Chapter 1

9.6K 211 62
                                    

To those yang baru jumpa and baca cerita ni. This story is a continuation to BITCH- Book 1. Please read the first book in order to understand the whole entire story. But of course you can this as an individual book.

29 January 2013, 11.30 pm, Heathrow International Airport, London.

Setelah tiga belas jam setengah berada di dalam kapal terbang, akhirnya Kayla berjaya menjejakkan kaki di England. Selama tiga belas jam itu juga dia cuba merancang masa depan dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah terbesar dalam hidupnya- Zoul. Dia menyintai lelaki itu sepenuh hati dan tidak mungkin akan ada lelaki lain yang dapat menggantikan tempat Zoul di hati Kayla. Namun, luka yang Zoul hadiahkan padanya terlalu dalam, terlalu perit dan pahit untuk ditelan hinggakan Kayla terpaksa lari meninggalkan bumi Malaysia. Berpegang pada kata-kata 'time will heal all pain', Kayla percaya satu hari nanti pasti segalanya akan menjadi lebih baik. Melangkah keluar dari perut kapal, Kayla berjanji pada dirinya yang keutamaannya sekarang adalah diri sendiri dan bukan orang lain.

Setelah selesai dengan pihak imigresen British, Kayla memulakan perjalanannya di bumi asing ini. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan dia sebaik sahaja dia melangkah keluar dari balai ketibaan. Terkumat kamit serta tergaru-garu kepala tuan punya mata semasa memerhatikan Kayla. Pantas dia mengeluarkan phone dari kocek seluar dan mengambil gambar Kayla dari jauh. Dia belum pernah bertemu muka dengan Kayla, hanya melihat gambar kahwin Kayla beberapa bulan lalu sahaja. Dek kerana mahukan kepastian, dia menghantar gambar yang diambil sebentar tadi kepada anak majikannya. Andai kata wanita tadi adalah benar-benar Kayla, pasti dia akan menerima pujian kerana berjaya mengesan dimana Kayla berada. The right to brag is his.
Sebaik sahaja Zoul menceritakan tentang kehilangan Kayla pada Erik, kesemua angota Bratva diarahkan untuk mencari Kayla, andai kata lokasi sudah dapat dikenal pasti, mereka haruslah melaporkan perkara tersebut pada Erik, Zoul atau Farrah. Disebabkan arahan itu, Boris menghantar satu pesanan ringkas bersama beberapa keeping gambar yang diambilnya tadi pada Farrah.

Natalya, eto ona? (Natalya, is this her?)

Selepas lima minit menunggu masih tiada jawapan daripada anak majikannya. Boris masih memerhatikan Kayla yang sedang menunggu taxi. Sambil-sambil itu dia berangan yang dia bakal di naikkan pangkat oleh majikannya. Boris sudah lama menyertai Antolov Bratva, sejak dari umur 20an lagi, namun hanya sekali dua sahaja kerja-kerja yang dilakukan mendapat perhatian Erik. Tiba-tiba ada orang luar yang menyelia kerja-kerja mereka. Zoul tidak layak langsung untuk menjadi pemangku ketua. Walaupun dia sangat rapat dengan Erik, namun itu bukan alasan yang cukup baik untuk melantik orang luar. Apa yang Zoul tahu tentang kepayahan pemuda Russia pada masa negara itu bergelar Soviet. Ramai pemuda ditangkap hanya kerana mencuri makanan, yang pada ketika itu merupakan satu komoditi yang cukup mahal harganya. Zoul tidak mungkin akan faham perasaan anak muda Russia yang diheret kepenjara hanya kerana mereka disyakki menentang kerajaan.

Perlukah kami menyokong kerajaan yang mengawal segala-galanya termasuk makanan? Patutkah kami terus membiarkan kerajaan hidup dalam kemewahan sedangkan ada diantara kami mati kesejukkan pada musim sejuk? Orang yang tidak siuman sekali pun tidak akan menyokong celaka-celaka ini. Zoul tidak pernah rasa sakitnya di dera oleh warden penjara hanya kerana bercakap dengan banduan lain. Eriklah yang menyelamatkan dia daripada terus di seksa oleh pegawai penjara kerana meminta sehelai selimut sebagai alas lantai, tempat dimana dia tidur.

Kayla sudah berlalu pergi, Boris pula masih berdiri di tempat yang sama melayan angannya. Jika diturutkan hati mau saja dia mengajak Zoul one on one dengannya supaya lelaki itu sedar dimana tempatnya. Dia pasti selepas bersparring dengan Zoul dia bakal dimarahi oleh Farrah ataupun lebih teruk Erik. Perasaan meluat terhadap Zoul makin membuak-buak akhir-akhir ini hinggakan terbit unsur-unsur benci pada lelaki itu. Boris mahu Zoul disingkirkan dari Bratva... dia harus memikirkan cara untuk melaksanakannya. Tidak cukup dengan Bratva.... Natalya pun tergila-gilakan dia!!

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now