa bimbang dengan keadaan adiknya. Tidak lama kemudian mereka pun sampai di hospital bandar miri. perlahan lahan jason memapah adiknya itu ke dalam hospital yang sibuk itu. mereka segera berjumpa dengan doktor yang bertugas.

setelah di periksa, doktor yang bertugas pun bersuara padanya, "awak menghidapi penyakit appendik... jadi awak terpaksa di tahan di hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya....", kata tuan doktor dengan wajah yang serius. "apa?.... saya terpaksa bermalam di hospital ni?", soal aaron dengan wajah yang terkejut. "ya... awak terpaksa bermalam di hospital ni... mungkin dalam seminggu dua macam ni... maklumlah awak perlu di bedah untuk membuang appendik awak tu...", balas tuan doktor dengan pantas. aaron terdiam seketika. "adik.... jangan banyak fikir lagi... adik bermalam saja kat hospital ni...", pujuk jason. "tapi adik tak suka bermalam di hospital ni lah bang...", ucap aaron secara berbisik.

"jangan begitu... adik terpaksa juga bermalam di sini... kalau tidak macamana doktor nak merawat adik?....", kata jason separuh memujuk. "yalah... yalah....", balas aaron dalam keterpaksaan. "baiklah.... awak akan di bawa ke bilik wad pesakit selepas ini.... awak di kehendaki menukarkan pakaian awak dengan pakaian seragam pesakit yang di sediakan oleh kakitangan dalam hospital ini. awak tunggu di sini dulu, ya.... nanti ada nurse yang akan datang bawa awak ke bilik wad pesakit tu...", kata tuan doktor dengan nada suara yang tegas. "Anyway, mana parents awak?", soal tuan doktor pada aaron.

belum pun sempat aaron bersuara abangnya pula yang menjawap soalan tuan doktor itu. "er... mereka tak ada kat sini.... mereka kat luar negara... saya abangnya....", jason menghampiri doktor muda tersebut. "oh begitu... sebaiknya korang call lah parents korang. bagitahu mereka yang adik awak ni akan di bedah petang ini juga... oleh kerana parents korang tidak ada di sini maka saya minta tandatangan awak sebagai abangnya supaya membenarkan pembedahan tu di jalankan ke atas adik awak....", kata tuan doktor. tanpa banyak soal jason menandatangani surat pengesahan pembedahan itu. selepas menandatangani surat tersebut dia datang menghampiri adik lelakinya, aaron.

"er... dik, abang balik ke rumah dulu, ya.... abang nak ambik kain baju untuk adik....", kata jason perlahan lahan. "baiklah bang... tapi jangan lupa bawa game boy adik tu, ya... nanti adik rasa boring pula tinggal kat dalam hospital ni...", kata aaron. "hm... baiklah... abang pergi dulu... bye...", jason bersuara sambil beredar dari situ. beberapa saat kemudian datang seorang jururawat di situ. dia menyuruh aaron memakai pakaian seragam pesakit. selepas aaron memakai pkaian tersebut, dia di bawa ke dalam sebuah bilik pesakit yang terletak agak jauh sedikit dari situ. nombor bilik pesakit itu ialah 20. dia di suruh berbaring di atas katil tersebut. tanpa banyak soal dia pun berbaring di atas katil itu. Jururawat tersebut mula memeriksa tekanan darah dan suhu badannya.

Kemudian dia mencucuk jarum di tangan kiri aaron. dia memasukkan hujung jarum tersebut ke dalam urat di tangan kiri pemuda itu. aaron terpaksa menahan kesakitan di tangannya. setelah jururawat tersebut memasukkan tiub kecil melalui jarum kecil yang ada di atas tangan pemuda itu. tiub kecil tersebut bersambung terus dengan sebotol air jernih yang di gantungkan di atas tiang penggantung di sebelahnya. Setelah siap semuanya, jururawat tersebut menyuruh aaron supaya berehat dan berpuasa. jangan makan sebarang makanan sebab tidak lama lagi dia akan di bedah. aaron hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Tidak lama kemudian, kelihatan abangnya jason datang melawatnya di situ.

dia membawa barang keperluan adiknya aaron. ketika mereka sedang berbual bual di situ jururawat yang bertugas datang lalu memberitahu aaron bahawa masa untuk aaron di bedah sudah pun tiba. Pemuda itu pun di bawa terus ke bilik bedah yang terletak tidak jauh dari situ. Di saat dia sedang di usung ke bilik bedah tersebut dia lihat ada beberapa orang kakitangan hospital sedang mengusung tubuh seorang gadis yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik bedah itu. dia lihat wajah gadis tersebut sangat cantik bagaikan bidadari pula. aaron tidak tahu apa penyakit gadis itu sehingga di bawa ke bilik bedah tersebut tapi yang pastinya gadis itu mengalami pendarahan yang teruk di pinggang kanannya.

"kenapa ni?", soal tuan doktor pada 2 orang kakitangan hospital yang mengusung tubuh gadis tersebut. "oh... er... dia mangsa kena tikam dengan pisau, doktor. Tak tahu siapa yang menikamnya....", balas salah seorang kakitangan hospital yang ada di situ. "oh i see... jadi siapa yang handle pembedahan dia ni?", soal tuan doktor muda tersebut ingin tahu. "doktor mazwin...", balas salah seorang daripada kakitangan yang ada di situ." oh... baiklah...", doktor muda tersebut kembali berdiri di sebelah katil aaron. "aaron... awak bertenang dulu, ya... sekejap lagi saya akan suntikkan ubat bius ini ke dalam tubuh awak... awak akan rasa rileks dan tidak rasa sakit lagi, ok?", soal tuan doktor itu. "ok....", balas aaron sepatah. mata aaron masih lagi memandang ke arah gadis yang sedang di bedah tidak jauh dari situ. perlahan lahan doktor muda tersebut mula menyuntikkan ubat bius ke tangan kanan pemuda itu. Tidak lama kemudian pandangan mata aaron mulai kabur dan kabur. Akhirnya dia tidak sedar lagi....

TUBUH (U)Where stories live. Discover now