Qasrina bergerak ke kiri butik.Di sebabkan hari ini dia memakai jubah moden,pergerakan nya sedikit terganggu.Lagi pula,dia memakai heels wedges.Memang nak cari nahas betul lah.

Sedang Qasrina melangkah menuruni anak tangga dalam keadaan yang gementar,boleh pula dia tersalah langkah dan hampir tersungkur di situ.Nasib baik lah ada 'tangan' yang memegang lengan nya.Kalau tidak,dah tersungkur dia depan tangga ni.

Qasrina mengucap syukur kerana usia nya masih panjang.Tiba-tiba,baru dia teringat yang dia masih hidup sekarang ini atas bantuan empunya badan yang menarik lengan nya.Jadi,dia pun menoleh memandang siapa kah gerangan 'hero' yang menyelamatkan nyawa nya tadi.

Dan Qasrina terus tersentak.Wajah Rayyan ditenung.Ni kali pertama selepas lima tahun dia dapat memandang Rayyan dalam jarak yang dekat.Dalam hati nya menyokong kata-kata Lia tempoh hari.Memang Rayyan semakin kacak dan nampak matang.

"Awak okay?", lengan Qasrina masih dalam pegangan Rayyan.

Qasrina bagai kan baru tersedar dari alam mimpi.'Kau buat apa ni Rina?!ingat sikit yang dia tu bakal suami orang.Tengok cincin kat jari dia tu!wake up!!'.Dia menyedarkan diri nya sendiri.Terus lengan nya ditarik dari pegangan Rayyan.

Dia sekadar mengangguk untuk soalan Rayyan tadi.Sempat mata nya mengerling pada jari manis di tangan kiri milik Rayyan.Cincin silver tempoh hari masih tersarung di tangan nya.Sangka Qasrina,cincin tu dah tiada.

Sekejap..apa maksud Qasrina?dia mengharapkan cincin di jari Rayyan itu tiada?maksud nya dia mengharapkan perkhawinan Rayyan dan Nia dibatalkan?begitu?

"Aunty Qaseh..", suatu suara kecil memanggil Qasrina.Terus dia memandang ke arah suara tersebut.

Qasrina membongkok mengikut ketinggian Daniel."Daniel?Daniel buat apa dekat sini?kenapa keluar tak bagitahu aunty?bahaya lah", kata Qasrina pada Daniel yang sedang tersenyum manis sambil menjilat sebatang airkrim di tangan nya.Oh ya!baru Qasrina perasan.Tangan kiri Daniel di hadapan nya sedang berada di dalam genggaman Rayyan.Hah?macam mana?bagaimana?

"Jangan lah marah,aunty.Tadi Dani bosan.Lepastu Dani carik aunty tapi aunty ada dalam toilet.Jadi Dani keluar lah.Lepastu Dani terjumpa dengan uncle Zhafrin.Dia belikan Dani aiskrim", kata Daniel sambil menunjuk sebatang aiskrim yang sudah hampir cair pada Qasrina.

"Aunty tak marah lah", Qasrina berdiri tegak.Wajah Rayyan yang asyik merenung nya cuma dipandang sekejap."Jom,Daniel.Kita balik butik.Nanti aunty janji aunty belikan aiskrim banyak-banyak", Qasrina berani menabur janji.Tangan nya menarik tangan Daniel.Daniel akur.Wajah Rayyan dipandang."Dani balik dulu tau,uncle.Thanks for this ice cream.Uncle jangan risau,uncle pasti akan dapat dia", Daniel mengenyit mata.

Rayya ketawa kecil sebelum turut sama mengenyitkan mata nya.Dia melambai tangan pada Daniel.

Qasrina pula hanya buat tak tahu saje pada Rayyan.Sikit pun dia tak pandang Rayyan.Bersuara apatah lagi.

Rayyan?Rayyan hanya mampu tersenyum nipis.Kalau dia mengajak Qasrina berbual pun,dia pasti Qasrina akan menolak.Kini,baru dia perasan sesuatu.Sekarang ni Qasrina macam nak mengelak dari berjumpa dengan nya.Tapi kenapa?

~~~ √ ~~~

NAFAS panjang dilepaskan.Dia tersenyum puas memandang masakan-masakan nya yang dah siap terhidang di atas meja.Akhirnya!siap jugak.Hampir satu jam dia bergelut dengan minyak panas,bawang dan bermacam-macam lagi.Nasib baik lah dia ni pandai memasak sejak di tingkatan satu lagi.Kalau tak,memang parah lah.

Kenapa dia masak?

Sebab semalam Qhalif telefon nya dan mengatakan bahawa dia dan pemilik rumah ini nak datang sebab nak ambil barang yang tertinggal.So,sebabtu lah Qasrina masak banyak.

Qasrina rasa dia tahu barang apa yang pemilik rumah ni nak amik.Dia ada ternampak sebuah kotak yang sederhana besar terletak di atas almari bilik nya.Dia tak terfikir nak tengok kotak tu sebab bukan milik nya.Jadi,dibiarkan sahaja di situ.

TING!TING!

Bunyi loceng dari luar rumah yang menandakan Qhalif dan pemilik rumah nya itu telah sampai.Terus Qasrina mencapai instant shawl hitam di dalam bilik nya lalu disarung ke kepala.Sebelum dia membuka pintu,sempat mata nya melirik diri nya pada cermin.T-shirt lengan panjang berwarna kelabu dan kain hitam.Okay lah kan?bukan nya nak menyambut menteri pun.

Pintu kondo nya dibuka.Kelihatan di situ Qhalif sedang tersenyum pada nya.Terus Qasrina menyalam tangan Qhalif.Dia memandang kiri dan kanan Qhalif.Takde orang lain pun.Mana pemilik rumah nya?

"Sorang je?", Qasrina terus menyoal Qhalif.Jangan lah abang nya sorang saje yang datang.Dah lah dia masak banyak.Takkan lah dia dengan Qhalif je yang kena habiskan?memang takkan habislah jawapan nya.

"Tak lah.Along datang dengan owner rumah ni lah.Tapi dia turun..hah!tu pun", Qhalif tersenyum pada seseorang yang mendekati nya.Qasrina tak dapat melihat pemilik rumah nya disebabkan ada dinding gedabak yang menghalang.

Dia menjenguk kan sedikit kepala nya.Cuba mengintai pemilik rumah nya melalui lubang-lubang pada grill.Tapi lubang-lubang grill tu kecil sangat.Dia cuma nampak tubuh orang yang tinggi dan berkulit putih yang memakai t-shirt Polo warna biru muda dan berseluar jeans skinny berwarna hitam.Nampak macam handsome.

"Heish!apa main intai-intai orang ni", tangan nakal Qhalif menarik telinga Qasrina.

Qasrina memegang telinga nya."Sakit lah!Rina nak tengok je siapa pemilik rumah ni yang murah hati sangat sediakan semua nya untuk Rina kat sini",

Qhalif tersenyum lebar."Ni hah orang yang murah hati sangat tu", Qhalif menarik tangan seseorang masuk ke dalam kawasan kondo Qasrina dan Qasrina terus berubah reaksi.Mulut nya terlopong luas...

**bersambung di bab seterus nya**

-Siapa yang readers rasa owner rumah tu eh?Raihan?Khairin?Rayyan?atau orang lain?mesti ada yang dah boleh agak kan?so,jom kite check out betul ke tidak apa yang readers agak tu di bab seterus nya.


**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now