BAB 5

4.3K 213 3
                                    

"Cik Adellia, tunggu kejap!!" Ada tangan tiba-tiba memegang bahuku kejap. Terkejut aku dibuatnya kerana ketika itu aku dan Farah berada di sebuah pasar minggu yang berdekatan dengan kolej kami.

Keadaan yang bersesak-sesak dengan orang ramai membuatkan aku menjaga langkahku agar tidak terpisah dengan Farah. Malangnya aku tetap terpisah dengan Farah dan sekarang ini ketika dihimpit orang ramai, ada tangan asing yang memegang bahuku.

Perlahan-lahan aku berpaling bimbang penyeluk saku atau pencabul yang menegurku.Dia kelihatan penat dengan keadaan yang serabut itu lalu tangan aku ditarik keluar daripada kerumun orang ramai.

"Siapa awak ni? Saya kenal awak ke?" Sejujurnya aku berasa agak takut kerana dia begitu berani menarik tangan aku sedangkan aku sedikit pun tidak mengenali dia.

"Oh, sori lupa perkenalkan diri. Saya Dayyan, Dayyan Rifqi. Ni purse awakkan?" Dia menghulurkan beg duit yang berwarna pink di depanku.

"Ni beg duit saya... Macam mana boleh ada dengan awak pulak? And macam mana awak boleh tahu nama saya?" Aku merasa sedikit curiga dengan lelaki di hadapanku ini.

"Hahha...Jangan cepat menuduh ya miss Adellia. Awak tercicir ni tadi masa berjalan. Yelah dengan ramai orang macam ni tak mustahilkan beg duit pun boleh jatuh." Dayyan tersenyum lagi.

"Pasal macam mana saya boleh kenal awak tu...macam mana saya boleh tak kenal dengan perempuan comel dekat kolej macam awak ni. Pulak-pulak setelah famous dengan Mr.D."

Ok, ni amaran hati-hati, Adel.. Aku, comel? buat lawak ke apa ni... Lelaki mulut manis macam dia biasanya berbahaya. Jangan masuk perangkap. aduh, mana Farah ni.... Aku tak nak dekat dengan lelaki macam ni..

"Awak datang dengan kawan awak tadikan? Mustahillah nak cari dia dalam orang ramai-ramai macam ni. Mungkin dia dah balik kolej dah kut. Apa kata saya hantar awak balik, amacam?" Aku menjeling seketika Dayyan.

Tiba-tiba terdengar bunyi mesej dari telefonku, dari Khasif. Yes!!! Khasif please selamatkan aku dari mamat asing ni.

Hey, Lia. Aku cuma nak beritahu kau yang Farah dah balik kolej dengan aku ni. So, boleh tak kau balik sendiri? Bolehkan. Lgipun takkan kau nak kacau psangan tengah hangat bercinta ni kan? haha..

begitulah mesej yang dihntar Khasif kepadaku. Aku menggigit bibir geram dan kembali menjeling Dayyan yang berada di depanku ni. Should I trust him now? Memang la pasar malam ni dengan kolej aku dekat tapi...

"Saya cuba berkawan dengan awak ni. Sudi tak awak jadi kawan saya? Awak tak payah risau kaau berjalan dengan saya, Saya bukn boyfriend orang, and saya takkan buat apa-apa perkara yang tak elok yg bermain di fkiran awk skarang ni."

Muka aku menjadi merah. dia macam tahu je apa yg aku fkirkan sekarang. Aduh, malunya Lia!!!! Ok, mungkin tak salah mulakan sebuah jalinan yang dikatakan persahabatan. tpi, kalau dia ada buat-buat apa-apa yang tak elok, siap la kena karate dengan aku.

"Ok, saya jalan balik dengann awak. Tapi bukan sebab suka ke apa tau, saya takut kalau awak jalan sorang-sorang nanti nangis pulak sebab sunyi. jangan salah faham tau!!!!" Demi mengelakkan dia lihat muka aku merah sekarang ni, aku segera berjalan di hadapan meninggalkan dia.

