BAB 2

4.8K 236 2
                                    

Hari itu aku merasakan cukup letih untuk pergi ke kuliah. Ini kerana aku telah berjaga semalaman untuk menyiapkan assigment. Aku hanya tidur selama dua jam sebelum mandi dan bersiap untuk ke kuliah esoknya.


"Kau ok, Lia? Muka kau nampak pucat la. Kalau tak sihat tak payah pergi kelas la hari ni." Tegur Farah prihatin. Aku mengangguk lemah. Aku tidak akan sesekali ponteng kuliah.


"Oh ya, Khasif ada mesej aku semalam tau. Best betul la dapat cakap dengan dia. Sebelum nikan dapat tengok dari jauh je. Maklumlah orang popular." Aku terangguk-angguk lagi mendengar cerita Farah. Malas untuk memberi sebarang komen. Lebih-lebih lagi mendengar cerita yang menyakitkan hati.

"Good morning girls.." Baru sahaja sebut, tuan punya badan telah terpacak di depan kami. Senyuman Khasif menyilaukan mata aku. Tersenyum panjang Farah melihat kekasih hatinya berada di depan mata.

Aku melajukan langkahku apabila menyedari mereka berdua hanya berdiri di tengah jalan dan mula berborak antara satu sama lain. Mata bertemu mata, senyuman melebar manis, ayat dan cara bercakap pun bukan main lembut lagi. Dah, aku tak tahan lagi.

"Khasif, kau pergi dengan Farah je la nanti. Aku tak nak lambat ke kelas. Farah tak apalah, dia kelas start lewat sikit." Khasif mengangkat tangannya melambai kepadaku. Tapi, mata tetap melekat pada muka Farah.

Suka hati kaulah, Khasif. Untunglah Farah tidak sekelas dengan aku kerana Farah mengambil kursus yang berbeza daripada aku dan Khasif. Kalau tak seharian aku akan tengok mereka berdua melekat macam belangkas.

Aku menekan sedikit dadaku yang berasa sakit akibat bahang cemburu. Ini tak dapat dibiarkan. Kalau aku terus macam ni, tak mustahil aku akan membenci Farah. Aku kena relakan pemergian Khasif dari hidup aku.

Aku menapak masuk ke kelas. Nampaknya pensyarah subjek ni belum masuk lagi. Still ada masa untuk ulangkaji. Aku menguap lagi ketika membuka buku.

Mata yang hampir tertutup terbuka semula apabila aku terbau haruman minyak wangi Khasif. Minyak wangi yang selalu dia pakai dan minyak wangi yang buat aku selalu terbuai dengan dia.

"Ada apa pulak kali ni?" Khasif tersenyum manis tanpa mengeluarkan kata-kata. Tapi, aku pasti ada sesuatu yang ingin ditanyanya.

"Baru aku perasan, kalau ada masa kau selalu study. Kau dah dapat anugerah dekan setiap kali exam jadi kenapa still susah-susah nak belajar lagi?" Aku tidak menghiraukannya dan kembali menatap buku.

Aku study betul-betul supaya aku boleh keluar dari Malaysia dan pergi belajar luar negara. Aku nak stay jauh dari kau dengan Farah. Mustahil aku akan cakap macam tu depan Khasif jadi aku cuma pendamkannya dalam hati. Mata yang sedari tadi memberat mula tertutup perlahan-lahan dan....

Sebelum mata tertutup aku sempat melihat muka comel Khasif yang tersenyum manis kepadaku. Kalau ini merupakan mimpi, tolong jangan bangunkan aku.


"Nur Adellia Sophea!!!" Suara yang kuat tadi membangunkan terus aku dari tidur yang tak berapa nak lena. Kelihatan Prof Daniel berdiri sambil bercekak pinggang di depanku. Aku melihat sekeliling dan menyedari semua rakan kuliahku memandang dengan kehairanan. Sementara Khasif di tepiku pula membuat muka tidak bersalah. Eih, geramnya dia ni. Sah-sah tertidur masa kuliah ni. Tak guna kau Khasif, langsung tak kejutkan aku.

"Tolong tunggu lepas kelas. Saya tahu awak top student tapi please tertidur masa pensyarah mengajar sangat lah kurang adab." Aku hanya mengangguk menyetujui apa yang dikatanya. Walaubagaimanapun, ini kali pertama aku tengok dia semarah itu. Prof Daniel, pensyarah muda yang menjadi kegilaan ramai. Tapi bukan aku.

Selesai kelas, aku masih duduk di tempatku, menunggu sehingga pelajar lain keluar dari dewan kuliah. Kemudiannya, hanya tinggal aku berdua bersama Prof Daniel.

"Would you please get out of this class." Aku terkejut mendengar kata-katanya yang menghalauku keluar. Tadi cakap nak jumpa tapi sekarang suruh keluar.

"Bukan awak Adellia, tapi Khasif yang masih duduk di atas kerusi belakang tu." Aku memandang ke arah kerusi yang disebut oleh prof. Khasif tersenyum sinis memandang pensyarah itu.

"Tak sangka prof boleh perasan saya duduk dekat situ. Saya takkan keluar selagi prof tak habis cakap dengan Adellia." Prof Daniel mengeluh berat sambil menggosok kepalanya perlahan.

"Kau keluarlah dulu, Khasif. Aku ada nak bincang something dengan prof nanti. Lagipun bukan ke kau ada date dengan Farah ke?" Aku berasa kesian melihat Prof Daniel yang kelihatan tertekan mempunyai pelajar seperti kami.

"Oh ya ke? Boleh kau share dengan aku apa benda yang kau nak bincang dengan prof tu? Sounds private and confidential." Khasif menyilangkan tangannya dan memandang aku macam tak berpuas hati.

"Ergh, what is wrong with you? Susah betulla kau ni. Prof, nanti saya datang ke pejabat prof nanti." Aku berlalu dengan perasaan marah. Apa kena dengan dia tu? Apa yang dah terjadi masa aku tidur tadi? Rasa macam banyak benda yang aku tertinggal.

Suara Khasif yang meminta aku menunggunya tidak aku hiraukan. Sikapnya tadi yang kurang ajar dengan prof.Daniel membuat aku bengang. Aku berasa malu tadi di depan prof.

Belum sempat aku melajukan langkah, tangan Khasif menarik tanganku dan memaksa aku berpaling ke belakang menghadapnya.

"Apa? Apa dia? Lepaskan aku!! Kau tak berhak nak masuk campur urusan pelajaran aku tadi." Aku melepaskan segala yang terbuku di dada.

"Apa pasal pulak? Aku ada hak nak masuk campur dalam urusan kau. Sebab kau milik aku." Khasif pula membalas dengan nada yang sama tinggi denganku.

"Apa? Apa yang kau merepek ni? Aku milik kau?" Aku terkejut dengan pertanyaan Khasif tadi. dan nampaknya Khasif juga terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya.

Apa, apa yang sebenarnya terjadi ni. Aku menapak ke belakang perlahan-lahan lalu berlari ke dorm dan meninggalkan Khasif yang seperti orang kebingungan.






Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now