"Okay cikgu!" Pelajar perempuan itu sudah menganggukkan kepalanya tanda faham. Selepas ini, misi mengerahkan diri bagi mencari seramai 20 orang ahli pasukan unit beruniform kadet polis akan dilakukannya dengan segera.

"Oh sebelum saya terlupa, hari rabu nanti saya akan beri surat kebenaran ibu bapa."

"Ada apa-apa lagi yang kamu semua hendak tanya pada saya?"

Puan Aminah memandang setiap figura pelajarnya itu dengan renungan helang yang sedang menjamah mangsa. Siapa pelajar yang berani hendak berloyar buruk tentang isu perkhemahannya itu dengannya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk membidasnya dengan sarkastik. Kelihatan pelajarnya itu masing-masing hanya senyap dan tidak berbicara.

"Tak ada apa dah kan? Okay semua boleh naik ke kelas. Terima kasih!"

Puan Aminah terus sahaja berlalu pergi lantas meninggalkan tapak perhimpuan itu. Langkah kakinya lebih selesa untuk menuju ke bilik guru. Dia harus menyelesaikan kertas kerja tentang kem perkhemahan yang bakal berlangsung itu.

Tangan halus milik Ilya Nasuha kini diangkat lalu ditopangnya dagu runcingnya itu. Retina mata bundarnya itu kini sedang membuang pandang pada papan putih yang berada nun jauh di hadapannya. Entah kenapa, dia rasa sungguh tidak bermaya pagi ini.

'Haih, letihnya.'

Ini sudah tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh hal semalam. Masakan tidak, dia hanya sempat melelapkan matanya saat jarum jam sudah ke angka 4 pagi kerana pulang sahaja ke rumah sudah pukul 3 pagi. Ini semua gara-gara si romeo juliet itu yang mengajak dirinya berlibur bagai tiada hari esok.

Sedang dirinya leka termenung, ekor matanya sempat menangkap sosok tubuh Isyraf Nazran yang berada di muka pintu kelas. Dari remaja lelaki itu mula menapak masuk ke dalam kelas 1-4 sehingga dia melabuhkan duduk pada kerusinya. Riak wajah remaja lelaki itu tampak bersahaja sekarang ini. Mungkin egonya sedang baik tika ini, andainya.

'Tapi, Isy masih marahkan aku ke?'

'Dia taknak berbaik dengan aku ke?'

'Betul ke Isy nampak aku semalam?'

Isyraf Nazran mengerling Ilya Nasuha yang berada di sebelahnya itu sekilas. Nampak tidak bermaya sungguh gadis itu hari ini. Perlukah aku ucap mengucapkan kata maaf kepadanya? Hatinya kini sudah mula berbelah bahagi sama ada mahu berbaik semula atau dingin seperti selalunya.

Ilya Nasuha pula sudah tidak senang duduk. Mengapa tiba-tiba sahaja Isyraf Nazran merenung dirinya lama? Apa yang difikirkan oleh remaja lelaki itu sekarang ini? Pandangan remaja lelaki itu terhadap dirinya makin membuatkan dia sedikit resah. Segera buku latihan Matematik itu diselaknya, pura-pura sedang menyibukkan diri.

Isyraf Nazran turut melakukan perkara yang sama. Dikeluarkan buku latihan matematik miliknya lalu diletakkan di atas meja. Dengan sekali tolakan, akhirnya meja mereka berdua bercantum. Kenapa perpisahan sementara mereka itu bagaikan terasa jauh umpama terpisahnya Adam dan Hawa di atas muka bumi?

Untuk pengetahuan semua , kelas ini kedudukan meja mereka seperti sewaktu peperiksaan berlangsung. Pelajar akan duduk bersendirian di meja mereka. Alone and lonely. Mungkin cikgu kelasnya itu mahu pelajar di kelas ini berdikari dan belajar mengikut kemampuan diri?

Kalau meja dirapatkan, tak ke nanti engkau bantai membawang dengan partner tablemate kau waktu cikgu sedang mengajar di hadapan? Itu sebabnya sel-sel otak tidak berhubung dan negara mundur 42 tahun ke belakang. Tapi budaya sebegini hanya dapat dilihat di sekolah kluster ini.

Ilya Nasuha sudah terkedu dengan tindakan remaja lelaki itu. Mengapa tiba-tiba sahaja remaja lelaki itu mencantumkan meja mereka berdua? Dan mengapa remaja lelaki itu seakan tidak mengendahkan sahaja pandangan rakan sekelasnya terhadap mereka berdua?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now