Qasrina bangun perlahan-lahan.Kepala otaknya tidak memikirkan perkara lain selain jawapan untuk soalan di hadapan.Langkah di atur perlahan menuju ke arah whiteboard.

'Erk!memang betul-betul susah soalan ni.Aduh..macam mane aku nak buat?'

Pen marker yang dihulurkan oleh Rayyan disambut.Matanya memandang pada soalan yang terpampang pada whiteboard.'Err..takpelah.Jawab je lah ape yang aku tahu'.

Sebelum die menulis,sempat die memandang sekilas pada Rayyan yang sedang memerhatikannya dari meja guru.Ade senyuman di wajah itu.Senyuman yang jarang dilihat.

Selesai menulis,Qasrina menyerahkan kembali pen marker kepada Rayyan.Rayyan melangkah ke arah whiteboard untuk menyemak jawapan yang di tulis Qasrina.

"Hm..okay..ape yang awak buat ni betul,tapi..masih ade kelemahan yang boleh awak baiki.Awak boleh duduk",

Qasrina mengangguk lalu terus kembali di tempat nya.Wajahnya sudah merah padam.

RAYYAN mendaki anak tangga dengan berhati-hati.Dadanya berombak laju.Mana tidaknya,die baru sahaja selesai mengajar di kelas yang berada di tingkat bawah dan dia terpaksa mendaki tangga semula untuk ke tingkat tiga oleh kerana di situ terletaknya pejabat dan bilik guru.

Saat kakinya mencecah tangga teratas di tingkat tiga,mata nya menangkap sesusuk tubuh yang membelakanginya dan sedang termenung di balkoni.Dari belakang,die seperti sudah mengagak siapakah gerangan gadis itu.Cuma yang mengharaikannya,mengapa gadis itu berada di sini?setahunya,sudah 30 minit selepas loceng sekolah yang menandakan tamatnya waktu persekolahan.Dan kelas tambahan untuk pelajar SPM pula rasanya belum di jalankan lagi walaupun sudah masuk bulan ketiga persekolahan.

Dengan rasa ingin tahu,die mendekati gadis itu.Nafasnya di tarik dalam.Cube untuk membetulkan kembali nafasnya yang agak tidak menentu.Err..nafas tidak menentu sebab die baru sahaja selesai mendaki tangga,okay?bukan kerana gentarm.

"Kenapa tak balik lagi?", soalan pertama yang terpancul dari bibir Rayyan.

Qasrina menoleh.Bulat matanya apabila melihat Rayyan yang sudah berdiri di sebelahnya.'Erk!sejak bila die ade kat sini?'.

"Ci..cikgu Zhaf.Cik..cikgu buat ape dekat sini?", suara Qasrina sedikit bergetar.Terkejut mungkin.

"Saya yang tanya awak.Kenapa tanya saya balik?", wajah Rayyan tenang.Pandangannya beralih pada stadium mini yang luas terbentang di hadapan mereka.'Cantik jugak stadium ni dari atas'.Getus hati Rayyan.

"Sa..saya..saje je duduk kat sini.Saya belum rasa nak balik lagi", Qasrina juga tidak memandang Rayyan.Pandangannya turut sama tertumpu pada stadium mini di hadapan.

Di saat itu,Rayyan mengambil kesempatan ini untuk memandang wajah Qasrina.Ye!betul tekaan nya.

Die tersenyum kecil sebelum kembali bersuara "Awak jangan nak tipu saya.Saya tahu..awak ade masalah kan?awak tengah fikirkan sesuatu?",

Belum sempat ape-ape perkataan keluar dari mulut Qasrina,Rayyan bersuara lagi "Kalau awak tak keberatan,awak boleh je share dengan saya.Ye lah,saya ni kan guru kelas awak jugak,walaupun sementara tapi..saya berhak tahu kalau awak ade masalah",

Qasrina mengigit bibir.Serba salah pula jadinya.Kalau diikutkan,die memang mahu berkongsi dengan Rayyan memandangkan masalah nya ini ade kaitan dengan diri gurunya itu.Tapi..die takut die nampak lemah pula.

"Qasrina?kenapa diam?awak jangan risau,awak boleh percayakan saya.In shaa Allah,saya akan bantu awak mana yang saya mampu", Rayyan tersenyum.Sekilas die memandang wajah Qasrina sebelum kembali memandang stadium mini.'Tak boleh pandang anak dara orang lama-lama'.Kenapa?takut jatuh cinta?.'Err..hish!dah lah.Jangan sibuk,wahai hati'.Sempat lagi otak dan hati Rayyan berbahas.

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now