BAB 4

4.6K 225 8
                                    

Hari berikutnya kecoh satu fakulti kononnya aku mendapat bunga dari secret admirer. Panas dan merah mukaku apabila asyik ditanya tentang siapakah secret admirer itu? Apakah perasaan aku ketika mendapat bunga yang bayak itu? Haih, dah macam artis popular lak aku rasa. Wartawan ada di mana-mana sedia mencari berita sensasi.

Yang perempuannya sibuk mengatakan kepadaku kerana mempunyai secret admirer, betapa bertuahnya aku mendapat bunga carnation merah yang membawa maksud yang mendalam itu.

Lelaki pula ada yang gembira bagi pihakku. Dan ada juga yang mengeluh kerana ssebenarnya mereka turut meminati aku dalam diam. Tapi, bila terjadinya perkara seperti ini, mereka merasakan mereka telah kehilangan peluang mengorat aku.

Aku cuma diam tersenyum. Bimbang jika dianggap over terlebih pula sedangkan siapa pengirim bunga juga belum aku ketahui. Buat masa ini biarlah aku mengunci mulutku dulu daripada memberi sebarang komen. Ceh, ayat betul-betul dah macam artis popular menjawab soalan sensasi daripada wartawan kepoh.

"Sukalah tu dapat bunga dari siapa entah. Entah mamat stalker mana entah cuba nak main-mainkan perasaan engkau." Aku menjeling Khasif yang melemparkan bom mulut jahatnya ketika kami menunggu kehadiran pensyarah.

"Yang kau nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Yang dapat bunga ni si Adellia, bukannya kau. Apa kau jealous ker?" Gayah, sorang daripada calssmate aku yang terkenal dengan mulut lantangnya. Tapi, hatinya baik sekali.

"Alah, kau diamlah Gayah. Aku risaukan Adellia je. Tak ada pasal aku nak jealous bagai. Kitorang dua ni kan best friend sejak kecik lagi. Memang patut pun aku risau." Jawapan Khasif sedikit mengecewakan aku. Kenapalah tak ada sedikit perasaan jealous dalam hati kau untuk aku, Khasif.

"Aku bukannya apa. Muka kau tu masam semacam je bila orang kecoh-kecoh bila Lia dapat bunga. Patutnya sebagai bfffffnya, kau tumpang gembira, bukan tumpang masam. Ke kau ni datang bulan, Khasif?" Aku serta classmates yang lain ketawa mendengar soalan lawak Gayah tentang datang bulan.

Kelas bersurai dan kembali diam apabila melihat Prof.Daniel masuk ke kelas. Dia memulakan kelas seperti biasa hari ini. Ketika kami ralit menyalin nota, Prof.Daniel tiba-tiba naik ke tempat dudukku.

"Amboi, sukalah tu dapat bunga carnation banyak-banyak macam tu. Muka tu tak berhenti senyum dari tadi." Aku mengangkat muka prlahan-lahan melihat profesor hensem di depanku. Aku menjadi agak segan kerana tidak menyangka berita ini turut sampai ke telinga pensyarah di sini.

"Agak-agak korang semuakan, mesti yang bagi bunga tu kayakan. Sebab biasanya bunga carnation ni agak mahal jugak. Jadi bini kaya la adellia nanti." Yang lain mendengar memberi sorakan kepadaku apabila disebut tentang bini kaya.

Aku dapat melihat jelingan di hujung mata Khasif. Ni apa pasal pulak ni masam semacam ni? Jangan-jangan betul tak dia datang bulan hari ni? biasanya Khasif ni happy go lucky setiap hari.

Selesai kelas aku mengejar sedikit langkah Khasif yang agak laju dari kebiasaan. Selalunya dia akan menunggu aku dan kami akan keluar dari bilik kuliah bersama-sama.

"Adellia, awak tak datang berjumpa saya hari tu. Bila agaknya awak free?" Aku berhenti seketika mendengar suara Prof Daniel.

"Sorry sir, but not today. Bye." Aku menyambung langkah mengejar Khasif tanpa mempedulikan suara Prof Daniel memanggil-manggil namaku.

Aku menarik kasar lengan Khasif apabila kami semakin dekat. Dia berpaling malas melihatku. Aku menunduk sedikit bagi menghilangkan lelah kejar-mengejar tadi.

"Khasif, kau ok tak hari ni? Ada masalah dengan Farah ke? Masam je." Dia diam sambil merenung aku. Lama kami menyepi.

"O..Of course la aku ada masalah. First, kau tak reply mesej aku kelmarin about setuju ke tak kau jadi doktor cinta aku. Maklumlah, orang dah ada secret admirekan? Second, disebabkan masalah bunga kau tu, dah berjangkit dengan Farah sekali." Aku menaikkan kening tanda tidak faham.

Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now