BAB 2

12.6K 420 0
                                    

Motor yang di bawa Qasrina di letakkan di garaj.Jam tangan di pergelangan tangannya di pandang sekilas."Baru pukul 7:10 pagi.Ade 10 minit lagi sebelum loceng".

Langkah di atur keluar dari garaj.Hatinya gembira saat ini.Lama dia tak pergi sekolah.Rindu pula rasanya.Tetapi..sudah tentulah kerinduan nya lebih kepada sahabat-sahabat baiknya."Ohh ye..mane pula di orang ni?takkan tak sampai lagi?", Qasrina menyoal sendiri sementara matanya meliar mencari susuk tubuh kawan-kawannya.

"Rina!!",

Qasrina menoleh ke arah suara yang memanggil.Terkejut juga dengar namanya di panggil sebegitu rupa.

"Hei,hai korang", Qasrina berpeluk dengan dua orang lagi sahabatnya.Lama tak jumpa.

"Beb..you look more beautiful", puji salah seorang kawannya,Lyn.Nama penuhnya Fazlyna.Lyn tu nama glamour je lah.

"Yes..that's right.Kitorang hampir tak kenal kau tau tak?wah,serius ahh kau makin cute",ujar Lia pula.Pipi Qasrina yang putih lagi gebu itu di cuit.

"Lagi?tu je ke?", usik Qasrina.

"Dah!tak payah nak melebih", tegas Lyn.Mereka bertiga akhirnya ketawa.

"Ehh,kejap..korang dah tengok ke korang masuk kelas mane?", soal Lyn apabila tawa mereka semakin reda.

"Dah..", Qasrina dan Lia menjawab serentak.

"Really?okay..now,in three..kite share sama-sama kelas kite,okay?", Lia teruja.

"Okay..", Lyn dan Qasrina pula menjawab serentak.

Lia mula menghitung."One..two..three..",

"5 SN 1!!..", mereka bertiga menjawab serentak.

Dan selepas itu,mereka berpelukan.Sejak dari mereka di tingkatan satu lagi mereka tidak pernah berada di dalam kelas yang berbeza.Asyik berkepit saje tiga orang ini.

"Wahh..dah agak dah", Lyn berkata dengan gembira.

"Dah..jom lah.Kite masuk dewan",ajak Qasrina pada Lyn dan Lia.

"Jom..",

"OKAY..jangan lupe ye tentang pesan cikgu", Cikgu Zakuan sempat berpesan pada pelajar-pelajarnya.

"Baik,cikgu..", pelajar-pelajar kelas 5 SN 1 menjawab serentak.

"Ouh ye..cikgu lupa nak bagitahu,bulan depan cikgu takde",

"Cikgu nak ke mana?", ketua murid,Aimin yang baru di lantik tadi bersuara

"Cikgu ade kursus penting selama tujuh bulan di Sabah.Nanti akan ade seorang cikgu lain yang menggantikan tempat saya", Cikgu Zakuan mengemas meja gurunya.Buku-buku di atas meja di pegang.

"Lamanya,cikgu..", kata Adrian pula.

Cikgu Zakuan hanya tersenyum."Jadi lebih kurang tiga minggu ni cikgu akan ajar kamu semua mana yang sempat.Kalau tak sempat,selebihnya kamu suruh lah cikgu yang gantikan tempat saya tu ajar,okay?",

"Baik,cikgu", semua pelajar menjawab.Ade riak sedih pada setiap wajah pelajar-pelajar 5 SN 1.Cikgu Zakuan merupakan cikgu yang paling sporting di sekolah itu.Walaupun luaran nampak tegas.Mungkin kerana faktor umurnya yang hampir mencecah 45 tahun.Namun beliau seorang yang pandai bergurau dan berdisiplin.Jadi,tidak hairan lah jika beliau di pilih oleh semua pelajar untuk memenangi anugerah Guru Terbaik pada setiap tahun.

"KORANG..korang tak takut ke?", Lyn memecahkan suasana mereka bertiga yang sedang duduk di bawah sebuah pondok kecil.

"Takut ape?kite baru first day sekolah.Takkan dah fikir pasal SPM kut?", Qasrina menjawab.Memang tidak di nafikan,setiap kali teringatkan peperiksaan SPM yang bakal mereka hadapi,perasaan gementar pasti akan datang bertandang.

"Ish,ade ke situ pulak kau ni?bukan lah.Aku takut kalau cikgu yang gantikan cikgu Zakuan tu nanti bukan yang sekepala dengan kite.Dan tak sama macam cikgu Zakuan.Tu yang aku takut", wajah gusar di wajah Lyn memang jelas kelihatan.

"Kenapa?sebab nanti kau tak boleh nak mengelat dari hantar kerja sekolah lambat?", tebak Lia.

Qasrina ketawa kecil diikuti dengan Lia.

"Amboi..suka nya korang mengata aku.Bukan lah,tapi..hish,entahlah..sukar nak di share kan", Lyn memuncung.

**bersambung di bab seterusnya**

Love you,Mr Add Math!Where stories live. Discover now