Suami Aku,Boss Aku #24

82.6K 2.8K 96
                                    

Pada sebelah malamnya pula, majlis bersanding mereka diadakan di dewan serba mewah yang dihiasi bunga-bungaan.

Hawa yang sudah mengenakan busana berwarna pink pastel yang lembut dan memegang sejambak bunga ros merah jambu.Di dalam bilik ruangan pengantin, Hawa menunggu Mikail untuk menjemputnya  dengan penuh debar.

Mikail masih berada dirumah,dia pula memakai suit dan bersedia untuk berangkat ke dewan. Setelah sampai dia menjemput Hawa untuk naik ke pelaminan.

Mereka berdua  jalan beriringan di karpet merah. Mesra sungguh jika dilihat mereka berdua. Pasangan tersebut seperti pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Sama comel, sama kacak.

Sedang mereka berjalan, seorang budak yang memegang bakul bunga terpijak veil Hawa yang panjang itu. Hawa sedikit terdorong ke belakang. Mikail juga terkejut melihat isterinya. Dia menoleh kebelakang,budak lelaki itu sempat meminta maaf, air matanya bergenang di kolam mata.

Mereka didalam dewan itu terkejut dan ada segelintir anak gadis yang sudah terkekek-kekek.
Datin Marisya datang mendapatkan Hawa yang sudah terkaku.

Datin Marisya mencabut veil itu dari shawl Hawa.Hawa menarik nafas lega. Nasib baik belakang, tak sampai tengah lagi. Kalau tak... dah lama Hawa cabut dulu.

Majlis pada malam itu turut berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada gangguan teknikal tetapi  Alhamdullilah... semua tetamu yang hadir juga gembira.Dewan sudah dikosongkan sebaik sahaja majlis bersurai. Pengantin terlebih dahulu pulang ke rumah 30 minit lebih awal daripada tetamu kerana melihatkan Hawa yang sudah keletihan.Tetamu diakhir-akhir majlis adalah hanya sanak saudara sahaja. Jadi Dato' dan Datin yang menguruskan.

Mikail dan Hawa pulang ke rumah baru mereka.Rumah banglo tiga tingkat  tersebut dihadiahi oleh Dato' Kamal dan Datin Suhaila sempena perkahwinan mereka.

Setelah sampai,Mikail mematikan enjin keretanya, dia ingin mengejut Hawa tetapi tidak sampai hati melihat gadis kecil tersebut. Cuma yang terlintas di benaknya itu adalah mengangkat masuk Hawa.

Hawa yang separuh sedar seperti berada diawang-awangan. Dia tidak tahu dimana sekarang dia berada.Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia melihat Mikail mengangkatnya masuk dan menaiki tangga. Hawa yang sidah menggelabah sudah terjerit-jerit meminta supaya Mikail menurunkannya.

"Turunkan aku, turunkan!!! " Hawa menggelupur.

"Kalau aku tak nak? " Mikail membantah sambil bibirnya mengukir senyuman.

"Turunkanlah... "Hawa merengek lagi seperti budak kecil. Mikail bertambah seronok.

"Aku nak  turun! " suara Hawa sudah naik satu oktaf.

"Duduk diam-diam lah budak,kau nak main-main dengan tangga. Tangga ni memang tak suka dipermainkan. Baik kau diam! Kang aku lepaskan kau sekarang. Terjatuh tergolek terlentang kau nanti, kau nak?" Mikail membebel sepanjang naik tangga.

"Tak nak. " Hawa memaut leher Mikail yang mengacah-acah Hawa yang mahu melepaskannya.

Mikail masuk ke bilik dan meletakkan Hawa perlahan-lahan di atas katil. Hawa sudah terkaku saat Mikail membuka butang suitnya.Muka Hawa sudah cukup cuak. Mikail melemparkan kot ke lantai dan memanjat katil.
Hawa bangkit dan duduk, semakin Mikail mendekatinya, semakin jauh Hawa ke belakang sehinggakan dia sudah tidak boleh menginjak lagi. Hawa hanya memejamkan matanya lama.Apabila dia membuka mata, Mikail sudah tidak ada dihadapannya. Dia meliarkan matanya mencari kelibat Mikail.Dia bingkas bangun untuk mencari Mikail. Dia keluar dari bilik tersebut.

"Mikail! Mikail... kau kat mana? Kau jangan la buat aku macam ni!"mata Hawa sudah bergenang. Dia hendak melangkah menuruni tangga untuk mencari Mikail dibawah.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now