"Oklah, princess. kejap la Adell. kata nak balik sama." Dia mempercepatkan langkahnya mengejar aku yang semakin jauh di depan.



Keesokan harinya, aku bersama-sama Khasif baru shaja menamatkan kelas kami dan menuju ke kafeteria untuk bertemu dengan Farah.

"Farah cakap kau balik dengan lelaki semalam. Lelaki mana, aku kenal ke?" Duhh, Farah ni!!! Kan aku dah cakap jangan beritahu sapa-sapa, lebih-lebih lagi Khasif.

"Kenapa senyap? Aku tak kenal ke lelaki tu?" Aku berhenti berjalan dan menghadap ke arahnya. dia juga berhenti berjalan lalu menarik aku untuk duduk di kerusi berhampiran.

"Kenapa kau bunyi macam jealous je? Kau kenal ke tak lelaki tu ada masalah ke?" Hai, Lia. Kenapa tone suara kau macam nak marah je ni? relax...

"Tak, tak just risau je kalau kau balik dengan lelaki entah apa-apa kan? kalau jadi apa-apa nanti macam mana?" Suara Khasif membuatkan aku berasa menyampah dan bengang tiba-tiba.

"Kenapa kau nak risau pulak. Bukannya kau bakal suami aku pun. lagipun kalau kau risau kau tak sepatutnya tinggalkan aku sorang-sorang macam tu jer. Kau balik dengan Farah dan tinggalkan aku sorang." Khasif terdiam tanpa kata dan aku terus bangun dari kerusi.

"Kau dah berubah sekarang Lia. Salah ke kalau aku risau kat kau. Aku kan.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang menghampiri kami.

"Dayyan...." Dia memberi senyuman kepadaku dan berdiri depanku bagi menutup pandangan Khasif dari melihat aku.

"Adel, kata nak lunch sekali hari ni. saya tunggu awak tadi dekat depan lab. takkan dah lupa kut." Dayyan bercakap dengan aku tapi mukanya masih menatap Khasif. Aku jelas kebingungan. Lunch? Bla masa pulak aku ada janji dengan dia?

"Siapa ni? Oh, ni mesti Khasif Imran kan? Lelaki paling hot kat sini. Boyfriend awak ke?" Khasif nampaknya seperti menahan marah melihat muka Dyyan di depannya. aku pula hnya mampu berselindung di belakang Dyyan.

"Dia? No, he just... my bestfriend boyfriend. Boyfriend Farah....Dayyan jom pergi skarang, lepas ni saya ada hal lagi. Khasif, cakap sori dekat Farah. lagipun aku tak nak ganggu date korang. Bye." Sekali lagi aku meninggalkan Dayyan di belakangku.

Sebelum pergi aku dapat melihat wajah Khasif yang sangat-sangat bengang dan tak puas hati dengan aku. Lantak la, ada aku kisah. Dia langsung tak pernah nak selami hati aku sebelum ni.

"Dayyan, thanks before. You really-really save me." Aku menepis air mata yang keluar sedikit. Dayyan yang prihatin menghulurkan tisu. Aku tergelak kecil sebelum mengambil tisu dari tangannya.

"What? apa yang kelakar sangat dengan memberi tisu?" Aku ketawa lagi melihat mukanya yang kebingungan. Comelll sangattt!!!! Rasa macam nak gigit pulak.

"No, tak sangka sekarang ni masih ada lelaki yang bawa tisu bersama dan beri tisu kalau nampak perempuan nangis. you...really a gentleman. Tpi, bila masa saya janji dengan awak yang kita nak lunch sekali hari ni?"

"Memang tak janji tapi saya cuba selamatkan awak daripada menangis depan dia tadikan?" Aku mengangguk sambil tersenyum kepadanya. Sekurang-kurangnya dia memahami aku walaupun sedikit.

"Jom makan. Saya dah lapar ni." Aku mengangguk lagi dan mengikuti jejak Dayyan.

Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now