"Saya tolong cikgu Roza tadi.Takpelah,saya pergi dewan dulu.Assalamualaikum", suara Qasrina jelas kecewa.Dia terus meninggalkan cikgu Syira yang sedang terpinga-pinga sendirian.Tolong cikgu Roza?setahu nya cikgu Roza hari ni tiada di sekolah.Dia telah ditugaskan untuk menjaga peperiksaan di sekolah lain.'Roza lain kut'.

Maka dengan itu,Qasrina melangkah ke arah dewan dengan pelbagai perasaan.Marah!sedih!kecewa! dan menyesal kerana dia tidak sempat untuk meminta maaf pada Rayyan.Harap nya Rayyan halalkan ajaran yang dia curahkan pada nya.Kalau tidak,siap sedialah untuk dihiasi dengan huruf F pada slip kau nanti.

~~~ √ ~~~

QASRINA termenung seorang diri di taman depan rumah.Disebabkan esok hari Sabtu,jadi dia boleh lah curi-curi sedikit masa petang-petang ni untuk termenung.Kalau tidak,jangan harap lah!confirm 24 jam dia akan berkepit dengan buku.

Dia memandang pada beberapa orang budak lelaki yang sedang seronok bermain bola.Siapa terpekik-pekik lagi.Untung lah kau budak.SPM jauh lagi.Tanpa sedar,sebuah keluhan kecil dilepaskan.Dia sendiri tidak pasti keluhan itu untuk apa.Tapi sekarang ini,fikiran nya terlampau kusut.Kusut memikirkan untuk peperiksaan hari kedua yang bakal dihadapi dua hari lagi.Itu sebab pertama.Sebab kedua pula dia sibuk memikirkan Rayyan.

Sehari dia tidak bercakap dengan Rayyan.Pagi tadi pun dia hanya mampu melihat muka Rayyan.Kalau tidak disebabkan cikgu Maira,tentu dia sudah berjaya mendengar suara Rayyan buat kali terakhir sebab dia pun tak tahu bila lagi dia akan berjumpa dengan Rayyan.Mungkin dah tak jumpa lagi lepas ni.Tapi..ni bukan salah cikgu Maira jugak.

Habis?salah siapa?dan jawapan nya mudah je.Sah-sah lah salah diri nya sendiri.Main cakap lepas je sampai tak fikir langsung perasaan Rayyan.Kalau lah dia bagitahu perkara yang sebenar dengan cara yang elok pada Rayyan,kang senang?tak de jadi macam ni.'Tu lah kau!layan sangat ego tu tu kan?rasakan!'.

Apa yang boleh disimpulkan oleh Qasrina sekarang ini adalah Rayyan benar-benar dah terasa hati dengan nya.Kalau tidak,mustahil Rayyan decline panggilan telefon nya.Mesej juga dia tidak reply.Haih!apa lah nasib?ni lah orang kata,kerana mulut badan binasa.Memang dah binasa dah pun sekarang ini.

Nampak nya,dia tidak boleh lagi terjumpa mahupun terserempak dengan Rayyan selepas ni.Buat malu je!dan Qasrina pasti bahawa Rayyan juga tidak ingin untuk berjumpa mahupun terjumpa dengan nya.Ye lah,siapa yang nak jumpa dengan orang yang dah robek kan hati kita kan?.Dia terima apa yang bakal berlaku nanti dan dia tidak akan sedikit pun terkejut jika suatu hari nanti bila mereka dijumpakan secara kebetulan,Rayyan hanya buat-buat tak kenal nya.Ni salah dia,jadi dia kena terima.

Kalau difikir balik,serius rasa menyesal dia naik ke tingkat tiga sehinggakan hampir zero oksigennya.Bersusah payah dia naik ke sana dan apa yang dia dapat selepas itu,langsung tak terbayar oksigen nya yang terpaksa dikorbankan.Sepatut nya oksigen dalam kepala otak nya boleh disimpan untuk menjawab exam pada selepas itu,tapi telah disia-siakan begitu sahaja.Ohh,ya!cakap pasal exam.Hm..dia no comment lah jika ditanya oleh Lyn dan Lia.Yang penting,dia buat je.Betul atau tidak..dia redha.Hanya Dia yang menentukan.

"Assalamualaikum", suatu suara menegur Qasrina yang sudah asyik dengan dunia nya.Dia menoleh pada suara tersebut.Dia senyum walaupun senyuman plastik.

"Waalaikumssalam,cik Faz.Dah lama ke kat sini?", mana lah tahu kut-kut Puan Fazila dah lama terpacak kat situ.Cuma Qasrina je yang tak perasan.,

Puan Fazila tersenyum.Dia mengambil tempat di sebelah Qasrina setelah diperlawa oleh gadis itu."Tak lah.Cik Faz baru je datang bila tengok kamu sorang-sorang kat sini tadi.So..exam tadi macam mana?",

Ha sudah!ni yang Qasrina tak suka.Lepas selesai satu paper,mesti akan ada yang bertanya tak kira di mana dan pada bila masa-masa.Senang atau tidak?boleh jawab atau tidak soalan tadi?.Di sekolah tadi dia diserbu Lyn dan Lia.Di rumah pula dia terus kena interview dengan ummi.Dan sewaktu tengah makan,boleh pula tiba-tiba Qhalif bertanya.Tak ke dah tersedak kari ayam tadi?

"Boleh-boleh lah.In Shaa Allah,lulus", Qasrina sengih.Ni je lah jawapan selamat.Walaupun sesusah mana sekali pun soalan nya,mana boleh bagitahu yang soalan tu so dificult.Malu kita!lulus je lah yang boleh dijanjikan.

Puan Fazila tersenyum sambil terangguk beberapa kali ini.Walaupun jawapan yang diberikan oleh Qasrina seperti ragu-ragu,namun dia yakin yang Qasrina akan berjaya!dari mana dia tahu?dia tahu lah..hehe.

'Nak tanya tak nak?nak tak nak?tak nak ke nak?tapi kalau aku tanya,cik Faz fikir lain pulak.Alah..whats the matter?tanya je lah.Kira pertanyaan prihatin daripada seorang jiran lah ni'.Dan Qasrina pun membuka mulut untuk bertanya.

"Em..cik Faz.Cikgu Zhaf..er..dah flight ke L.A ke?", wajah nya sebaik mungkin di selambakan.Walaupun tergagap sikit.

Puan Fazila memandang Qasrina.Seperti biasa,masih dengan senyuman di wajah nya.Patut lah nampak awet muda."Dah..pukul 11 tadi flight dia.Kenapa?",

"Tak delah.Rina saje tanya",

Puan Fazila masih senyum.Walaupun Qasrina tidak buka cerita tentang masalah nya bersama dengan Rayyan,tapi dia dah tahu sangat.Firasat seorang ibu.Terus dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar track nya.Dipandang kejap 'sesuatu' di tangan nya sebelum dihulurkan pada Qasrina tanpa sepatah kata.

Qasrina memandang hairan pada sepucuk surat di tangan Puan Fazila."Surat apa ni?", surat Astro ke?atau surat saman yang mungkin postman dah tersalah hantar?tapi tengok dari rupa..tak nampak macam tu pun.

"Amik lah.Rina buka dulu lepastu nanti baru Rina tahu", lembut sahaja Puan Fazila menyuruh Qasrina mengambil.

Lambat-lambat Qasrina mengambil surat tersebut."Okay lah.Cik Faz nak masuk dulu.Take care,okay?", mata Qasrina hanya memandang langkah Puan Fazila yang sedang menuju ke rumah nya.

-Surat apa tu?betul ke surat Astro macam yang Qasrina fikir?atau surat dari secret admires?nak tahu surat tu dari siapa?sama ada dari Astro atau secret admires?sila sambung baca ke bab seterusnya.

**bersambung di bab seterus nya**

Love you,Mr Add Math!On viuen les histories. Descobreix ara