BAB 1

8.6K 283 9
                                    

Nama aku Adellia Sophea. Aku ada sorang best friend yang aku minat sejak dari kecik lagi and nama dia Khasif Imran. Sebelum ni aku ada bagi hint dekat dia yang aku suka dia, tapi entahlah. mungkin dia terlalu lembap dan tak menyedari hal tu.


"Lia, berangan ke apa ni? Aku tanya pendapat kau ni." Lamunanku terhenti akibat disergah oleh Khasif.


"Apanya? Kau ni kacau je la." Aku memarahinya pula.


"Selama ni aku cakap panjang-panjang tapi kau tak dengar? Jahat betul la kau ni." Khasif menunujukkan muka masamnya.


"Ok, aku dengar. Kau nak aku mintak nombor telefon Farahkan? Susah betul la kau ni, kalau dah suka mintak la sendiri. Apa pasal aku kena jadi orang tengahnya pulak?"


"Alah, kau kan rapat dengan Farah tu. Kau kan rapat dengan dia. Tolong ya, sayang kau. Ok, pergi dulu." Aku memandang bayangan Khasif yang mula menjauh.


Kau langsung tak faham perasaan kau. Aku tak sanggup buat ni semua, berikan bantuan kepada kau untuk mengorat perempuan lain. Aku tak suka benda ni. Tapi, kalau aku tak tolong, aku takut kau akan jauhkan diri dari aku.





Petang itu, aku mendekati kawan baikku, Farah Asyikin yang merupakan roommate aku. Ketika itu, dia sedang menyiapkan assingment yang masih banyak.


"Farah, nak cakap sikit. Khasif mintak nombor telefon kau ni. Patut ke aku bagi?" Kerja Farah terhenti sebentar. Dia memandang aku pelik.


"Khasif Imran best friend kau tu ker? Mintak nombor telefon aku? Biar betul kau ni." Farah kembali menyambung tugasannya. Pasti dia menganggap aku membuat lawak.


"Aku serius. Dia mintak nombor kau. Dia betul-betul nak kenal dengan kau." Farah kemudiannya menarik tangan aku ke katil dan kami duduk.


"Kau cakap dengan dia aku tak minat nak berkenalan dengan dia. Lagi pulak, kau ada cerita yang kau minat sorang kawan kau. Mesti Khasif Imran orang tu kan?" Aku tergamam seketika. Walaupun aku hanya bercerita kepada Farah tentang orang yang aku suka tu dah lama, tapi dia still ingat.


Aku mengeluarkan bunyi ketawa palsu dan tersenyum pahit. Lebih baik dia tak tahu siapa orang yang aku suka tu. Apa yang penting, kebahagiaan kawan-kawan aku dulu.


"Kau ingat dia ke orang yang aku suka tu? Mengarutlah kau ni. Habislah aku kalau aku minat dengan orang yang perempuan ramai kejar macam tu. Hari-hari dapat surat ugutan daripada peminat dia nanti."


Farah nampaknya musykil dengan jawapan yang aku berikan. Tapi, betul apa yang aku fikirkan ni. Khasif memang terkenal dalam kalangan mahasiswi universiti ni. Sebut jer nama Khasif Imran, start dari junior sampai la senior semua kenal. Memang jadi rebutan permpuan la dia ni.


"Hari tu, kau cakap kau minat dia kan? so, sekarang ni lah masanya kau ambik peluang ni. Jadi girlfriend lelaki terkenal dekat U ni. Confirm ramai jealous giler." Aku meyakinkan Farah lagi untuk menerima Khasif.


"Well, kalau kau dah cakap macam tu, aku tak boleh cakap tak nakkan. Dia hensem, bijak, kaya la jugak. Semua ciri-ciri lelaki idaman aku ada dekat dia. Ok, kau boleh beri nombor aku pada dia. Tapi, bukan dia kan orang yang kau suka? Aku tak nak dituduh perampas nanti."


Aku menggeleng laju. Huh, Adellia Sophea. Apa yang kau dah buat ni? Tak nak lukakan hati orang lain di saat hati kau sendiri yang lebih terluka. Takpalah, alang-alang dah jadi macam ni, aku simpan je perasaan ni kemas-kemas dan mula mencari cinta baru.


Keesokan harinya, mulalah si Khasif tu mencari-cari kelibat aku dalam dewan kuliah. bila nampak aku keseorangan duduk mengulangkaji, dia pantas duduk di tepiku yang nyata kosong.


"Macam mana, dapat tak Lia?" Aku merenung sekejap muka Khasif yang bercahaya tu. Yelah, orang jatuh cinta memang la muka nampak bercahaya den berseri semacam je.


"Nah, nampak gayanya cinta kau bersambut. Farah pun nampak macam suka kau." Malas-malas aku bercakap dengannya. Daripada aku terus tengok muka dia baik aku sambung study.


"Ye ker? Yess!! Aku dah agak dah. Mana ada perempaun yang tak suka aku dalam U ni. Kau sorang je yang tak minat aku." Dalam diam aku mengepal tanganku. Nak je aku tampar mukanya dan menyatakan cinta aku pada dia selama ni.


"Nah, hadiah untuk kau." Khasif menyelitkan sebungkus coklat Kinder Bueno di atas bukuku. Aku mengangkat muka memandangnya. Coklat ni?


"Kenapa? kau dah lupa ke? Kan ke coklat ni coklat kesukaan kita. Masa kecik-kecikkan kita selalu kongsi coklat ni. Tapi, kalau kau tak nak pun takpe, aku makan sorang." Sebelum tangannya sempat menggapai coklat itu, aku segera mengambil dan menyimpannya di dalam beg. Khasif ketawa senang melihat kau dan meninggalkan kau untuk duduk bersama kawannya yang lain.


Aku memandang Khasif dari jauh. Dia kelihatan begitu comel ketika gembira. Aku menyedarkan diri aku yang mula hanyut kembali. Aduh, macam mana aku nak stop harapkan dia kalau aku asyik rapat dengan dia je. Wake up, Adellia Sophea. Wake up. Biarkan dia gembira dengan Farah dan kau cari cinta baru secepatnya.


Aku kembali bersemangat semula. Semangat utuk cepat-cepat lupakan insan bernama Khasif Imran.



Bukan Doktor Cinta (Complete)Where stories live. Discover now