Suami aku,Boss aku #2

145K 4.3K 110
                                    

Hawa melangkah ke bilik itu dengan penuh debaran. Masuk sahaja didalam bilik itu. Kesunyian menyelinap di segenap ruang bilik itu. Hawa terkaku sebaik sahaja wajah kacak milik Merwin beralih kepadanya. Merwin bersyukur sebaik sahaja matanya melihat gadis cantik itu lagi selepas kejadian di bawah tadi.

'Alhamdulillah... ni la orang tua cakap... kalau jodoh, tak kemana.. haha! 'Bisik hati Merwin sambil tersenyum lebar sampai ke telinga.

"Awak? "Hawa terkejut.

"Maaf! Encik ni boss baru syarikat ni ke? "Hawa terlepas kata memanggil dengan panggilan awak. Lalu dia memintal-mintal tudungnya itu.

"Kalau bukan... "Merwin sengaja menafikan.

"Kalau bukan,habis tu encik ni siapa tolong jangan masuk bilik ni sesuka hati! Boleh?.. sekarang saya minta encik keluar dari bilik ni sekarang juga!"mimik muka Hawa bertukar dan agak tegas pintanya lalu menuding jari ke arah pintu.

"Perlukah saya buat tu sedangkan Papa yang suruh saya masuk bilik ni... jadi awak nak buat apa? "Merwin sekali lagi berjenaka dengan Hawa. Terpampang wajahnya dengan senyuman nakal itu.

"Jadi... Dato' Ka - Kamal itu papa awak " Hawa lagi bertambah cuak.

Dia telah menghalau anak kepada CEO Syarikat Fajar Holdings. 'Masak la kau, Hawa.... '.Hawa segera tunduk lalu meminta maaf kepada Merwin.

"Ye... saya anak kedua Dato' Kamal. Saya Danish Merwin. Hello sweety... " Merwin berkata sambil menyelak rambutnya. Terserlah ke'poyo'an dirinya itu.

Hawa menutup mukanya kerana terlalu malu dengan panggilan Merwin yang dikenakan ke atasnya. Lalu dia kembali menyusun katanya semula.

"Encik boleh tak jangan buat saya macam ni? Saya ni P.A Encik sahaja. Lagipun saya hanya jalankan tugas saya, saya tak suka kalau sesiapa yang berfoya-foya. Pejabat ni bukannya tempat main-main. "Hawa membuka katanya dengan amaran dan nasihat.

"Ouh.. okay okay. Alah saya bukannya macam papa. Jadi tenang je. Saya sebenarnya dah masuk ke pejabat dah masuk tiga hari. Lagi dua hari tu tanpa P.A. Jadi tak sangka pulak hari ni dapat P.A garang macam singa. " Merwin bercanda.

'Tulah Hawa kau ni garang sangat. Tengok dah dipanggilnya singa. Takpelah ,maafkan jelah. Lepas ni dia mesti fokus tentang kerjanya' Hawa hanya berbicara didalam hati.

Sudah lama Merwin memandang Hawa yang agak lama termenung. Entah sampai kemana lamunan itu pergi. Malaysia ke Amerika Syarikat ke?.Merwin membuka kata bagi memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Sebelum saya nak buat kerja ni, haus pulak tekak saya. Boleh tolong buatkan air untuk saya tak? " Merwin meminta kepada Hawa. Hawa agak sedikit tersentak.

"En- encik nak apa tadi? 'Sorry'lah saya tengah blur tadi! "Tergagap-gagap menyatakannya.

"Boleh tak awak buat dekat saya air. Sebab... tekak saya ni dah hausssss? "Merwin bertutur satu persatu perkataan tersebut tanda mengejek. Merwin hanya tersenyum sinis.

"Bo-boleh boleh!heee! "Hawa memunjukkan barisan gigi putihnya sambil langkah diatur menuju ke pintu bilik pejabat.

Hawa mengacau air sambil berfikir ....

'Ouh... jadi dialah anak kedua Dato' Kamal.... tapi kenapa dia yang jadi CEO baru syarikat ni?'Hawa musykil lalu berhenti mengacau air itu.

