BAB 8

4.2K 197 0
                                    

Khasif Imran....

Aku tak fahamlah kenapa aku sakit hati gila bila Lia puji lebih-lebih Dayyan tu. Dia tak layak langsung nak couple dengan Lia. Kenapa aku rasa macam ni? Sakitnya hati... 

Mungkin aku benci dia sebab...hari tu aku dengan Farah terserempak Dayyan dengan ramai perempuan. Dia curang dengan Lia ke? Kata suka tapi apasal kena lepak dengan perempuan lain macam tu. 

Masa aku dengan Lia gaduh hari tu, bila je aku selisih dengan Lia, aku tak boleh tahan cara dia senyum bila tengok aku. Cara Dayyan senyum macam licik je. Dia ingat dia boleh menang dan dapat Lia macam tu jer? Aku tak mungkin kalah dengan lelaki macam dia.

Hari ni Farah ajak aku date lagi dekat bandar. Haih, perempuan ni. Aku dah la takde mood, dia ajak lagi keluar. Tapi, at least aku boleh tahu pasal Lia.

"Sayang, jom beli tshirt ni nak? Ada special utk couple la." Suara Farah menyedarkan aku balik. Come on, Khasif, fokus. Kau tengah date ekarang ni.

"Suka hati sayang la. Saya ikut je." Lepas je kata macam tu, aku terus tinggalkan dia yang masih lagi sibuk pilih tshirt couple tadi. Aku terus keluar dari kedai dan tunggu Farah kat luar pintu. Tak sangka, aku nampak Lia dengan mamat poyo a.k.a Dayyan tu bergurau senda dekat gerai ais krim.

Sakitnya hati bila tengok Dayyan menyapu mulut Lia yang comot sebab makan aiskrim. Ah, tak guna!!! Aku je boleh buat macam tu dekat dia. Aku ada hak buat macam tu sebab akukan....bestfriend dia. Ya, sebab aku bestfriend dia. tak tahan tengok kemesraan diorang, aku masuk kembali ke dalam kedai dan mendekati Farah

 "Awak tak cakap pun yang Lia keluar dengan Dayyan hari ni." Aku menegur Farah yang kini beralih ke bahagian seluar pula. Dia berhenti daripada memilih dan berpaling kepadaku.

"Sayang, sayang ingat saya ni mak dia ke? Mana la saya tahu yang dia ada date dengan Dayyan hari ni. Dia tak ada cerita pun. Lagipun, biarlah dia keluar. Sebelum ni, asyik duduk dalam bilik je walaupun cuti hujung minggu." Farah kembali memilih seluar.

"Dia ada beritahu ke dia nak balik pukul berapa? Pukul berapa dia keluar tadi?" Aku nampak Farah mula serabut dengan pertanyaan aku.

 "Khasif, kalau u risau sangat, kenapa tak call ke msej je dia. Biar je la dia nak date dengan sapa-sapa pun. Yang u gelabah tak tentu pasal ni kenapa? U ingat, u boyfriend I tau, bukan Lia." Farah menuju ke kaunter untuk membayar meninggalkan aku yang merasa agak bersalah.

Aku keluar ke gerai Cool Blog di depan kedai baju dan membeli air chocolate untuk Farah. Baru sahaja ingin beredar, aku masih melihat Dayyan dan Lia yang masih lagi menikmati ais krim.

"Air mint satu ye. Tolong bagi pada perempuan yang makan ais krim tu bila dia lalu nanti. Terima kasih." Aku pergi kepada Farah yang menunggu aku di depan kedai tadi.

"Nah sayang. Sori, rasa pening sikit la hari ni. Lain kali kita keluar lagi k. Ganti hari ni yang rosak." Farah mengambil air dan hanya tersenyum sahaja. Kami kemudiannya balik semula ke kolej dan aku duduk di kerusi selepas menghantar Farah masuk.

Tidak lama kemudian, aku melihat Lia dan Dayyan yang bercakap-cakap. Rasanya Dayyan pun menghantar Lia balik kut. Lewatnya balik diorang ni. Ke ada apa-apa yang si Dayyan rancangkan.

Aku berjaya dimaafkan Lia atas sikap busybodyku. Tapi, aku tak tahu kenapa bila sahaja Lia menyebut nama lelaki itu, banyak sahaja soalan yang akan keluar. Aku pasti Lia semestinya serabut dengan perangai aku. 

Tapi, kenapa Dayyan luahan perasaan luka dia kat Lia. Kenapa aku rasa macam ni? Rasa sedih, berat, rasa seperti aku kehilangan Adellia. Aku tengok muka Lia happy je bila cakap pasal Dayyan ni. Aku tak nak Lia terima perasaan lelaki tu. o, my answer is no, muktamad. Suka hati Lia la dia nak kata apa. Yang penting aku tak suka tengok Lia gelak-gelak dengan lelaki tu.

Walaupun aku pergi meninggalkan Lia dalam keadaan yang marah, dia langsung tak panggl aku. At least pujuk la. Apa-apa je la, sekurang-kurangnya, dia maafkan aku. Nak rebut Lia, hari lain pun boleh.

Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now