Dalam Diam Aku Cinta Ustaz (DDACU) Part 1

Start from the beginning
                                    

Kadang kadang Daira rasa menyampah. 

Daira menutup mata sambil melayani imaginasi dalam pikirannya hingga terlelap .

"Status awak sekarang ini apa ? " Syakqif senyum nakal .

"Erm .. Single . Hihihik" perempuan itu menutup mulutnya sambil ketawa dengan gaya yang menggoda.

"Single laaaa kawan kau ni..." Syakqif mencuit bahu Daira yang sedang membelek buku novel kegamarannya yang

terhangat dipasaran .Daira memasamkan mukanya kerana Syakqif mengacau dia melayani novel.Daira

membuat endah tak endah sahaja . Syakqif mencebik kerana tidak dilayan.

"Dia memang macam tu " kata Syakqif.

"Haha , Comelkan sifat dia . " Iya sahaja seorang perempuan itu.

"Comel ? Comel awak lagi " Syakqif mengenyitkan mata .

"Heeeehe " Pipi perempuan itu merah bagaikan terkena air panas .

------------------------------------------------------------------------------------------------

Clink.. clinkk... clinkk ...

Daira bangkit dari tidur.Jam pikachu yang terletak dimeja bulatnya telah pukul 6.00.

Aira teringat akan mimpi itu.

"Kenapa aku rasa annoying mimpi tu ? "

"Haha , bajet gila syakqif dalam mimpi tu " Daira menahan gelak apabila teringat mimpi dia yang

mengerikan itu .Daira mengambil gadjet ipad kesayangan dia yang berada diatas meja bulat .

Dia mendialkan nombor Lea.Nombor yang dicari carikan itu akhirnya telah dijumpai.

Aku sayang kauu ohh tapi maluuukuu......... (RINGTONE LAGU )

"Woi apa dia Daira ? " Lea bersuara .

"Assalamualaikum .Ada orang nak jumpa kau "

"Sapa diaa pulaq dahhh .Heh " Lea mengeluarkan nafas yang berat.

"Lelaki ......... " Aira belum sempat menjelaskan perkara itu . Nyilea memotong line untuk bercakap

"Laki mana laki mana ? Wow, Ajak dating kaa . Syok nya . Kumpulan artis kpop ke?" hati Lea bagaikan aiskrim dibawah matahari yang terik .

"Bukan Korea tu lah.Nama dia Syakqif. Dia memang handsome pun. "

"Ok! Pukul 9 jumpa kat restauran mahal k ! "

"Eh jangan tutup phone bongok . Restaurant ? Takpayah . Kat kedai makan Ali Mamak je " Daira saja membuat perancangan sendiri.

"Dia suruh kat situ ke ? eww "Lea terasa geli.

"Dia kaya."

"Oh. OK!!! Aku siap sekarang juga. " Lea sudah tersenyum kambing menunggu untuk berjumpa laki itu. Siapakah laki misteri itu? Ah, i love you jejaka misteri!

"Ceh, tak sabar nampak."

Tup...Tup..tup....

Daira senyum sinis. Tidak sabar menantikan situasi Syakqif yang bakal lalui . Seorang perempuan yang tahu makan duit lelaki! Padan muka kau Syakqif . Kah!kah!kah! ..Daira mencari nama Syakqif dipaparan skirn ipad nya.

Lalu dia menghantar mesej yang bertaipkan berikut.

-----------------------

Salam.. jumpe awerks

kau kat kedai mamakss .

dia yang nurckk situ..

-Syakqif GILE -

------------------------

Selesai sahaja dia hantar mesej itu , dia mengambil towel untuk pergi mandi.Takut dimarah Syakqif

akibat terlewat. Selesai sahaja mandi , dia mengambil wuduk dan sembahyang .

"Allahuakbar "

.............

.............

"Assalamualaikum warahmatullah..."

"Assalamualaikum warahmatullah..."

"Bismillahirahmanirahimm... Yazii tu lllahu syarikallahu.. "

"Sadakallahuazimmmm.. "

Daira mencium al quran sebanyak 3 kali. Al quran yang bersaiz kecil itu teringat akan

pesanan ibu dia.Air mata menitis berapa kali .Daira memegang erat al quran yang diberi oleh

ibu dia itu . Dia teringat arwah ibunya itu pada dulu.

"Daira , bila ibu tak ada nanti siapa yang hendak bacakan al quran untuk ibu ? " Ibunya yang sedang melipat kain itu bertanya pada Daira . Wajahnya tampak muram.

"Daira lah " seorang budak perempuan yang bermain anak patung itu menjawab persoalan ibu dengan tanpa berfikir .

"Ibu sayang Daira . Ibu harap Daira dapat membantu ibu dalam kubur nanti " Ibu Daira mengesat air matanya .

"Ibu ? Kenapa menangis .. ? " Daira terhenti bermain apabila kedengaran ibu tersedu . Dia pergi ke atas riba ibunya itu.

"Kakak tak paham la.Ape yang ibu cakap ? " Daira mengaru kepalanya yang tidak gatal itu .

"Apabila Daira sudah besar panjang, Daira akan faham ya..Terima kasih kerana  sayang ibu . Ibu maafkan Daira dengan hati yang ikhlas sepanjang Daira buat kesalahan . Bagi ibu , apa yang Daira buat kesalahan itu tiada apa makna bagi ibu.Ingat Daira , lepas ibu tak ada , jangan lupakan ibu ya . Selalu doa tau.Selepas ibu  tak ada , yang atas akan tengok Daira dan jaga Daira selamanya. . "Ibu Daira terhenti seketika perbualan dia antara Daira.Daira pelik akan perbualan mereka itu .Pada masa itu , Daira masih budak dan tidak tahu apa apa.Lantas ibu bangkit dari tempat anaknya bermain lalu dia menuju ke arah bilik solat . Ibu Daira seperti mahu mengambil sesuatu.

Daira menyambung kembali bermain dengan patung itu .

Ibu Daira kembali dengan membawa sebuah buku bersaiz kecil dan berwarna merah jambu itu lalu duduk disisi Daira .

"Ini untuk Daira " Ibu daira menghulurkan buku itu kepada Daira .

"Terima kasih! Cantiknya.Tapi apa ini? " Daira senyum walaupun dalam kebingungan.

"Al quran .Jaga al quran ini baik baik .Selepas ibu tiada , bacalah al quran ini sebagai tempat untuk meluahkan rindu pada ibu ya . " Ibu Daira tersenyum pahit melihat Daira yang tidak tahu apa itu Al Quran . Dia berharap suatu hari nanti Daira dapat membimbing diri Daira kepada akhirat.

Daira mengukir senyuman  manis .

"Terima kasih ibu. " Daira  mengucapkan terima kasih.

Nadaira mengambil Al quran itu lalu bergegas bangkit dan pergi ke tempat simpanannya untuk disimpan.


Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now