"Sudahlah Hawa, bukan urusan kau... dah dah kang tak pasal-pasal kena lagi dengan Encik Merwin tu. " Hawa hanya bersembang sendirian.

Ni kalau ada orang tengok dia bercakap sendirian macam tadi. Esok tu dah tentu tak datang kerja sebab demam !Diingatkan si Hawa tu sedang bercakap dengan makhluk ghaib.

Hawa membasuh sudu selepas mengeluarkan sudu tersebut daripada cawan. Lalu dia lantas mengambil cawan tersebut dan mengatur langkah ke bilik CEO yang baru itu.

"Nah, Encik Merwin. " Hawa mempelawa Merwin dengan kopi yang dibuatnya.

"Umm..sedap! Hawa... jangan panggil saya Encik Merwin boleh tak? Panggil je Merwin... gelaran encik tu membunuh saya, lagipun tak sesuailah dengan saya yang hensem, tinggi dan berkerjaya macam ni dengan panggilan encik tu. Kita santai-santai aje janji semuanya selesai! Betul tak? " Merwin berkata, sempat lagi puji dirinya hensem dan bla bla bla.

"Encik Merwin, awak kalau dah jadi boss tu mestilah tegas sikit. Macam mana nak ketuai perbincangan kalau tak tegas.Nanti orang lain ingat yang awak ni tak bersungguh-sungguh, tak serius dalam menjalankan tugas. "Hawa dalam keadaan risau.

"Tak apalah kalau awak macam ni, lebih baik awak sambung kerja awak dulu. " Merwin merajuk.

Hawa pula sudah melangkah sebaik sahaja Merwin menyuruhnya pergi menyambung buat kerja. Hawa melabuhkan punggungnya dan kelihatan wajah mulusnya itu beriaksi gelisah dek kerana telah mengecewakan Merwin.

'Apa kau buat ni Hawa... sekali lagi... Hish.. kau dah tahu dia tu bukan Dato', bukan seperti papanya kenapa kau nak suruh dia jadi macam papanya. Dah tentulah orang berdarah muda, takkan nak ikut rentak orang tua. Kau kena lah percayakan boss kau tu! ' Hawa mengomel dan menyalahkan dirinya.

'Dah think positive ' !!mungkin dia akan fokus pada jawatan yang disandangnya sekarang! ' Sambung Hawa lagi.

Hawa melakukan tugasnya dengan tenang selepas menghirup air kopinya itu.

"Haish kenapalah dia tak pujuk aku ni! Main dia keluar macam tu je! Bukan nak pujuk kite ni. Haish malu pulak aku kena tegur dengan pekerja sendiri. Boss tak tegas... eleh aku bukannya papa. Muka hensem, tinggi, berkariabiliti macam aku lepastu garang... tak masuk,tak masuk... dah la baik aku sambung. Banyak lagi yang perlu aku sahkan. " Merwin mengeluh.

Telefon Merwin berdering..siapa yang telefon dia time dia tengah sibuk macam ni.

"Hello, Assalamualaikum, Ma. Ha kenapa?

"Win, Mama dan papa dah sampai ke lapangan terbang ni. "

"Mama ,papa buat apa kat sana?Nak jemput siapa? "

"Bukan..Mama nak pergi Texas. Abang kamu. Kan dia nak graduate dua hari lagi. So, Mama nak kamu tolong jagakan si Izz tu ye. Dia sekolah. Mama nak dia ikut tapi Papa tak bagi. "

"Kenapa tak bagitau dekat Win awal-awal "

"Kamu kan terus je pergi kerja... sarapan pun tak, apa pun tak terus je keluar. Tak sempat Mama nak cerita kamu dah keluar. "

"Takpelah... cakap congrats dekat Along nanti. Hati-hati kat sana. "

"Okay.Jaga rumah and jaga adik kamu elok-elok. ASSALAMUALAIKUM "

"Okay. WAALAIKUMUSSALAM. "

Tuuuttt ~[panggilan tamat]

#support me plisツ
If love this story... plis ⇩
★Like ★share ★coment
#komen ada amat membantu ♡
#cabut dulu

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now