"Jadi, kau sebenarnya nak tipu si Syam tu supaya dia terhasut dengan kata-kata kau? Sebab tu lah kau cakap macam tu? Kau sebenarnya tak mahu bagi Isyraf pun kat dia, macam tu?" Puan Amelia meneka. Dari cerita rakannya itu, dia dapat menyimpulkan bahawa ia hanya satu salah faham sahaja. Kata-katanya itu hanya dibalas oleh rakannya dengan anggukan kepala yang begitu lemah sekali.

"Jadi sebenarnya anak kau si Isyraf ni cuma salah faham je lah sekarang ni. Kau pun tak sempat berterus terang dengan dia hal sebenar, dia dah lari dari rumah." Sekali lagi kata-katanya itu hanya dibalas dengan anggukan sahaja. Dapat dia simpulkan bahawa jiwa remaja itu yang tiba-tiba sahaja memberontak apabila dirinya dianggap sebagai permainan oleh kedua orang tuanya.

"Kau tau ke Isyraf sekarang ni ada kat mana Lina?" Tanyanya lagi. Bibirnya tidak putus-putus dari meluah kata. Terbit rasa kasihan pada rakan karibnya itu. Sudahlah bermacam jenis dugaan yang diharung olehnya, namun kini dugaan yang lebih besar pula dialaminya. Mampukah rakannya itu kuat sekali lagi?

"Aku tak tahu, aku buntu Lia aku buntu. Aku tak ada apa-apa petunjuk langsung untuk aku tahu keberadaan anak aku sekarang. Berpuluh kali aku telefon dia tapi satu pun tak berangkat." Sejujurnya, dia masih tidak mampu untuk mengagak kemanakah anaknya itu pergi membawa dirinya. Masakan anaknya itu memang benar-benar ingin pergi meninggalkan dirinya?

"Aku cuma nak anak aku dalam keadaan selamat je sekarang ni Lia. Aku taknak disebabkan salah faham ni, anak aku tu buat benda yang boleh bahayakan diri dia."  Ucapnya sayu. Dia tidak mahu dirinya menjadi punca yang bakal membahayakan nyawa anaknya itu.

"Apa kata kau cuba call Isy dek? Kut lah dia angkat call dari kau ke?" Cadang Iman Naim. Manalah tahu jika adiknya itu berjaya menelefon lelaki itu? Bukan apa, jika ada masalah keluarga, mungkin teman wanita boleh menjadi tempat yang baik untuk meluah kata?

Ilya Nasuha pantas mengangguk mengiyakan kata-kata dari abangnya itu. Telefon yang berada di poket seluar tracksuit yang dipakainya itu segera diseluknya. Nombor telefon milik Isyraf Nazran didailnya dan ting tong...

Peti simpanan suara.

Peti simpanan suara.

Peti simpanan suara.

Ketiga-tiga panggilan itu tidak berangkat oleh lelaki itu sebaliknya terus masuk ke dalam peti simpanan suara. Ilya Nasuha masih tidak lelah. Didail nombor lelaki itu berulang kali tanpa henti. Akhirnya, panggilan ketujuh seperti memberikan sinar kepada mereka semua.

"Bip, bip, bip..."

Panggilan bersambung buat seketika.

"Hm."

"Awak ada kat mana sekarang ni Isy?"

Kesemua anak mata itu telah tertumpu tepat akan Ilya Nasuha. Mereka semua sedang menantikan bait-bait kata dengan penuh debaran di dada.

"Ada lah."

"No, at least bagi lah tahu saya yang awak ada kat mana sekarang ni? Saya nak jumpa awak sekejap, ada hal yang nak saya borakkan dengan awak." Pancing Ilya Nasuha pada lelaki itu. Mungkin dengan cara ini, lelaki itu akan memberitahu dimana keberadaannya, andainya.

"Kau tak perlu tahu, Ilya."

"Tak perlu tahu apa pulak awak ni Isy? Saya ni kan jiwa awak? Jadi saya perlu tahu dan ambil tahu kat mana awak berada sekarang ni." Perkataan jiwa itu sengaja ditekan olehnya pada lelaki itu. Ketiga-tiga mata yang sedang memerhati dirinya sudah tidak dihiraukannya lagi. Tahulah apa yang ingin dijelaskan nanti akan maksud jiwa itu jika ditanya mengenainya.

Isyraf Nazran hanya diam menyepi di hujung talian. Kedengaran keluhan berat terluah jua sekian kalinya. Mengapa di saat dirinya sedang serabut begini, Ilya Nasuha mencari masalah dengannya pula? Tidak bolehkah gadis itu memberikan dia masa untuk menyendiri buat seketika?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