Suami Aku,Boss Aku #31

78.6K 2K 67
                                    

Sesampainya didepan Queen Victoria Market....

Hawa membuka tali pinggang keledar untuk cepat keluar. Dia sudah tidak sabar untuk meneroka sebuah market yang begitu besar dan beraneka itu. Hatinya juga sudah melonjak-lonjak. Pasti rambang matanya nanti. Bukan sahaja dapat mencuci mata malah menyejukkan hati.Bagaimana agaknya first impression Hawa nanti.

"Wahhh bang, betul ke ni? Hawa tak mimpi kan? " Hawa menepuk-nepuk pipi gebunya sambil mata membuntang.

"Ermm... rasanya mimpi sebab abang pun tak tahu tengah mimpi ke tak." Mikail membuat muka pelik.

"Aik, macam tu pun boleh. Kenapa pulak?" Hawa lagi pelik.

"Entahlah sebab bidadari depan abang ni buat muka comel sangat" Mikail menongkat dagu pada pintu kereta.

"Ish... tu dah sah la mengarut.Dah la jom masuk, Hawa dah tak sabar ni.. wuwu" Hawa sudah rasa teruja untuk masuk ke gudang besar itu.

"Jom jom. Eh jap abang nak tengok seluar abang bawa lebih ke tak? " Mikail berkata kepada Hawa.

"Eh... kenapa pulak ni? " Hawa mahu melangkah tetapi tidak jadi, dia menoleh ke belakang.

"Yela, kang nanti terkoyak seluar abang kalau Hawa beli banyak barang." Mikail bercanda.

"Ish.. Hawa nampak aja macam kaki shopping tapi Hawa juga orang yang berjimat-cermat. Ala dah la jom, jangan risau. Hawa tak kikis duit ma..." Hawa memang tidak sabar untuk mencuci mata. Lengan Mikail ditarik oleh Hawa.

"Eh eh... sabar.. abang nak lock kereta." Mikail menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci.

"Emmm..cepatlah." Hawa masih merenung gudang besar tersebut.

"Dah, ajum kite." Mikail menarik lengan Hawa.

Sebaik sahaja mereka masuk ke Queen Victoria Market,mata Hawa terbuntang dan mulutnya sedikit ternganga. Mikail memandang isterinya.Mata Mikail terbuntang juga, bukan sebab tengok beraneka barangan disitu tapi muka isterinya itu, sumpah lawak. Kalau dah boleh gelak, dah lama dah Mikail gelak berguling-guling.Mikail memegang dagu Hawa dan menolak ke atas.

"Nak bagi lalat masuk terowong ke? Tutup mulut tu sikit. Kang mati katak Hawa dekat sini. Menangis tak berlagu abang nanti." Mikail mengurut dadanya.

"Eh.. yeke. Tak ada orang nampak kan?" Hawa memegang bibirnya.

"Ada la." Mikail tersenyum sinis.

"Sapa?Sapa orang tu? Ya Allah malunya. ><.Abang muka Hawa hodoh tak bila ternganga macam tadi." Hawa gelabah.

"Abang je kut, rilek la. Tak la, isteri abang ni kalau ternganga ka apa ka mana hodoh lagi cantik ada la" Mikail jujur.

"La.. maknanya tak ada orang la yang tengok Hawa. Abang je ke. Hm...ingatkan orang dah ushar pelik dengan Hawa. Abang je.. " Hawa kembali tenang.

"So abang ni bukan orang la." Mikail berloyar buruk.

"Abang tu alien!" Hawa selamba membalas.

"Ali...en..." Mikail mencebik.

"Alien di hati saya!" Mikail seperti ditembak hatinya. Peluru itu padu menembus dihatinya.Hawa terus melangkah masuk ke dalam sebuah kedai.

"Em...alien in your heart huh? Begitu padunya tembakan kau, sampaikan hati aku yang keras ni boleh cair dan lembut" Mikail berbisik perlahan.

'Hawa... ni yang membuatkan aku ni makin gila, tak waras dan tak tentu hala. Too bad, datang sini tak macam honeymoon, redmoon kau tu memang mengancam jiwa jantan aku.' Mikail membuat muka sedih. Dipandang Hawa yang sedang sibuk membelek baju.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now