1

427 26 1
                                    

Baekhyun membuka lokernya untuk mengambil baju sukan. Dia ternampak gula gula dalam loker dia, sama seperti hari hari sebelumnya.
" secret admirer. Kau tak nak tahu ke siapa? " chen menyiku lengan baekhyun. Baekhyun cuma menutup loker dia kembali selepas mengambil baju sukan.
" tak nak tahu. Orang gila manalah yang tiba tiba minat. Psychotic " , Baekhyun menukar bajunya di hadapan loker. Chen cuma tergelak kecil sebelum mengambil gula gula tadi dalam loker baekhyun.
" terima kasih belanja baek! ", chen lari selepas mengambil. Baekhyun menjerit,
" yaaah! " sebelum tersenyum melihat chen yang berlari seperti kanak kanak riang ribena. Dia tak kisah pun chen nak ambil ke tak. Dia sengaja nak menyakat chen. Makin lama makin hilang kelibat chen. Baekhyun menghembuskan nafasnya perlahan lahan sambil melihat pada loker dia.

" psycho "

----------------------------

" Byun haksaeng, berhenti bercakap " , mrs Go menegur tanpa menoleh belakang. Baekhyun gelak dengan rakan dia sebelum membaling kertas pada belakang mrs go.
" Byun baekhyun! " , mrs go membaling kapur tepat mengenai dahi baekhyun. Kapur tu patah dua dan meninggalkan kesan bulat putih tepat antara kening dia.
" Keluar ! "

------------------------------

Baekhyun memuncungkan mulutnya sambil menjeling ke arah pintu kelas. Orang yang lalu lalang depan dia berbisik sama sendiri. Ada yang gelak sambil menunjuk ke arah dia. Disebabkan malu , dia cuma pura pura batuk dan meletakkan tangan dalam poket seluar cuba membuat pose cool.

Tapi still tak hilang rasa malu. Telefon dia berbunyi tanda mesej masuk. Dia melihat sekeliling sebelum mengeluarkan telefonnya.

Aku dah keluar hospital harini. Tapi duit hospital masih belum bayar. Macam mana ni?

Baekhyun mengeluh. Bil hospital melambung tinggi pun tak boleh nak bayar sebab gaji dia belum masuk. Mak dia sendiri tak boleh buat duit sebab masuk hospital. Walaupun diorang berstatus anak ibu, tapi jarak usia diorang cuma 6 tahun.

Ibu baekhyun, hyojin jumpa baekhyun semasa dia umur 19. Baekhyun masatu sedang tidur bawah jambatan. Baekhyun beritahu yang ibubapa dia kena langgar kereta dan dia keseorangan. Disebabkan kesian, hyojin bawa baekhyun balik rumah dia dan jaga macam adik sendiri. Walaupun hidup hyojin sendiri terumbang ambing harapkan gaji kelab malam tempat dia kerja. Diorang dah macam kawan dan baekhyun sendiri pun jaga hyojin macam kakak sendiri.

Duit nanti kita usaha. Yang penting kau dah sihat.

" Byun haksaeng! Dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah! Masuk pejabat saya sekarang ", pengetua berdiri di hadapannya. Baekhyun menelan air liurnya yang terasa pahit sambil tersenyum depan pengetua.
" tapi sa- "
" Sekarang! "

' oh god takkan sekali lagi.... '

--------------------------------

" di sekolah ini ada banyak peraturan dan semuanya ada dalam buku serta pengetahuan am disimpan dalam kepala. " Pengetua memulakan ucapan dia. " dan kamu byun baekhyun, dengan penalti yang tertinggi dalam sekolah dan beberapa kali ditendang daripada sekolah sekolah dulu, kamu tak pernah fikir ke nak berubah? "

Baekhyun mengangguk. " well... Saya cuba. Tapi agaknya nasib malamg suka dengan saya. Mana mana sekolah saya pergi, nasib baik tak pernah ikut saya. Cikgu boleh tolong cari tak mana nasib baik? "
" kamu cuba permainkan saya nampaknya byun haksaeng " , pengetua ketawa kecil sambil memegang perutnya yang buncit.
Baekhyun melihat pada pengetua yang duduk di kerusi dengan kakinya yang disilangkan. Dia juga membersihkan giginya guna tangan di hadapan baekhyun.

' aku memang nakal, tapi sekurangnya beradab '

" So byun haksaeng, awak datang dari keluarga berstatus apa? "
" lagi rendah dari status miskin. Mungkin status terdesak-cari-duit ? " , kata baekhyun tanpa memandang pengetua. Pengetua mengangguk sebelum pintu diketuk. Dia kemudian menyuruh orang diluar masuk.

Kelihatan seorang perempuan berambut perang kehitaman paras bahu memakai dress kuning paras lutut tersenyum. Baekhyun menghembus nafas lega. Dia tak perlu lagi menjawab pertanyaan bodoh tadi.

" saya ibu baekhyun. Saya nak jemput dia "
" ibu baekhyun rupanya. Cantik orangnya. Manis muka. " pengetua berkata sambil memerhatikan hyojin dari atas ke bawah sebelum terhenti pada paras dada.
" Menawan juga "

Baekhyun berasa marah apabila pengetua mengeluarkan ayat terakhir dia tadi. Mukanya merah menahan marah tapi hyojin segera memegang tangan baekhyun tanda mahu balik.

Baekhyun menjeling pada pengetua dan menarik tangan hyojin keluar dari bilik pengetua.
" kau marah? " , hyojin bertanya perlahan. Baekhyun masih lagi berjalan laju sambil menarik tangan hyojin tanpa balasan. " maaflah aku lambat. Kau tau kan aku baru keluar hospital "
" bukan hal tu. " baekhyun berkata dengan nada kasar.
" hal apa yang lain? "
Baekhyun cuma tak pedulikan kata kata hyojin dan terus berjalan balik ke rumah mereka di kawasan setinggan. Baekhyun tahu yang dia tak cukup dewasa nak campur hal orang tua dan dia malu mengaku yang dia marah bila orang lain membuat hyojin seolah olah perempuan murahan walaupun hakikatnya hyojin penari di kelab malam.

Tapi salah ke kalau dia cuba melindungi hyojin walaupun hyojin bukan ada pertalian darah dengan dia?


Candy Crush Where stories live. Discover now