"Se se sebenarnya Ryanna nak minta pertolongan dari Aki" tergagap-gagap Ryanna berkata.

"Ouh! Patut lah lain macam jer hari ni . Rupa-rupanya ada hajat dibawanya. Hahaha" ketawa Aki meletus.

Pehal pulak orang tua ni ketawa. Aku bukan kemain lagi takut. Dia sesuka suki jer ketawakan aku . Arr! Lantak lah! Janji Aki tolong aku.

"Kamu nak minta tolong apa Ryanna?" tanya Aki dengan nada yang lembut.

Aki perasan riak ketakutan di wajah Ryanna . Terus percakapannya diubah menjadi lembut.

"Ryanna nak Aki tolong masukkan Ryanna ke Sekolah Elite Jejaka Jaya! " jujur Ryanna menjawab.

"Ape!!! Kamu dah giler ke Ryanna ?" kasar nada Aki sambil menunjukkan riak muka yang terkejut.

"Aki , tolonglah Ryanna . Kali ni jer Aki . Pleaseee " rayu Ryanna lagi dengan muka comel.

"Aki tak nak! Kamu ini memang betol lah dah giler agaknya . Kamu sedar tak apa yang kamu buat sekarang ? Hah!?" kasar nada Aki memarahi Ryanna.

Ryanna senyap tanpa sebarang kata. Kata-kata Aki bagai tiada sebarang kudis baginya. Iyela , masuk telinga kanan ,keluar telinga kiri . Settled !

"Kamu tahukan itu sekolah lelaki . Yang kamu nak masuk sekolah tu dah kenapa? Takde sekolah lain ke? . Aki memang akan tolong kamu kalau sekolah perempuan yang kamu nak . Tapi kalau dah begini , memang Aki tak setuju! Aki pun memang nak kamu belajar . Sebab Aki pun tumpang happy . Tapi ini dah lebih Ryanna . Memang betol lah kamu ini dah takde pemikiran. Kamu ingat benda ni boleh dibuat main . Kamu itu perempuan ! Bukan lelaki! Paham ?" bebel Aki berterusan.

Ryanna masih membuat muka slumber badak dia.Dia tidak kesah sedikitpun dengan kemarahan yang terpancar di wajah Aki.

"Tak penat ke orang tua ni membebel ? Potpet potpet" bisik hati Ryanna sambil menjuih-juih mulutnya.

"Haa! Macam ni lah kamu! Bila Aki marah sikit . Bebel sikit . Terus dibuat muka macam itik tu . Kamu ingat comel?" marah Aki lagi.

Sebenarnya Aki menahan ketawa daripada meletus . Yela , sebab comel sangat cucunya buat muka itik tu . Sama sebijik macam itik. Kikikiki .

Kalau Ryanna dapat tahu Aki nya mengata tentang dia . Merajuklah si Ryanna sepuluh hari sepuluh malam. Memang taklah nak jejak kaki kat rumah Aki lagi . Sehinggalah rajuknya hilang . Susah lah amma kalau cucu kesayangan tidak datang rumah dua minggu. Hari-hari telefon semata-mata nak suruh Ryanna datang.

Aki pun mengaku yang Ryanna ni memang comel . Tapi , perangai degilnya yang satu itu buat Aki tak tahan . Tengok lah sekarang. Dimintanya yang bukan-bukan. Pening si tua ni dibuatnya.

"Dah memang Ryanna ni comel . Aki yang selalu cakap juga kan ? Haa" jawab Ryanna tanpa perasaan takut sedikitpun.

Ryanna memandang Aki dengan muka belas kasihan.

"Tak payah kamu buat muka macam tu. Aki memang tanak tolong kamu" bidas Aki lagi.

"Alaa Aki , kasihan lah kat Ryanna, Aki . Ryanna nak minta tolong sape lagi kalau bukan Aki . Akiiiiii" rayu Ryanna dengan nada sedih.

Matanya bergenang melihat mata Aki. Mukanya terus bertukar kemerahan . Menahan tangisan dihati.

Aki menjadi serba salah. Kalau tak tolong Ryanna . Siapa lagi nak tolong dia. Kalau ditolong . Lagi lah susah dibuatnya.

"Aki... tolong lah Ryanna . Kali ni jer Aki . Tolong lahh...." rayu Ryanna lagi . Airmatanya merembes keluar.

