Part 1

49.8K 1.5K 109
                                    

"I'm back Malaysia!" Laung Adam Eazril sebaik saja turun dari kapal terbang. Aksinya diperhatikan oleh orang sekeliling.

Tak pernah tengok orang jakun?

"Adam?" Tegur seseorang dari belakang.

"Ya Allah papa! Adam rindu papa sangat-sangat. Papa, Adam lapar... jom makan dulu." Rengek Adam setelah terjumpa papanya, Dato Hazlan.

Dato Hazlan baru teringat ada sebuah restoren thai seafood baru dibuka di kawasan perumahannya. Kata kawan-kawan Dato Hazlan makanan di situ sedap.

"Papa tahu mana nak bawak Adam makan. Jom!" Ajak Dato Hazlan.

Sepanjang perjalanan, mata Adam tak habis-habis tertumpu ke arah kawasan sekitar jalan masuk ke rumahnya. Dulu rumah kondominium tu tak ada, dulu rumah kedai tu tak ada, dulu taman permainan besar tu tak ada.

"Kita makan kat sini je. Dah dekat dengan rumah kan." Dato Hazlan memberhentikan kereta Mercedes miliknya.

Restoren Wanya Seafood?

Orang yang sedang makan di situ segera mengalihkan pandangan ke arah Adam bukannya kereta mewah mereka. Mungkin kerana gaya Adam yang agak keterlaluan untuk digayakan di Malaysia. Dato Hazlan memilih untuk makan di dalam kerana ada penghawa dingin.

"Orang baru ke? Tak pernah nampak pun?" Tanya seorang makcik lingkungan 30-an sedang mengambil pesanan mereka.

"Eh taklah. Saya duduk sini dah lama. Cuma tak pernah datang makan sini. Kawan-kawan cakap kedai baru buka." Balas Dato Hazlan mesra.

"Oh orang sini panggil saya Mek Wan je. Nak makan apa ye? Tomyam seafood ada, bubur set ada, paprik ada. Air laici ada, tembikai ada, abc pun ada." Ujar Mek Wan mesra.

"Mek Wan bagi saya kopi O jelah. Makan--- nasi goreng paprik. Jangan lupa air kosong. Haa Adam? Nak makan apa? Tenung menu lama-lama buat apa." Sindir Dato Hazlan.

"Saya nak rasa tomyam seafood, nasi putih dengan air--- laici ais." Pesan Adam tersengih.

"Okay. Adik ni mat salleh ke? Mata hijau Mek Wan tengok."

"Eh taklah Mek Wan, trend. Saya baru je balik dari belajar di luar negara." Jawab Adam tersipu malu.

Trend? Hahahaha

"Sedapnya paa tomyam ni. Seriously sedap!" Puji Adam sambil ketawa.

"Alaa lidah baru nak merasa makanan yang ada kat Malaysia memanglah semua Adam cakap sedap."

"Memang sedaplah paa." Bantah Adam kembali.

Mek Wan geli hati mendengar keletah dua beranak itu bergurau. Nik Suhana ternampak mamanya tersengih. Dia segera menyergah Mek Wan.

"Haa maa buat apa ni? Dok skodeng mamat handsome ke?" Usik Nik Suhana sambil ketawa.

"Subhanallah Su, terkejut maaa. Ish! Masuk dapur. Buat kerja." Mek Wan memang selalu disakat anak oleh anak keduanya, Nik Suhana. Sementara menunggu sekolah buka kembali, di sinilah Nik Suhana menghabiskan masa menolong mama dan ayahnya.

"Ting!"

Pak Yah menekan loceng supaya Nik Suhana mengambil pesanan yang sudah siap dimasak. Bagai lipas kudung Nik Suhana berlari masuk ke dapur.

"Ayah potong gaji, Su!" Ugut Pak Yah supaya Nik Suhana takut. Sesekali cara ini memang berkesan. Nik Suhana agak mata duitan. Pantang gajinya tak cukup ada saja mulutnya mahu membebel.

×××××

"Flight sepatutnya sampai pukul 8 pagi. Kenapa pukul 11 pagi baru balik?" Tanya Datin Hawa sudah tercegat depan pintu.

SYARAT CINTA NIK NUFAWhere stories live. Discover now