19

3.1K 89 4
                                    

Ami memanjat anak tangga satu persatu. Fikirannya dipenuhi dengan persoalan mengenai Farhan. Kenapa dia tak pernah nampak lelaki itu? Walaupun berlainan jabatan, mesti dia akan kenal. Tapi baru tadi dia jumpa Farhan. Lelaki yang buat Raisha seperti orang gila.

Dia sampai di biliknya yang berada di aras dua. Tak segera masuk, dia berdiri dahulu di kaki lima. Dia perhati satu persatu bilik yang berada di arasnya. Semuanya berpenghuni. Agak lama dia memerhati sebelum dia melangkah masuk ke biliknya.

"Assalamualaikum." ucapnya sambil memulas tombol pintu bilik. Zul ada di dalam bilik sedang membaca komik Naruto.

"Waalaikumsalam. Haa artis kita dah balik. Hahaha."

Ami hanya diam mendengar jenaka Zul. Dia baring di atas katilnya sambil tangan diletak ke dahi.

Zul yang melihat menjadi pelik. Dia letak komiknya ke tepi dan bangkit dari pembaringan. "Kau kenapa Mi? Ada masalah ke?" soalnya dengan penuh kebimbangan.

"Mi aku tanya kau ni. Apahal kau macam ni? Ada orang cari pasal dengan kau ke? Cakap dengan aku. Biar aku pi hentak." soal Zul sekali lagi.

Ami hanya mengelengkan kepalanya. Mulutnya masih berkunci.

"Haih. Lantak kau lah. Aku baca komik lagi bagus dari layan kau yang macam patung." Zul mengalah. Diambil kembali komiknya yang diletak ke tepi. Baru sahaja dia hendak baring terdengar namanya dipanggil.

"Zul."

Dia duduk kembali. "Ha kenapa? Tadi aku tanya tak nak jawab."

"Kau dengan aku kenal en semua orang dekat sini?" soal Ami.

Zul mengangguk. "Apahalnya? Ada budak baru buat hal ke?"

"Emm ni yang aku tengah pening sekarang ni."

"Pening apanya. Adoi.. Panjang pula cerita kau ni. Cakap jela terus apahal?" soal Zul. Tak sabar dia menunggu Ami bercerita.

"Takde. Tadi aku terlanggar sorang laki ni. Tapi aku tak pernah nampak pula muka dia."

"Aik? Serius ah? Tak pernah nampak?"

Ami mengangguk laju.

"Apa nama dia?"

"Nama dia.. Emm dia suruh panggil dia Paan."

"Ohh.. Nazrif Farhan ke maksud kau?"

Ami bangkit dari berbaring. Dipandang wajah Zul dengan bersungguh. "Kau kenal ke?" soalnya serius.

"Kenal. Tak kan kau tak kenal. Budak jabatan kita juga. Lain kelas je." jawab Zul seraya kembali berbaring. Komik Naruto dibuka. Gayanya bersahaja.

"Budak jabatan kita? Ini lagi tak mungkin kalau aku tak kenal. Kau biar betul Zul?" Ami inginkan kepastian. Memang tak mungkin kalau dia tak kenal pelajar dari jabatan dia. Jabatan perdagangan. Lagi-lagi kalau yang sama semester dengannya. Rasa ragunya makin tinggi terhadap lelaki bernama Farhan.

"Mungkin budak tu jenis pendiam. Kau pula jenis banyak peminat. Mana nak perasan."

"Tapi.."

"Ala.. Tak payah fikir lagilah Mi. Aku kenal budak tu. Baik je. Kau ni macam dia buat jahat pula fikir bukan-bukan." Zul mencela.

"Aku bukan apa Zul. Aku pelik je. Aku tak pernah nampak muka dia. Baru tadi aku terjumpa. Tu pun sebab dia terlanggar aku." Ami menyuarakan isi hatinya.

"Takde apalah Mi. Tak yah pelik. Budak tu sebaya kita. Aku kenal. Yang kau ye, ye sangat ni kenapa?"

Ami diam. Tak menjawab soalan Zul.

Menantu AbahWhere stories live. Discover now