"Kalau Aki tolong kamu. Apa jaminan kamu nanti ? Boleh ke kamu sesuaikan diri disana? " tanya Aki dengan perasaan kasihan.

"Boleh Aki . Boleh!! " jawab Ryanna dengan tegas .

"Aki takut kamu diapa-apakan Ryanna . Itu sekolah lelaki . Yang kamu ni perempuan. Apa tujuan sebenar kamu ni Ryanna? " tanya Aki lagi.

"Ryanna nak sangat pergi sekolah itu Aki . Ryanna nak tahu kehidupan mereka macam mana disana" lemah Ryanna menjawab.

"Bukan kat situ tempatnya Ryanna . Sekolah lain belambak lagi . Kamu pilih jer , Aki sendiri yang akan tolong masukkan kamu ! " tegas Aki berkata.

"Ryanna tanak sekolah lain. Ryanna nak sekolah tu jer Aki . Aki tolonglah Ryanna . " rayu Ryanna dengan mata yang semakin merah.

Memang dah serius sangat budak sorang ni nak masuk sekolah tuh . Kalau tidak bukan senang airmatanya nak keluar sebegini .

"Okey ! Aki tolong kamu . Tapi dengan satu syarat . Kamu kena cakap apa tujuan kamu sebenarnya " jawab Aki mengalah.

Ryanna terus membisik tujuan sebenarnya ingin ke sekolah itu.

"Ya Allah budak bertuah ni . Aki pikir apa lah tadi . Cuma alasan tuh jer kamu nak masuk sekolah itu . Memang tak berbaloi langsung " geleng Aki selepas mendengar tujuan Ryanna.

Suasana menjadi sunyi seketika . Aki memikirkan bagaimana cara ingin membantu Ryanna.

Beberapa minit ketika . Aki bersuara.

"Kalau begitu, Aki akan settled kan semua urusan kemasukan kamu ke sekolah itu. Yang penting bilik yang kamu ingin duduki . Kamu harus tinggal sorang-sorang jer. Tidak boleh berkongsi . Aki yang akan uruskan . Ini juga demi keselamatan kamu. Semua hal lain Aki yang akan uruskan juga . Faham? " kata Aki.

"Yee Aki . Ryanna faham . Thank you Aki sebab sudi tolong Ryanna " lembut Ryanna menjawab.

"Pembetulan , bukan sudi . Tapi dipaksa menjadi sudi . Ada faham? " bidas Aki

Ryanna dan Aki sama-sama melepaskan ketawa mereka.

"Haa , satu lagi Aki "

"Ape pulak kali ni Ryanna . Dah-dah lah Ryanna oii . Kalau benda mengarut lagi . Aki tarik balik semua pertolongan Aki tadi" keluh Aki dengan nada mengugut.

"Bukan benda pelik lah Aki . Sebenarnya , Ryanna nak minta tolong Aki . Jangan kasi tahu ayah dan ibu . Lagi satu nenek pun . Boleh kan Aki? Please ---" pujuk Ryanna lagi.

"Yela yela . Aki tak bagitahu diorang yee Ryanna cucu kesayangan Aki. Puas hati Ryanna sekarang ? "

Hehehehehe , memang puas lah hati si Ryanna ni . Semua permintaannya dituruti oleh Datuk dia sendiri . Sape tak suka woii .


×××××


"Ryan!!"

Ryanna terkejut apabila nama samarannya dipanggil .

"Sempat lagi kamu mengelamun yee! " marah Puan Pengetua .

"Eh eh , sory Puan . Err~~ apa yang Puan kata tadi ekk? " tanya Ryanna dengan perasaan bersalah.

"Lain kali saya cakap tuh concentrate lah sikit . Bukan berangan! Kan sekarang habuk pun takde!." marah Puan Pengetua lagi.

"Saya minta maaf Puan"

"Sekarang ikut saya cepat . Saya akan bawa kamu ke kelas dan memperkenalkan kamu kepada rakan-rakan kelas kamu yang lain" arah Puan Pengetua.

"Baik Puan"

Mereka beredar dari situ dan beriringan menuju ke arah kelas .





×××××



P/s : teruskan read sampai habis yee uolls . Jangan lupa voted dan comment. Happy bila tengok korang support my novel . Tambah2 kalau yang voted n comment tuh . Rasa macam wow gituh . Thanks guys sebab sudi baca .

Lelaki ke Perempuan ?Where stories live. Discover now