"Awak.."

Pantas dia terus berpaling memandang Ilya Nasuha yang sedang menggeliat. Mukanya serta-merta berubah resah kerana merasa bersalah kerana telah membangunkan gadis itu dari lenanya yang panjang. Bibir bawahnya diketapnya perlahan. Jika Zariff Isaac tidak membuat muka seposen sebentar tadi, tidak lah dia bantai ketawa seperti sekarang ini.

"Kita dah sampai mana?"

"Tidurlah. Jauh lagi, Ilya."

Ilya Nasuha pantas sahaja mengangguk kepala tatkala mendengarkan kata-kata darinya. Mata bundarnya itu kembali dipejamkannya semula. Walaupun dalam keadaan mamai, dia sempat merasakan seperti ada tangan yang sedang mengusap lembut kepalanya. Sungguh lembut hingga dia kembali terbuai lena. Tidak selang beberapa minit, dia sudah kembali dengan lenanya di bahu remaja lelaki itu.

Rasa gemuruh jiwa semangat membara dari puncak kini ke angkasa itu cuba dikawal oleh Isyraf Nazran. Please hati jangan nak happy sangat. Please jantung jangan nak berdetak hebat. Bibir merahnya sedari tadi hanya mengukirkan senyum tatkala mengenangkan mereka berdua. Telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar itu dikeluarkannya pula. Camera diterbalikkan bagi menghadap muka.

"Klik!"

Satu gambar diambil.

Dia kembali mengukir senyum.

'Ilya Nasuha.'

Sedangkan ketika tidur pun gadis itu masih cantik dan mampu menggoyahkan hatinya. Ke orang angau sahaja yang usually akan rasa perasaan seperti ini? Gallery dibuka pula. Folder Isya ♡ gabungan antara nama mereka berdua di buka dan terpampang banyak gambar mereka. Gambar yang diambilnya secara curi pun ada. Gambar mereka yang berada di IOI hari itu ditatapnya lama. Sedar tak sedar, gambar itu telah dikucupnya.

'Tak dapat cium tuannya, cium gambar pun jadi lah.'

Ya, satu hari nanti gadis ini akan menjadi miliknya. Secara sah dan bukan diatas kertas sahaja. Akan dikhawini dengan akad nikah. Lafaz dari aku suaminya, Isyraf Nazran yang macho lagi hensem bergaya. Walawehh, jemput datang wedding aku nanti oi.

Telefon milik Ilya Nasuha yang berada di atas beg yang diribanya tiba-tiba sahaja berdering. Dia lantas sahaja mengalihkan pandangannya ke arah telefon bimbit milik gadis itu. Tertera nama Iman Naim di ruangan pemanggil.

Patutkah dia menjawab panggilan itu? Haaaa, hendak menjawab atau tidak? Kalau anda di tempat Isy sekarang ini, anda lebih rela menjawab atau pura-pura pekak dan tidak mendengarkan panggilan itu? Tapi bagaimana jika ada hal penting yang hendak diberitahu oleh Iman pada adiknya? Jadi ada baiknya untuk dia jawab, bukan?

'Isy minta izin tolong jawabkan panggilan ni ya Ilya sayang!'

Telefon bimbit milik gadis itu segera dicapainya lalu talian bersambung.

"Hello, assalamualaikum dek." Ucap Iman Naim. Nada suaranya jelas sekali girang tatkala adiknya menjawab panggilan darinya. Dia sejujurnya sudah rindu walaupun adiknya itu tidak sampai beberapa minit lagi meninggalkan dirinya bersama mama dan ayah mereka.

"Hello , waalaikumussalam."

Iman Naim terkedu. Telefon bimbitnya itu dijauhkan dari telinga lantas ditilik skrin telefon bimbitnya yang sedang bercahaya itu dengan penuh tanda tidak percaya. Adakah itu adiknya si Suha? Kenapa suara adiknya itu garau semacam sahaja? Tidak mungkin dia tersilap mendail nombor sebentar tadi?

Skrin telefon bimbitnya itu ditenung lagi dan lagi untuk kepastian. Ya, nama adiknya di ruangan pemanggil. Weh mana mungkin adik aku ada keturunan atau genetik sajat! Takkan adik aku dari Ilya Nasuha akan bertukar jadi Ilyas Naseer?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now