BAB 10

4.2K 208 3
                                    

Aku balik ke bilik selepas dihantar prof Daniel dan Farah tiada di bilik ketika aku masuk. Telefon yang berdering dari tadi akhirnya aku angkat. Panggilan dari Khasif.

"Ye, kenpa? Tak berhenti call. Farah ada dengan kau ke tu? Duk dating ke tu? Kau ni tak baik call perempuan lain masa dating." Namun, Khasif hanya mendiamkan diri. Aih, dia ni. Call aku tapi tak cakap.

"Kau dah balik?  Apa benda kau cakap dengan Prof masa makan tadi?" Aku mengerutkan muka sedikit. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

"Herm, aku dah balik ni. Apasal kau nak tahu pulak apa yang aku cakap dengan prof tadi? busybody... Farah ada dengan kau ke tu?" Aku mengulang sekali lagi tadi.

"Aku dengan Farah....broke up..." Serentak dengan itu, Farah masuk ke bilik dengan linangan air mata melihat aku.

"Aku call kau balik, beb. Bye." Aku menutup telefon dan memeluk Farah yang merapati aku. Aku cuba menenangkannya dengan menepuk belakangnya.

"Kitorang break up.... kau bebas nak couple dengan dia." Dia melepaskan pelukan dan bersila di atas katilnya.

"Aku tak tahan dengan perangai dia. Date asyik sebut nama kau. Aku salahkan kau pasal ni, kalau kau tahu dia mcam ni kenapa kau cuba rapatkan aku dengan dia dulu?" Aku diam mendengar luahan Farah.

"Kau suka Khasif betul tak?" Aku tidak menjawab soalannya. Farah menarik nafas panjang. Malam itu kami tidak bercakap sesama sendiri. Aku rasa akward dan tak tahu apa yang hendak dibualkan. Aku tahu yang aku harus memulakan langkah pertama dengan mencari tahu apa yang berlaku kelmarin. 




Sesudah saja kelas, aku menarik tangan Khasif ke belakang bangunan. Aku merenung Khasif sehingga dia merasa malu.

"Aku nak tahu apa dah jadi dengan kau dengan Farah. Apa maksud kau kau broke up  dengan dia?" Khasif senyap seketika, dia berpaling ke tepi dan memandang semula aku di depannya.

"Couple dengan aku." Aku terkejut mendengar suaranya. 

"Kau jangan nak bergurau Khasif. Aku tak suka lawak kau." Aku cuba pergi dari situ tapi, Khasif pntas mengenggam tangnku menghalang aku pergi.

"Aku tak bergurau, aku tak rasa apa yang aku rasa dengan kau bila aku dengan Farah. Dengan Farah, aku rasa serius, pura-pura. Bila dengan kau, aku boleh jadi diri aku sendiri dan rasa hepi." Aku melepaskan tanganku dan menekup mukaku.

"No, kau tak boleh macam ni, Farah kawan aku, kalau kau cakap macam ni macam mana aku nak berdepan dengan Farah nanti." Aku mula takut hubungan aku dan Farah akan renggang disebabkan lelaki.

"Aku tolong kau damai balik dengan dia nak tak?" Aku tiba-tiba usulkan cadangan. Khasif merenung aku tajam.

"Antara aku dengan Farah, siapa lagi penting? Kalau kau damaikan aku balik pun, perasaan aku tetap sama, aku nak kau. So mana yang lagi penting?" 

"Jangan sruh aku pilih. Kau dengan Farah sama penting bagi aku." sakit kepala aku tiba-tiba memikirkan hal ini, tapi jauh di sudut hati aku merasa gembira mendengar Khasif inginkan aku.

"Aku pergi dulu, aku nak fikir dulu. banyak benda yang masih tak selesai." Aku meninggalkannya sendiri yang masih lagi termenung.



Dayyan mengejutkan aku yang masih leka termenung di meja perpustakaan. Aku memberinya senyuman kecil dan Dayyan duduk di sebelahku.

"Termenung jauh nampak, fikir apa tu? Fikir saya ke?" Aku tersenyum lagi mendengar gurauan Dayyan. Kesian Dayyan, aku harap aku boleh jatuh cinta pada dia, tapi aku tak boleh.

"Dayyan, pasal hari tu, saya rasa...." Dayyan merenung aku. Dia sangat-sangat menanti perkataan ya dari aku.

"I think i...can't." Aku melihat Dayyan lagi. Risaunya aku jika dia kecewa walaupun aku tahu dia memang kecewa sekarang ni. Dayyan senyum dan ketawa kecil. Akhirnya, dia menghembuskan nafas berat.

"Takpelah, saya tahu tu. Awak suka dia berbanding saya. Saya je yang memaksa awak menerima saya." Aku mula rasa amat-amat bersalah.

"Tapi, boleh kita jadi bestfriend? Saya cukup senang berada di sisi awak. Saya harap sangat saya jatuh cinta pada awak." Aku nampak Dayyan tersenyum pahit.

"Mestilah, kenapa tak. Saya pun suka berada di sisi awak. Sebab tu la saya..jatuh cinta pada awak. Tapi tolong jangan cakap awak harap jatuh cinta. Jangan beri saya harapan." Dayyan menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut lambat dalam keadaan sedikit bingung. Kenapa tangan?

"Kita, sahabat selamanya." Kata Dayyan sambil tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Fuhh, satu masalah selesai. 



Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now