Suami Aku,Boss Aku #28

78.4K 2.2K 99
                                    

Setibanya mereka dilapangan terbang antarabangsa Melbourne...

Mereka beratur panjang bagi membolehkan dokumen dan passport diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Selepas mengambil bagasi, mereka menuju ke pusat saringan keselamatan untuk diimbas dengan mesin X-ray.

Dato' dan Datin menunggu di ruang ketibaan.Manakala pasangan baru itu diarahkan untuk mengikuti seorang tour guide yang telah ditugaskan oleh Datin Suhaila.

Semuanya telah diuruskan oleh Datin Suhaila dan Dato' Kamal sebelum datang ke Malaysia.Hotel juga telah dibooking sebelum mereka datang ke tanah Australia ini.Dimana mereka akan menginap, dimana mereka akan mendapatkan masakan halal semuanya telah diuruskan.

Mikail dan Hawa masuk ke dalam kereta dan dibawa menuju ke hotel untuk berehat. Dato' dan Datin telah berangkat ke kota Sydney. Mengambil masa berapa jam jika menaiki kereta.

Setelah sampai di hotel,mereka melakukan pendaftaran masuk ke hotel.Bilik 403 dibuka setelah kunci berada didalam tangan.

Hawa masuk ke dalam bilik itu, diikuti dengan Mikail yang bersusah mengangkat bagasi ke dalam bilik. Hawa terus melemparkan diri di atas tilam yang empuk itu. Tiba-tiba seseorang menggenggam kakinya. Mikail yang sudah tersengih apabila melihat Hawa berbaring terus mendapatkan sang isteri.

Kaki Hawa masih digenggam oleh Mikail erat sampaikan si Hawa gelabah. Ditendang-tendangnya agar dilepaskan. Namun Mikail semakin menjadi-jadi, dia menggeletek kaki Hawa.

"Mikail, Mikail jangan... geli sumpah geli... kau nak apa?" Hawa sudah terjerit-jerit sambil air matanya mencurah kerana tidak tahan geli.

"Ahhahahahaha... " Mikail terus melepaskan genggaman dan memegang perutnya kerana terlalu banyak ketawa. Sesekali air mata kepuasan jatuh. Seronok sekali kerjakan Hawa.

"Kau siap kau Mikailllllll" Hawa menjerit geram. Memang sedang lepaskan amarah.

'Hergh... suami kejam!' HAWA sudah taram dengan Mikail.

Selepas menjerit ,Hawa duduk sambil membetulkan bajunya dan memperelokkan rambut.

Hawa menyilangkan tangannya didada. Merajuk dengan Mikail. Seronok sangat kerjakan orang. Tengok isteri kesayangan dah merajuk. Macam mana ni. Dah nampak marah sangat si Hawa tu.

"Eleh.. ada orang merajuk pulak! " Mikail bersuara lepas menyeka air matanya.

"Hmph " Hawa berpaling dari Mikail.

"Meh nak pujuk meh" Mikail memanjat katil. Hawa membelakangi Mikail dengan pantas.

"Macam budak-budak" Mikail tergelak kecil.Mikail mendekatkan diri kepada Hawa.Lantas tangannya mencubit pipi Hawa.

"Aku tahu la aku ni comel, jangan la cubit aku sesuka hati kau! "
Hawa memprotes. Dia memegang pipi kanannya. Sudah merah. Lagi la si Hawa ni marah.

"Hek eleh, jangan perasan la minah! " Mikail meluat dengan Hawa.

'Orang nak pujuk, lagi dia marah. Orang tak nak pujuk kang mengadu dengan mama. Dah perasan comel.' Mikail turun dari katil dan duduk di sofa diluar bilik tidur.

"Aduh... sakit la. Habis pipi aku " Hawa mencebik.Dia mengelus-ngelus pipinya yang memerah itu.

"Hiuh.. penat jugak layan isteri macam budak-budak ni. Merajuk je kerjanya. " Mikail mendepakan tangan pada sofa.

"Dah pukul berapa? Asar aku belum solat lagi ni." Mikail berkata lagi sambil membelek belek jam tangannya.

"Eh jam tangan aku waktu kat kuala lumpur. Jap aku tgok jam dunia. " Mikail mengambil telefon pintarnya yang berada dipoket seluar.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now