***

Badan Ami ditolak kasar. Matanya ditutup. Tangannya diikat ke belakang. Dia dipaksa berjalan sehinggalah sampai ke satu tempat. Dia tak tahu di mana. Telinganya tak menangkap apa-apa bunyi. Hanya sepi.

Pintu garaj dibuka. Bingit bunyi yang dihasilkan lebih kerana keadaan sekeliling yang sunyi. Badannya sekali lagi ditolak secara kasar. Dia berjalan masuk ke dalam dengan dipegang Farhan.

"Duduk!"

Badannya ditekan supaya duduk di atas sebuah kerusi. Ami menurut. Kedengaran bunyi manusia berjalan ke arahnya. Seorang atau dua orang atau lebih sebab bunyi kasut yang diseret seperti mempunyai ramai pemilik.

"Siapa ni?" satu suara garau menyapa telinga Ami. Mindanya membayangkan orang yang bersuara itu seorang yang mempunyai wajah yang bengis. Badan yang gempal dan mempunyai tatu atau parut yang banyak pada badan.

"Dia ni kacau plan aku." Ami dengar pula suara Farhan menjawab pertanyaan orang itu.

"Jadi? Kenapa kau bawa ke sini? Kau settlekan sendiri dekat luar."

"Aku ingat dia boleh jadi barang kita."
"Tapi dia lelaki!"

"Kenapa? Lelaki tak boleh? Bos kata tak kira jantina. Kau nak menolak kata-kata bos Tiger?"

Lelaki yang bernama Tiger itu tidak menjawab. Ami dengar lelaki itu berdehem kuat sebelum berkata "okay, aku akan tunjuk dekat bos. Kalau bos kata on, aku okay tapi kalau bos tak nak, barang kau ni boleh dihantar pergi neraka."

Air liur ditelan pekat. Terasa putus nyawanya mendengar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Ami beristifar dalam hati. Cuba menenangkan diri. Tak putus-putus dia berdoa kepada Allah yang Maha Esa supaya menyelamatkan hidupnya. Dia tak mahu mati tanpa tanda. Dia tak mahu keluarganya terseksa menanti sama ada dia hidup atau mati.

"Okay. Kau jangan nak memandai cakap bukan-bukan dekat bos. Barang yang aku bawa semua bagus."

"Aku tahulah! Kau jangan nak mengajar aku pula!"

"Aku cuma ingatkan. Orang tua macam kau cepat lupa."

Lelaki itu merengus kasar. "Masa dah dekat. Kau bawa balik semuanya. Dah berambus!"

Bunyi kasut bergerak pergi kedengaran. Dia telah ditinggalkan oleh Farhan di tempat yang begitu asing. Apalah nasib yang bakal diterima oleh dia.

"Jaga dia ni. Jangan sentuh." suara garau itu memberi arahan kemudian ia berlalu pergi.

Kini kesunyian kembali menyelubungi Ami. Dia mati akal. Tangan sudah diikat ketat pada kerusi. Nak lari tapi mata tak nampak. 'Ya Allah.. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah.'

***

"Echa.. Ami mana doh?" mata Raja memandang ke seluruh kelas. Kelibat kawan baik mereka tiada. Selalunya sudah tertonggok dekat belakang dengan Zul.

Raisha turut berpaling ke belakang. "Mungkin dia masuk lambat kot." balas Raisha.

"Ish tak mungkin. Dah dua hari dia takde ni."

Menantu AbahWhere stories live. Discover now