Part67

5.4K 446 27
                                    

Kafeteria.

Bomi secara tiba-tiba menepuk meja. Semua mata yang membulat mendengar penjelasan Jungkook, terus dialihkan kepada Bomi.

Bomi: Betul ke apa yang Jungkook cakap, Soo?

Soo yang dari tadi asyik memandang ke bawah memandang tangannya yang diusap oleh suaminya terus mengangguk perlahan. Taehyung juga begitu. Jin pula selepas memandang seketika ke arah Bomi, terus dia mengalihkan matanya ke arah troli bayi bersebelahan dengan Taehyung.

Jin: Jadi itu anak kau dengan Soo?

Soo dapat merasa Taehyung sedang mengumpul kekuatan untuk menjawab cepumas daripada Jin itu daripada usapan tangan Taehyung.

Taehyung: Nae. Anak kami. Kim Sae Ra. Baru dua bulan lepas dilahirkan.

Mata Taehyung terus tertacap pada Sae Ra. Tangannya pula menjalar naik ke pipi bayi kecil yang sedang tidur nyenyak itu.

Namjoon: Aku memang tak percaya apa yang jadi sekarang.

Jungkook: Dah macam mana. Memang jodoh Tae hyung dengan Soo nuna. Kalau tak, dah lama Jungkook yang kahwin dengan Soo nuna.

Tiba-tiba satu benda hinggap di dahi Jungkook dan jatuh. Terjerit kecil Jungkook dibuatnya.

Jungkook: Ish! aku gurau je lah! Nak ambil serious sangat kenapa?!

Taehyung: Jaga sikit mulut kau tu! Aku cili kang kau punya mulut tu.

Jungkook: Hey! Mulut ni tau yang simpan dan jaga rahsia hyung dengan nuna sampai enam tahun. Enam tahun tau! Bukan enam jam. Enam tahun! Suka-suka je nak cili mulut kita.

Jin: Dah. Kita dekat sini bukan nak bergaduh. Kau kenapa dari tadi asyik dia je, Soo? Kitaorang tak marah pun. Janganlah terasa.

Apabila mendengar kata-kata Jin, perlahan-lahan kepala Soo diangkat menghadap mereka. Soo tersenyum nipis.

Jimin: So, macam mana life? Best?

Jungkook: Mestilah best. Kalau tak, tak ada lah sampai lahirnya si Sae Ra tu.

Jimin: Kau ni sejak bila suka menyampuk? Aku tanya Soo dengan Taehyung, yang kau pergi jawab tu kenapa?!

Jungkook: Tak nampak ke yang dua orang manusia depan hyung ni dah macam batu. Daripad tadi kaku je. Mulut pun susah nak cakap. Aku sebagai orang yang lebih tahu tentang dia orang, biarlah aku yang jawab.

Jimin: Makin hari, makin biadap budak ni. Aduhai, siapalah yang ajar kau ni, Jungkook?

Jungkook: Manusia kan boleh berubah.

Jungkook berkata perlahan tapi masih boleh didengari  oleh Jimin yang beberapa selang daripadanya.

Jimin: Ish! Biskut ni!

Tiba-tiba, suara tangisan bayi kedengaran. Cepat-cepat Taehyung mengangkat Sae Ra lalu diberikan kepada Soo. Soo bangun lalu jalan menjauhi mereka bersebelas.

Taehyung: Kau tak boleh perlahankan suara ke? Kau dah nampk ada bayi dekat sini kan! Buat hal lah kau.

Jimin: Aku tak sengajalah. Kau ingat dalam kau tengah marah gila, kau bolehlah perasan apa yang ada dekat sekeliling kau? Tak kan. Mesti kau terus hamburkan marah kau tu kan. Macam itulah aku jugak. Manusia wei. Aku bukan robot.

Sedang enak Jimin membebel, Mata Yoongi tidak lengkang memandang ke arah Soo yang sedang menenangkan anaknya beberapa meter berjauhan daripada mereka sebelas. Tanpa sedar, dia tersenyum sendirian.

Yoongi: Soo sekarang aku tengok, betul-betul dah berubah. Dulu, dia selalu bising kalau kita buat hal tapu sekarang? Kita buat bising sampai anak dia terjaga pun dia tetap tenang. Untunglah dapat isteri macam Soo tu.

Dalam bebelan Yoongi itu, seperti ada sedikit nada perli. Taehyung hanya menjeling ke arah Yoongi.

Taehyung: Kau orang ingar senang ke nak bagi hati Soo betul-betul lembut, susah tau. Mengambil masa 3 tahun setengah. Aku dah betul sedar sangat-sangat, kalau hati perempuan ni terluka, memang susah tau nak ubatnya. Tak sanggup aku nak lukakan hati perempuan lagi. Susah.

Yoongi: Ermm baguslah. By The Way, aku nak gerak dulu. Appa aku telefonlah tadi time terlanggar kau orang. Aku balik dululah. Annyeong.

Semua ahli melambai ke arah Yoongi yang semakin lama, semakin hilang daripada pandangan. Taehyung mengetuk meja perlahan dan terus mengalihkan pandangan mereka ke arah Taehyung.

Taehyung: Actually, kau orang buat apa dekat sini? Kau orang baru balik daripada mana-mana ke nak pergi tempat lain?

HoSeok: Sebenarnya, si Naeun ni baru balik daripada Kanada. Dah 4 tahun dia dekat sana tak balik-balik sini. So sebab sekarang cuti semester, Seolhyun ajak kitaorang sambut kepulangan Naeun lepas tu bolehlah enjoy.

Taehyung: Untunglah duduk dekat Seoul. Aku dengan Soo tu duduk jauh dekat Gwangju. Belajar dekat sana. Duduk sanalah jawabnya.

Jin: Apasal tak tukar aje dekat sini? Bolehkan?

Taehyung: Entahlah. Aku kena bincang dengan Soo. Soo kata Seoul ni bising. Dekat Gwangju sana aman sikit katanya. Aku sebagai suami dia kenalah terima keputusan seorang yeoja yang lahirkan darah daging aku.

Chorong: Suami yang baik. Bagus. Bagus. Kau jagalah Soo tu baik-baik. Tak banyak yeoja dalam dunia perangai macam dia tau. Kau beruntung sebab dapat salah satu antara semua yeoja yang berperangai macam dia tu.

Taehyung memandang sekilas ke arah Soo yang sedang membelai anaknya.

Taehyung: Aku tahu. Nasib baik aku tahu pujuk dia. Kalau tak, daripada enam tahun lepas aku membujang balik. Aku serious cintakan dia. Sayangkan dia. Aku rasa macam nak mati kalau tak ada dia. Tak ada Sae Ra.

Dalam diam, Taehyung tersenyum dan matanya berair. Pandangan dikembalikan ke arah mereka yang ada di dihadapan Taehyung. Taehyung berasa geram. Sedap -sedap dia sedang meluahkan isi hatinya kepada orang yang disangka memahaminya, orang yang dianggapnya itu, hanya bermain dengan telefon bimbit. Jin seorang sahaja tekun mendengar kata-kata Taehyung kerana matanya daripada tadi asyik memandang ke arah Taehyung. Soo kembali dengan Sae Ra yang sudah nyenyak di bahu Soo. Diletakkan semula ke dalan troli bayi. Kemudiannya, dia duduk kembali di atas kerusi yang didudukinya sebentar tadi.

Soo: Mana Yoongi? Dah balik?

Seolhyun: Dah..






#TBC

KINGKA MARRIED QUEENKA????!!!!!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon