Cikgu Syira ternampak luka pada kepala lutut Qasrina.Terus dia memanggil dua orang pelajar lain untuk membantu memapah Qasrina ke bilik kesihatan.

~~~ √ ~~~

  "SURE ke ni kau okay?boleh ke kau duduk sorang-sorang?", Lia menyoal.Peluh di dahi nya dikesat.

"Boleh lah.Tak payah over sangat risau pasal aku.I'm fine.Aku cuma luka sikit je dekat kaki.Aku okay", Qasrina meyakinkan sahabat nya.Dia baru luka sikit tapi Lyn dan Lia risau mengalah kan Qasrina koma.

"Tak nak kitorang teman?", Lyn pula menyoal.

"No..it's okay.Lepas ni kan korang ade training untuk lompat jauh pulak.Korang pergi je.Aku boleh lah duduk sini.Hish!degil lah korang ni", Qasrina serius.Dia membetulkan duduk nya di atas katil.

"Hm..okay lah kalau macam tu.Nanti lepas dah habis training,kitorang jumpa kau.Bye..take care",

Pandangan Qasrina mengekori langkah Lyn dan Lia yang semakin menjauh.'Untung ada orang yang caring pasal aku.Tapi diorang tu terlebih lah pulak'.Dia ketawa kecil memikirkan perangai sahabat nya.Walaupun bermacam ragam,namun mereka berdua lah yang banyak membantu nya.This is BFFSP (Best friend forever sampai mati).

Belum sempat Qasrina nak membaringkan tubuh nya di atas katil,pintu bilik kesihatan diketuk.Dia menoleh.'Haish!dia lagi.Macam mana dia tahu aku ade kat sini?'.Senyuman dilemparkan buat Khairin.Tapi seperti biasa lah.Bukan senyuman ikhlas pun.Fake smiles.

"Hai Rina..", teguran Khairin dibalas dengan senyuman oleh Qasrina.

Khairin mendekati Qasrina berserta dengan wajah nya yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Kerusi yang berada berhampiran dengan katil ditarik ke sebelah Qasrina sebelum dia duduk di atas kerusi tersebut.

Qasrina kembali pada duduk asal nya tadi.Separuh baring dengan tubuh nya disandar pada kepala katil."Macam mana awak tahu kat saya ni?",

"Saya ada dengar pelajar lain cakap.Awak okay?",

Qasrina hanya mengangguk.Sesekali mata nya memandang ke arah pintu.Dia berharap agar ada orang lain yang masuk ke dalam bilik itu.Maklum lah,hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.Takut pulak terjadi perkara yang tak sepatut nya.Walaupun dia cukup kenal dengan Khairin yang berperangai baik,tetapi hati manusia boleh berubah.Siapa tahu kan?

"Rina..em..", Khairin serba salah hendak berkata.Wajah Qasrina dipandang sekilas.

Qasrina masih menanti kata-kata dari Khairin.'Cepat lah cakap.Aku dah ngantuk ni'.Selimut yang melitupi kaki sehingga pinggang nya ditarik ke atas.

"Awak nak cakap ape?",

Khairin mengangkat muka.Wajah Qasrina dipandang lama untuk mencari kekuatan."Dalam hati awak memang tiada tempat untuk saya ke?",

Amik kau!soalan cepu emas ditanya oleh Khairin.Qasrina tersentak dengan persoalan tadi.Terus dia mengangkat muka."Ape maksud awak?",

"Saya dah lama tunggu awak.Tapi awak tak pernah bagi peluang untuk saya.Dalam hati awak dah ade orang lain ke?",

Qasrina terkebil-kebil memandang Khairin.'Biar betul mamat ni?ape jenis soalan dia tanya?selama ni tak pernah-pernah nak tanya.Sekarang juga die nak tanya?'.

Dia menggaru kepala yang tidak gatal.Fikiran nya sibuk mencari alasan yang munasabah untuk diberikan pada Khairin.

"Khairin..bukan saya tak nak terima awak.Tapi kita ni students.SPM pun baru nak amik.Saya tak nak keputusan saya terganggu disebabkan hubungan cinta.Saya harap awak faham", kata-kata yang keluar dari mulut Qaseina lembut.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now