"Ohh ye..ha'ah lah.Okay okay.Saya ingat", Qasrina tersengih.

"Mm..dah,pergi masuk tidur",

Qasrina mengangguk."Erm..goodnight,cikgu", Qasrina berkata sambil tersenyum.

Rayyan juga membalas senyuman itu."Okay,goodnight too",

Die hanya memerhati langkah Qasrina yang semakin hilang dari pandangannya.Setelah memastikan gadis itu masuk ke dalam rumah,die melangkah pulang.Hatinya gembira dan bibirnya menguntum senyuman.Parah lah macam ni!cinta itu memang gila!

~~~ √ ~~~

"GUYS,jom hangout nak petang ni?", Lia memberi cadangan sambil tangannya ligat memasukkan buku-buku ke dalam beg.

Qasrina memandang Lia.Mungkin bersama dengan wajah blur.Beg sandang yang sudah digalas dibetulkan.Seketika,die memandang Rayyan yang sedang mengemas meja gurunya.Oleh kerana kebanyakan pelajar sudah keluar dari kelas,jadi die boleh memandang Rayyan dengan jelas di meja guru.Saat itu juga,Rayyan memandang tepat ke arahnya.Die tersenyum sebelum tangannya mengangkat buku rujukan Add Math di tangannya.Hanya untuk mengingatkan Qasrina tentang kelas tambahan selepas ini.

"Kau gila?kau ingat SPM tu lagi empat tahun?beb..tinggal 8 bulan je lagi.Come on!wake up!tu pun ade hati nak hangout", bebel Lyn pula.Beg galas nya dizip kemas.

"Hah!tu lah kau.Bebel je yang kau tahu,kan?next time,please let me finish my sentence first", Lia mencekak pinggang.Wajah nya sudah menyinga.Tapi singa manja lah.

"Eleh..mane lah aku tahu kau belum habis cakap", bidas Lyn.Mereka berdua ni memang tidak mahu mengaku kalah.Masing-masing ego lah katakan.

"Maksud aku,bukan lah kite pergi hangout saje-saje.Like this,petang ni korang datang rumah aku..lepastu kite buat study group.Hah!boleh kite siapkan homework yang cikgu Zhaf tu bagi sekali", Lia teruja jadinya.Beg sandangnya sudah digalas.

"Fasal study,aku no problem", Lyn mengenyitkan matanya.Sesekali die melihat sekeliling kawasan di dalam kelas.Tinggal mereka bertiga sahaja.Ouh ya!dan cikgu Zhaf yang sedang memadam papan hitam sebelum die melangkah keluar dari kelas.

"Okay,cun.Kau pulak,Rina?", Lia menyoal Qasrina yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Hah?aku?mm..ak..aku..aku..", lidah Qasrina terasa kelu.Otaknya sibuk memikirkan alasan untuk diberi buat Lyn dan Lia.Kalau ikutkan,die mahu saje memberitahu mereka tentang kelas tambahan Add Math nya bersama dengan cikgu Zhaf.Tetapi,Rayyan telah memberitahu nya tentang prestasi Lyn dan Lia yang semakin meningkat.Melainkan die seorang saje.Jadi Rayyan mesti menekan kan segala nya pada dirinya sorang.

"Aku ape?sejak bila kau gagap ni?", Lyn menyampuk tiba-tiba.

"Hah?er..macam ni..aku nak sangat join korang,but petang ni tak boleh.Aku..aku kena stayback", itu lah alasan yang berlegar di kotak fikirannya.

"Lah..kau stayback ke?kalau macam tu kitorang follow kau lah.Senang sikit", Lyn pula yang memberi cadangan.

"Eh..tak..tak..tak boleh.Korang tak boleh stayback jugak", Qasrina mengerling jam di tangannya.'Alamak!dah pukul 2:15.Aku janji dengan cikgu Zhaf tu pukul 2:00",

"What?may we know why?", Lia menyampuk.Kedua belah tangannya disilangkan didada.

"Er..sebab..aku..aku..aku kena jumpa dengan cikgu Wati.Hah..okaylah,korang.Aku kena pergi sekarang.Nanti kalau ade ape-ape aku bagitahu korang,kay?bye..take care", seperti lintah kudung Qasrina melangkah keluar dari kelas.Die berlari mencari Rayyan.

RAYYAN mengerling pada jam tangannya.'Dah pukul 2:20 dah ni.Mana die pergi?'.Kemudian,matanya meliar mencari kelibat Qasrina.Namun..masih tiada.Telefon bimbitnya dikeluarkan.Takut-takut kalau ade mesej atau missed call yang dia tidak dengar.Maklumlah,kerja sebagai seorang guru ni mana boleh asyik berkepik dengan telefon.Boleh disalah anggap pulak nanti.

"Rayyan..", satu suara yang lembut menegur Rayyan.

Rayyan menoleh ke arah suara tersebut."Ehh..Maira.Tak balik lagi?",

Maira,seorang guru wanita yang menjadi kegilaan ramai lelaki.Kulit putih,lemah lembut dan tampak manis walaupun die tidak berhijab.Rambutnya panjang dan keperangan.Senyuman manis yang tercalit lipstick merah di bibirnya yang boleh menggoda sesiapa sahaja yang memandangnya.Tetapi tidak bagi Rayyan.Die langsung tidak tergoda.Ohh ya!dengar cerita guru ini berminat pada Rayyan sejak kali pertama mereka berjumpa.

Maira mendekati Rayyan yang sedang bersandar pada dinding di suatu lorong yang berhampiran dengan tangga."Saya belum balik lagi.Pukul tiga nanti ade meeting dengan pentadbir.Awak buat ape dekat lorong ni sorang-sorang?",

"Ohh,saya?saya tengah tunggu student.Saya ade buat kelas tambahan Add Math dengan die", telefon bimbit Rayyan dimasukkan kembali ke dalam poket seluarnya.

"Really?kalau macam tu boleh tak next time saya join jugak?sebab ade seorang student saya ni,die slow Add Math.Boleh?",

"Eh..sure.Ape pulak tak boleh kan?boleh je.Memang itu pun tanggungjawab saya",

"Thanks..ouh ye,Rayyan.Actually,saya..", kata-kata dari Maira terhenti apabila die ternampak kelibat Qasrina yang menghampiri mereka.

Rayyan yang sedar akan kehadiran Qasrina di situ pantas tersenyum pada gadis itu."Rina..sini ", Rayyan memanggil Qasrina berdiri di sebelahnya.Qasrina hanya akur.

"Mm..okay lah.Saya pergi dulu.Bye", Maira tersenyum pada Rayyan,namun senyuman manis itu tidak dibalas oleh Rayyan.Hanya senyuman yang nipis saje diberi buat Maira.

"Err..saya..ganggu cikgu Zhaf dengan cikgu Maira ke?", suara Qasrina perlahan.Hanya die dan Rayyan sahaja yang dengar.

"Eh,tak langsung.Terima kasih lah sebab awak datang.Eh jap!kenapa lambat?", Rayyan bermuka serius sambil tangannya mencekak pinggang.

Qasrina hanya tersengih.

"Sengih je tahu.Okay,jom.Kite study kat library okay?",

"Okay",

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now